Monday, April 2, 2012

NURUL IZZAH HALALKAN HUBUNGAN GAY? BOLEH JATUH KUFUR!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sebelum ini dalam wawancara dengan BBC , Anwar telah tegaskan dengan lantang bahawa undang-undang anti-homoseks di Malaysia adalah “undang-undang kuno”. Selepas itu, beliau telah diwawancara oleh akhbar Kompas Indonesia, di mana beliau sekali lagi menegaskan, undang-undang anti-homoseks di Malaysia adalah “undang-undang kuno”. Beliau turut menegaskan bahawa apa yang dibuat di luar kawasan awam adalah hak peribadi individu berkenaan dan tidak sepatutnya dihukum oleh undang-undang.

Maksudnya mudah, undang-undang Malaysia adalah kuno kerana mendakwa beliau atas tuduhan liwat. 

Sepatutnya Anwar tidak didakwa kerana perbuatan liwat beliau dibuat secara sembunyi-sembunyi, dalam bilik, dan bukannya di khalayak ramai.

Kalau ikut Islam, liwat dan zina, tak kira di mana-mana pun perlu dihukum. Buat dalam bilik tidur ke, buat dalam bilik air ke, buat dalam kereta ke, KALAU DAH SAH MELIWAT ATAU BERZINA, TETAP PERLU DIHUKUM!!

Tapi kalau ikut logik Anwar ni, hukum Islam semuanya dah lapuk dan tak boleh nak dipakai. Liwat dan seks bebas sepatutnya dibiarkan sahaja.

DAN KINI PENDIRIAN ANWAR INI TURUT DIPERJUANGKAN OLEH NURUL IZZAH.


Dalam wawancaranya dengan akhbar Daily Telegraph di United Kingdom, Nurul telah menekankan bahawa:

“The sodomy laws are archaic and will need to be revamped,” 

“Undang-undang liwat adalah undang-undang kuno dan perlu diubahsuai.”

ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM.

Bawa mengucap Nurul.

Hukum Islam tentang liwat dan zina diturunkan menerusi Al Quran dan takkan lapuk dan lekang dimakan waktu. Undang-undang Islam sesuai untuk sepanjang zaman.

Tindakan kau mempertikaikan hukum Islam sama seperti kau mempertikaikan hukum yang diturunkan Allah.

Apa hukumnya orang yang mempertikaikan hukum Allah?

Mari kita rujuk tazkirah yang diberikan Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang tentang isu ini:

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan semua umat Islam supaya menjauhi syirik iaitu menyekutukan Allah daripada sesuatu yang lain.

Beliau menegaskan syirik merupakan salah satu dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT, ujarnya dalam kuliah Jumaat mingguannya di Masjid Rusila.

Ustaz Abdul Hadi juga menambah, termasuk syirik yang besar juga adalah syirik kepada sifat Allah Ta’ala, di antaranya percaya dan meletakkan hukum yang lain lebih baik daripada atau pun sama dengan hukum Allah Ta’ala.

Kata beliau, mempertikaikan dan mengatakan hukum-hukum Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran adalah termasuk kepada syirik kepada sifat Allah Ta’ala.

”(Sebagai) contohnya, jika kita kata apa sahaja hukum yang terdapat dalam al-Quran, kita kata tidak boleh (guna) pakai dah zaman le ni (sekarang), (seseorang muslim itu) jadi kafir, keluar daripada agama Islam,”jelasnya.


Kalau ikut tazkirah Ustaz Hadi ini, kesimpulannya mudah.

ANWAR IBRAHIM & NURUL IZZAH BOLEH JATUH KUFUR KERANA MEMPERTIKAIKAN HUKUM ALLAH!!

MASYA ALLAH!!

Sebelum ni kita dah bagi beberapa contoh bagaimana Nurul Izzah sebenarnya anti-Islam. Kini bertambah satu lagi bukti.

Presiden PAS dah kata perbuatan Anwar & Nurul boleh menyebabkan mereka jatuh kufur. Bila PAS nak buat kenyataan rasmi tentang isu ini? Takkan silap belah Kerajaan je nak kutuk, tapi bila geng sendiri buat, dok diam macam syaitan bisu?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

6 comments:

  1. Syabas Nurul!!!! Akhirnya ko pon menunjukkan belang ko sebenar....

    Well.....siapa lagi yang akan perjuangkan nasib seorang BAPAK, selain lain anak2 sendiri. Patutla semua ahli keluarga ko beria2 pertahankan Nuar...rupanya korang semua tak kisah dengan aktiviti seks bapak ko ye...iskh iskh iskh apa nak jadi dengan keluarga ini?

    ReplyDelete
  2. Heeeee halalkan apa yg bapa buat nnt boleh tumpang sama.

    ReplyDelete
  3. cerita menarik.. tapi saya nak tanya pada tuan punya blog. dah tengok ke wawancara dalam bbc tu? pasal anwar kata anti homoseksual tu kuno? boleh tlg siarkan wawancara tu? saya ingat saudara sendiri pun tak pasti betul ke depa ni homoseksual... bukti memang takda.. Allah saja yg tau.. tapi kalau betul pun tak payahlah terlalu nak menghina org atau membuka keaiban org. kecuali kalau saudara sudah bersedia utk di buka keaiban sendiri di khalayak org ramai di padang mahsyar nanti.. maaf jika mengundang kemarahan. salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah awak..semua yg anwar buat betul la ye? kalo bab anwar jer sumer nak BUKTI..bagi BUKTI gambar kate photoshop..bagi bukti video kate badan x same la..muke laen skit la..rambut die kaler laen la..kalo bab kerajaan, x yah bg bukti pun..TERUS PERCAYA..bagus..

      Delete
  4. Hafiz Hadi,

    Sila baca laporan MalaysiaKini ni. Geng pembangkang kan biasanya kalau laporan MalaysiaKini macam Quran, semuanya betul.

    http://www.malaysiakini.com/news/186721

    & juga di sini

    http://my.news.yahoo.com/oppose-anwars-pro-lgbt-stance-050815373.html

    Aku petik satu ayat, cukup...

    Anwar had said that archaic Victorian laws no longer have a place in today's world as it may not be appropriate to punish people for personal choices.

    Archaic Victorian laws merujuk kepada undang2 anti liwat. Maksudnya, Anwar kata semua org patut bebas utk buat keputusan sama ada nak jadi gay atau tidak.

    Apa lagi kau nak cakap?

    ReplyDelete
  5. ambil jalan mudah..PRU13 nanti kita kuburkan mereka semua tanpa batu nisan..usah menegakan benang basah..klo dah taksub,najis pun mereka kata wangi.hukum akal yg waras dah diketepikan..asalkan kepentingan peribadi diisi..dasar Melayu Islam lupa daratan.

    ReplyDelete