Thursday, April 12, 2012

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR HALAU MELAYU KELUAR BANDAR! IKTIBAR BUAT PENDUDUK KG BHARU.

Projek mewah Datum Jelatek untungkan kroni Pakatan. 
Penduduk Melayu dihalau keluar macam anjing kurap!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan Haprak?

Dalam Kerajaan BN berusaha bersungguh-sungguh memperkasakan kedudukan Melayu di bandar, Kerajaan Pakatan Selangor senang-senang sahaja menghalau Melayu keluar bandar!

Eh, ye ke? Apa buktinya?

Buktinya mudah, bandingkan sahaja pembangunan semula Flat 4 Tingkat Jalan Jelatek di Selangor dengan pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Flat Jelatek akan dibangunkan Kerajaan Pakatan Selangor untuk projek mewah Datum Jelatek. Apa yang akan dibangunkan? Kondominium mewah, pusat membeli-belah dan hotel.

Apa akan jadi dengan 650 keluarga Melayu di flat tersebut?

Semuanya dihalau keluar! 

Kerajaan Pakatan Selangor langsung tidak berminat untuk menyediakan penempatan semula untuk mereka di tempat asal. Bayangkanlah, mereka dah tinggal di situ berpuluh-puluh tahun, tapi dengan mudah dihalau keluar macam anjing kurap oleh Kerajaan Pakatan Selangor. Langsung tiada pilihan untuk menetap di tempat mereka membesar selama ini.

Mengapa Kerajaan Selangor buat begitu? Kerana buat kondominium mewah lebih menguntungkan dari buat apartment untuk penduduk. 

Peduli apa mereka ni dah lama tinggal di situ! Peduli apa kalau mereka tiada tempat untuk dituju selepas dihalau keluar! Peduli apa kalau kebajikan mereka terabai! 

Apa yang penting, kroni Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim boleh dapat untung besar!! 

Nurul Izzah yang selama ini lantang menentang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi, kononnya membela nasib rakyat, bila tiba kat projek mewah Datum Jelatek, tiba-tiba senyap macam syaitan bisu. Takda pun dia perjuangkan nasib 650 keluarga Melayu di situ!!

Bandingkan pula dengan pembangunan semula di Flat 4 Tingkat Kerinchi, Lembah Pantai.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di bawah YB Dato' Raja Nong Chik telah mensyaratkan kepada pemaju agar SEMUA penduduk dijamin akan mendapat rumah baru di kawasan yang mereka diami sebelum ini.

Kalau sebelum ini mereka tinggal di flat tiada bilik berkeluasan 380 kaki persegi, bila apartment baru mereka siap, mereka akan dapat rumah 3 bilik berkeluasan 900 kaki persegi. LEBIH 2 KALI GANDA besarnya berbanding rumah mereka sekarang.

Sepanjang pembangunan semula berlangsung, penduduk ditempatkan di rumah-rumah PPR berhampiran, jadi rutin dan tugasan harian mereka tidak terganggu. 

Nampak tak bezanya Kerajaan BN dengan Kerajaan Pakatan?

BN berusaha untuk kekalkan Melayu di dalam bandar, walaupun untung kepada pemaju akan berkurangan.

Pakatan Haprak pula beria-ia menghalau Melayu keluar bandar, semata-mata demi keuntungan untuk kroni masing-masing!

Perkara ini perlu diambil iktibar oleh semua, terutamanya penduduk Kampong Bharu.

Kerajaan Pakatan Selangor beria-ia nak campur tangan dalam pembangunan Kampong Bharu walaupun mereka sebenarnya tiada hak nak berbuat demikian. Pada masa yang sama, Kerajaan BN telahpun mengambil langkah seperti penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu untuk membantu pemilik tanah membangunkan tanah mereka.

Penduduk Kampong Bharu boleh tengok sendiri dan bandingkan model pembangunan Pakatan Haprak dengan model pembangunan BN.

Kalau penduduk Kampong Bharu ikut model pembangunan Pakatan Haprak, maknanya habislah tergadai tanah Kampong Bharu. Semua penduduk Kampong Bharu akan merempat macam pengemis dan dihalau keluar macam anjing kurap!

Kalau ikut model BN, semua penduduk akan kembali ke tempat kediaman asal dengan rumah yang jauh lebih besar dan selesa.

Sekarang aku nak tanya penduduk Kampong Bharu, mereka nak kena halau macam anjing atau nak jadi pemilik rumah sendiri di Kampong Bharu?

Tepuk dada, tanya selera.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan Haprak?

1 comment: