Monday, December 19, 2011

SPR, JANGAN BAGI PELURU PERCUMA KAT NURUL IZZAH!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Tak lama dulu si Nurul Izzah kecoh-kecoh bahawa dalam daftar pemilih ada pengundi bernama Balai Polis Kerinchi di Lembah Pantai. Isy, biar betul? Apa lagi kata Nurul Izzah? Menurut beliau, no Kad Pengenalan pengundi tersebut, RF161872, dipunyai oleh Mohd Faizul Mohd Yusop tapi dalam daftar pemilih nama yang keluar ialah Balai Polis Kerinchi.

Apa pula kata SPR? SPR mengaku ada kesilapan perkeranian di mana alamat bertugas pegawai polis berkenaan diletakkan di ruang nama. SPR juga meminta mana-mana pihak yang menemui kesilapan untuk memaklumkan kepada SPR untuk tindakan pembetulan.

Oooooooh, gitu rupanya. Senang je jawapannya. 

Tapi seperti biasa, Nurul Izzah mana nak ikut prosedur. Sepatutnya bila jumpa kesilapan, terus maklumkan kat SPR, tapi dia ni terus melolong keliling kampung, “Pengundi hantuuuuu …. Pengundi hantuuuuu!!!” Lepas dah kecoh-kecoh baru nak mengadu kat SPR.

Nurul, tujuan daftar pemilih dipamerkan memang sebab nak kesan kesilapan seperti ini. Sebab SPR tahu, bila berjuta-juta nama didaftarkan, ada kemungkinan berlaku kesilapan.  Memang dah jadi tanggungjawab semua untuk semak dan maklumkan kepada SPR bila berlaku kesilapan. Yang taip nama tu pun manusia, jadi sebagai manusia memang tak boleh lari dari silap dan salah.

Tapi Nurul & Papa Perut Buncitnya termasuk dalam golongan orang yang maksum, tak pernah buat silap. Bila Nurul promosi arak, tu memang sengaja buat, bukan silap. Bila Papa Perut Buncit celup-celup dalam China Doll & Saiful, tu memang sengaja buat, bukan silap.

Tapi  bila ada kerani SPR tersilap taip, memang tak boleh nak dimaafkan langsung! Kalau diikutkan si Nurul, agaknya mau kena sembelih kerani SPR tu.

Dalam hal ni, aku pun nak nasihat juga sikit kat SPR. Kita memang dah tahu, Pakatan Haprak dari dulu sampai sekarang kerjanya memang nak cari salah kerajaan. Hatta, salah taip pun habis dijaja seluruh Malaysia kononnya ada penyelewengan. Jadi, kalau boleh SPR tolonglah semak betul-betul sebelum keluarkan daftar pemilih. Kita tak nak kerana kesilapan kecil, habis rosak reputasi SPR. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kalau tak percaya, tengoklah bila Nurul kalah pilihanraya di Lembah Pantai nanti, confirm dia takkan mengaku bahawa dia sebenarnya telah ditolak oleh pengundi Lembah Pantai, sebaliknya dia akan cuba tagih simpati kononnya kalah kerana pengundi hantu. 

SPR, tolong ambil perhatian!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

2 comments:

  1. Inilah susahnya bila dah terlalu selesa dengan jawatan dlm sektor awam. Cukup bulan amik gaji. Kualiti kerja macam jadah. Tak semua tapi ada beberapa haprak yg bengap. Sepatutnya SPR buang jer malaun yg buat silap tu. Makan gaji buta. Apalagi bila silap..pembangkang jadikan modal. Tapi harus diingat...ada juga kakitangan SPR yg pro pembangkang. Mungkin mereka sengaja buat silap. Possible...

    ReplyDelete
  2. Aku lebih cenderung nak kata kesilapan yg tak disengajakan. Maklumlah, kalau dari pagi sampai petang jadi data entry operator, mau berpinar jugak mata. Tapi sepatutnya ada cross checking utk pastikan xda kesilapan ketara macam tu. Kalau tertinggal huruf, mungkin boleh terlepas pandang. Tapi sampai silap masuk column, macam mana tu?

    Tapi si Nurul pun xda akal jugak. Kalau betullah SPR nak masukkan pengundi hantu, buat apa pakai nama Balai Polis Kerinchi? Baik pakai nama China binti Doll ke, Papa bin Perut Buncit ke, barulah org x perasan. Nampak sangat sebenarnya ada kesilapan, tapi si Nurul mmg pakar dlm isu membesarkan cerita ni. Busut pun boleh jadi gunung kalau dengar cerita si Nurul.

    ReplyDelete