Wednesday, April 27, 2011

HARAM BACA SUARA KEADILAN !!!

Apa kecoh-kecoh ni Suara Keadilan?

Baru-baru ni Suara Keadilan keluarkan tajuk berita sensasi - "HARAM BACA UTUSAN, TEGAS DR HARON DIN".

Uisyyy.... Sensasi tuuuu... Bukan senang nak keluar hukum HARAM ni.

Tapi yang lawaknya, tak lama kemudian, Dr Haron Din keluarkan kenyataan berbeza pulak.

Haron Din nafi keluar kenyataan baca Utusan haram


KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini.

Jadi secara ringkasnya, Dr Haron Din kata mengeluarkan berita palsu dan berunsur fitnah adalah haram. Dia tak sebut pun mana-mana akhbar secara khusus. Macam mana wartawan Suara Keadilan buat kerja ni? Sedap-sedap je buat fitnah. Patutnya Suara Keadilan yang HARAM dibaca sebab mereka memang kaki fitnah.

Ada sesapa ingat tak Suara Keadilan buat fitnah tuduh Dr Zambry, MB Perak,  sebagai pengganas yang tak dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat?

Sekali Dr Zambry saman, terus kecut telur Suara Keadilan, sampai sanggup siar kenyataan "MOHON MAAF DR ZAMBRY" dan tarik balik fitnah mereka.

Zambry menang kes saman fitnah terhadap Suara Keadilan


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menang kes saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain. Nilai ganti rugi akan ditentukan mahkamah.

Pada 25 Februari lalu, Zambry memfailkan saman fitnah menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan; penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata, artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas – Gagal masuk ke Amerika Syarikat” mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk “Mohon Maaf Dr Zambry” dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar parti keluaran 30 Mac hingga 6 April 2010.


Jadi sekarang dah jelas la sapa kaki fitnah, Suara Keadilan ke, Utusan Malaysia?

Kalau mengikut nasihat Dr Haron Din, penyebar fitnah haram dibaca, maka hukumnya:

HARAM BACA SUARA KEADILAN!!!


Apa kecoh-kecoh ni Suara Keadilan?

Sunday, April 24, 2011

KERANA ANWAR, PAS & PKR BERCAKARAN

Apa kecoh-kecoh ni Azmin?

Baru-baru ini, Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS telah keluarkan kenyataan bahawa PAS hanya akan membuat keputusan tentang kedudukan mereka di dalam Pakatan Haprak selepas penyiasatan video aksi lucah Anwar selesai. Ini adalah satu kenyataan yang rasional. PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam, takkanlah mereka sanggup dipimpin oleh peliwat dan penzina?

Tetapi Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR terus melenting. Dia tuduh Mustafa Ali cuba nak jadi jaguh kampung! Dia tuduh  Mustaffa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung PKR dan Anwar Ibrahim.

Ni ayat yang keluar dari mulut Azmin, "Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian!"

Tolonglah Azmin, dalam hal ni nampak sangat ko yang cuba nak jadi jaguh kampung. Kalau ya pun ko nak tunjuk kat Big Boss yang ko ni superhero, janganlah sampai buat kenyataan bodoh! Apa, PKR ni boleh control semua parti dalam Pakatan Haprak ke? Nak buat kenyataan semua kena rujuk kat ko dulu ke? Kalau camtu, baik suruh PAS bubar je, masuk semua dalam PKR, baru semua kenyataan ko boleh control!!

Apa kecoh-kecoh ni Azmin?

Saturday, April 23, 2011

GOTONG -ROYONG PEMUDA & PUTERI UMNO LEMBAH PANTAI BANTU MANGSA KEBAKARAN DI PANTAI DALAM

                                         

Tradisi membela rakyat.

UMNO telah lama berpegang kepada prinsip ini dan Pemuda dan Puteri UMNO Lembah Pantai sekali lagi membuktikan bahawa UMNO sentiasa turun padang untuk membantu rakyat.

Semalam Pemuda dan Puteri UMNO Lembah Pantai telah menganjurkan gotong-royong bagi membersihkan tapak kebakaran Jalan Kubur, Pantai Dalam yang turut dihadiri oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, Dato' Raja Nong Chik.

Terima kasih kepada Dato' Raja Nong Chik kerana telah turun padang sekali lagi untuk membantu penduduk Lembah Pantai yang memerlukan. Setakat ni dah empat kali Dato' Raja Nong Chik turun ke tapak kebakaran untuk menyelami masalah penduduk. 

Kalau nak harap Nurul Izzah mimpi je lah. Dah la datang pun lambat, sanggup bohong pulak tu kata UMNO tak bantu apa-apa padahal dia yang lepas tangan, bersenang-lenang kat Sarawak semasa mangsa kebakaran merintih kesedihan. Mujurlah Dato' Raja Nong Chik & UMNO sentiasa prihatin dengan kesusahan penduduk Lembah Pantai dan segera menghulurkan bantuan.

Terima kasih sekali lagi Dato'! Teruskan tradisi membela rakyat!!!

Monday, April 18, 2011

TAHNIAH! NURUL IZZAH AKHIRNYA TUNJUK MUKA DI LEMBAH PANTAI!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Bertuah betul penduduk Lembah Pantai sebab dapat Ahli Parlimen yang sungguh prihatin macam Nurul Izzah. Hari ini, setelah berminggu berkampung kat Sarawak, baru dia datang nak melawat mangsa kebakaran kat Simpang Tiga, Pantai Dalam. 

Kebakaran tu hari Jumaat, hari Isnin baru nak tunjuk muka. Takpalah, sekurang-kurangnya penduduk Pantai Dalam dah tahu macam mana Nurul Izzah pandang mereka - halus macam habuk jer. Tunjuk muka cukup syarat dah lah. Tak yah nak sibuk-sibuk tolong sebab Dato' Raja Nong Chik & UMNO dah ada. Betulkan Nurul?

Apa yang UMNO buat untuk mangsa kebakaran ni? UMNO sumbang RM400 kepada setiap keluarga. Makan minum mangsa yang ditempatkan di Dewan UMNO Simpang Tiga turut ditanggung oleh UMNO sampailah mereka dapat penempatan tetap. DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan pun beri sumbangan juga. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di Berita Lembah Pantai.

Bukan itu sahaja, Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai telah turun sebanyak tiga kali melawat mangsa. Tiga kali Nurul, bukan satu kali je. Sekali lepas kebakaran, sekali lagi semalam dan yang terbaru melawat petang tadi untuk bagi bantuan persekolahan kepada anak-anak mangsa kebakaran. Pagi tadi pula, UMNO sekali lagi beri bantuan kerusi roda kepada mangsa kebakaran yang kurang upaya. 

Senang betul kerja Nurul. Tunjuk muka lepas tu mengaku bantuan tu semua hasil usaha dia. Banyaaaaak cantik muka kau Nurul!

Dah lah masa dia tweet tempoh hari dia tak nak mengaku mangsa kebakaran ditempatkan di Dewan UMNO Simpang Tiga. Sampai hati dia kata mangsa kebakaran tu ditempatkan di Surau Al Falah, kubu kuat PAS. Nak menipu pun, tengok-tengoklah sikit Nurul. Kau ingat orang Lembah Pantai ni buta huruf ke? Dalam suratkhabar pun ada cakap mangsa kebakaran ditempatkan di Dewan UMNO Simpang Tiga, tapi selamba je kau kelentong kata ditempatkan di Al Falah.

Habis tu, kalau ditempatkan di Al Falah, apasal petang tadi kau datang tunjuk muka tak malu kau kat Dewan UMNO Simpang Tiga? Sejak bila Dewan UMNO tukar nama jadi Al Falah? Memang dasar perempuan tak tahu malu, muka tembok - hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. 

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Saturday, April 16, 2011

NURUL IZZAH SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG SAMPAI KAIN SENDIRI TERSINGKAP!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Mula-mula sekali kita nak ucapkan takziah kepada 14 keluarga di Simpang Tiga, Pantai Dalam yang kehilangan rumah dalam kebakaran semalam.

Lepas tu kita nak ucap tahniah kepada UMNO Lembah Pantai, DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan yang pantas turun sebaik sahaja berlaku kebakaran tersebut. Dengarnya UMNO sumbang RM400 kepada setiap keluarga. DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan pun beri sumbangan juga. Nak tahu bantuan penuh yang diberi, boleh baca di Berita Lembah Pantai

Tahniah juga kepada Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang turun melawat mangsa semalam selepas kejadian dan sekali lagi pagi ini. Inilah contoh pemimpin yang prihatin, tak perlu jadi wakil rakyat baru nak tunjuk muka lawat orang yang ditimpa bencana. 

Cakap pasal wakil rakyat, mana pergi Ahli Parlimen Lembah Pantai? Tak nampak muka langsung?

Oooooh, dia dah jadi orang Sarawak rupanya. Dengarnya dah berminggu dia berkampung di sana, terlalu ghairah nak tawan Sarawak sampai kebajikan penduduk Lembah Pantai terabai. Inilah kerja Ahli Parlimen Lembah Pantai - awal tahun ni pergi Australia jaja cerita aib pasal Malaysia, memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Sekarang sibuk dok kat Sarawak pulak. Bila masa nak jaga kebajikan penduduk Lembah Pantai?

Takpalah, sekurang-kurangnya dia ada hantar tweet tunjuk simpati:

"Kbakaran di Simpang 3, PDalam smlm memusnahkan 15 buah rumah. Moga kluarga yg t'libat tabah&b'sabar. Penempatan sementara di al falah."

Prihatin betul. Semalam terbakar, baru hari ni nak tunjuk simpati. Bantuan tak payah cakap la, habuk pun tarak!!

Tapi dalam tweet simpati pun sempat juga dia buat fitnah. "Penempatan sementara di Al Falah?" Nurul, mangsa kebakaran ni ditempatkan di Dewan UMNO Simpang 3, Jalan Kubur. Bukan kat Al Falah!! Kalau ye pun tak suka UMNO, takkanlah sampai nak menidakkan bantuan yang diberi, sampai sanggup reka-reka cerita? Belajar bohong dari siapa ni? Dari bapak ke?

UMNO Cawangan Simpang 3 patutnya buat mesyuarat cawangan tapi sanggup tunda sebab nak bantu mangsa kebakaran tapi Nurul Izzah selamba je bohong sebab taknak iktiraf bantuan dari UMNO.

Begini ke pemimpin yang penduduk Lembah Pantai nak? 

Kaki bohong? Kaki fitnah? Abaikan kebajikan penduduk?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Wednesday, April 13, 2011

RAJA PETRA 'KONSPIRASI' NAK JATUHKAN ANWAR?

Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

Semalam ternganga ramai penyokong Pakatan Haprak tengok Buletin Utama apabila Raja Petra Kamaruddin (RPK) mengaku bahawa dia diarah oleh Anwar untuk fitnah Datuk Seri Najib & Datin Seri Rosmah dalam kes Altantuya. Ambik ko sebijik Anwar!!

Aikkkkk??? RPK ni orang yang dari dulu beria-ia mempertahankan Anwar Ibrahim. Sanggup masuk ISA, sanggup bergolok bergadai sampai lingkup bisnes, sanggup jadi buangan di negara asing semata-mata kerana nak mempertahankan Anwar. Macam mana pulak dia tiba-tiba berani buat pengakuan macam ni?

Kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar, orang-orang yang berada di sisi Anwar dari awal, orang-orang yang mengasaskan Keadilan seorang demi seorang kini membelakangkan Anwar, takkan penyokong Pakatan Haprak tak boleh nampak lagi yang Anwar sebenarnya hanya mempergunakan mereka untuk kepentingan politiknya?

Seperti biasa, bila insan kamil, anugerah Tuhan kepada manusia ni, ditanya tentang pengakuan RPK, jawapan dia mudah sahaja. "Ini adalah satu lagi konspirasi UMNO & Barisan Nasional untuk menjatuhkan saya. Ini semua fitnah semata-mata." Itulah Anwar, semua benda 'KONSPIRASI'

Liwat Sukma? KONSPIRASI!

Liwat Saiful? KONSPIRASI!

Zina dengan pelacur Siam? KONSPIRASI!

Fitnah Datuk Seri Najib? KONSPIRASI!

Entah-entah, kalau nasi basi pun, KONSPIRASI!

Takda perkataan lain kaaa dalam kamus Anwar ni?

Kalau kawan-kawan ingat, Anwar apabila ditekan untuk menyerahkan DNA dalam kes liwat Saiful tidak lama dahulu, cuba untuk alih perhatian umum dengan buat kempen DNA dia sendiri - Datuk Najib Altantuya. Sorilah Anwar, tembelang dah pecah!!! Sekarang rakyat dah tahu, kaulah sebenarnya kaki tabur fitnah! Kau fitnah orang lain, lepas tu berlagak macam kau insan suci! Pigilahhh!!!

Kaki fitnah macam ni ke rakyat nak percaya untuk pimpin Malaysia? 

Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

Sunday, April 3, 2011

SARANAN BERNAS PAS MELAKA: SELANGOR PATUT IKUT!

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Tidak lama dahulu saya pernah terbaca dalam Harakah saranan bernas PAS Melaka kepada kerajaan negeri Melaka. Saya petik sedikit:



PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.

Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.

Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.

Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....

PAS yang tidak mempunyai kuasa di negeri Melaka ini sememangnya hanya pandai bercakap dan menasihat sahaja kerana kami tidak ada kuasa. Namun kita hendaklah merujuk kepada Hadis Nabi....Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman.

Memang bagus saranan PAS Melaka ni. Memang hebat!! Tapi malangnya PAS seperti biasa lebih lantang berkokok tentang pencegahan maksiat di negeri bawah pentadbiran BN tapi malangnya di negeri bawah pentadbiran Pakatan Haprak mereka senyap macam syaitan bisu.

Contoh terbaik ialah di Selangor. 257 RIBU ANAK HARAM SETAHUN! LEBIH 83 KELAHIRAN ANAK HARAM SETIAP HARI!

Kita petik balik nasihat PAS Melaka:

Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.

Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....



Habis tu kat Selangor sapa yang tadbir dan kuasai negeri? BN ke? UMNO ke? TAAAAAAAK!!!! Yang tadbir dan kuasai Selangor ialah Pakatan Haprak di mana ahli utamanya ialah PAS. Exco Agama pun bawah PAS, bukan bawah UMNO. 

Berapa banyak kelab malam, pub, rumah urut, dangdut dan spa dah kerajaan Pakatan Haprak di Selangor tutup? Kalau kita pergi ke Petaling Jaya, Kelang, Kelana Jaya, Subang Jaya, Damansara berapa banyak kelab malam, pub, rumah urut, dangdut dan spa kita boleh jumpa?

Apa peranan PAS dalam kerajaan Selangor? Sekadar jadi syaitan bisu? 

Nak hentikan penjualan arak di Shah Alam, Ronnie Liu & DAP bising sikit, terus tak jadi.

Nak hentikan orang Islam bekerja di premis menjual arak di Subang Jaya, Ronnie Liu & DAP bising sikit, terus tak jadi.

Jadi, relevan lagi ke perjuangan PAS nak menegakkan negara Islam ni? Asyik ikut cakap DAP jer,  sedangkan DAP dah memang terang-terang anti-negara Islam. Kalau macam tu baik bubar terus PAS, ramai-ramai masuk DAP!!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Saturday, April 2, 2011

AHLI PKR DITAHAN KERANA EDAR KOMIK LUCAH ANWAR?

Apa kecoh-kecoh ni PKR?

Kelmarin, seorang ahli PKR Lembah Pantai, Kadir Hashim, ditahan di bawah ISA kerana aktiviti subversif. Maklumat dari sumber-sumber mengatakan penahanan ini adalah berkaitan dengan pengedaran komik lucah Anwar di Lembah Pantai.

Naib Presiden PKR, N. Surendran, dah umumkan beliau akan perjuangkan kes si Kadir ni. Menurut penyelaras Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), E Nalini, yang juga sekutu rapat N. Surendran, Kadir adalah ahli AMK PKR. Tapi bila rujuk pada Nurul, anak kesayangan Papa, dia kata si Kadir ni bukan ahli PKR pulak.

Aikkkk???? Naib Presiden sama Naib Presiden pun tak sama info ke? Dahlah kedua-duanya sama-sama ahli Cabang PKR Lembah Pantai. Takkan tak pernah sua muka kot? Nak sms tanya  khabar pun tak pernah ke? Takkan satu team pun tak kongsi info kot?

Jelas ni satu wayang kulit mainan PKR. PKR sebelum ni dah buat kecoh pasal isu komik lucah ni. PAS pun sama, sampaikan Khalid Samad sanggup tuduh UMNO Shah Alam sebagai dalang pengedaran komik lucah Anwar ni.

Tapi bila ahli PKR yang ditahan kerana pengedaran komik lucah Anwar, pekung mereka dah tersingkap. Nyata bahawa perpecahan dalaman PKR sendiri yang menyebabkan penyebaran komik lucah Anwar. Takda kena-mengena langsung dengan BN atau UMNO.

Itulah sebabnya Nurul mati-matian menafikan Kadir ni ahli PKR. Dia malu besar sebab dah berbuih tuduh UMNO, rupa-rupanya anak buah sendiri yang buat kerja tak berjadah tu! Dah terlambat Nuruuuul. Tembelang kau dah pecah!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

KUALA LUMPUR: A 42-year-old disabled restaurant owner has been detained under the Internal Security Act (ISA) for subversive activities, said lawyer N Surendran.
According to him, Kadir Hashim, who only has one arm, was detained by the police at his residence in Kampung Kerinchi here yesterday evening.
“He has been detained for subversive activities,” the lawyer told FMT. “Lawyers for Liberty would be taking up this case,” he added.
He also told FMT that he had no further information regarding Kadir. Nevertheless, a press conference would be held on Monday.
Kadir, 42, is believed to be a PKR Youth member, said Anti-ISA Movement (GMI) coordinator, E Nalini.
However, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, when contacted, said that Kadir was a former member.

Friday, April 1, 2011

PKR EDAR KOMIK AKSI ANWAR?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ini, dengan riak penuh hiba, Nurul Izzah telah ke balai polis (padahal polis tu diorang pandang macam anjing je) untuk membuat laporan bahawa komik penuh aksi Papa kesayangannya, anugerah Tuhan kepada manusia, telah diedarkan di Lembah Pantai.

Kesiaaaaan Nuruuuul.....

Dari sumber yang dipercayai, difahamkan bahawa edaran komik ini sebenarnya kerja PKR sendiri, iaitu puak-puak yang tak puas hati kerana diterajang keluar semasa pemilihan PKR yang lepas. Al maklumlah, semasa pemilihan PKR Lembah Pantai kan ramai orang tak puas hati sebab proses pemilihan yang tak telus. Itulah PKR, sibuk bantai SPR sebab kononnya pilihanraya tak adil, tapi nak buat pemilihan kecil-kecilan pun sampai bergaduh, bertumbuk, hatta baling kerusi pun ada. Keadaan kat pemilihan PKR Lembah Pantai punyalah kecoh, sampai diorang kena panggil polis untuk kawal keadaaan. Aikkk?? PKR bila buat ceramah asyik maki polis je, konon anjing kerajaanlah, zalimlah, pembunuhlah, tapi bila nak buat pemilihan sendiri tahu pulak minta tolong polis? 

Jadi, jangan hairan kalau siasatan polis mendapati edaran komik aksi Anwar ni sebenarnya berpunca dari perpecahan dalam PKR itu sendiri. Tapi kalau hasil siasatan macam tu pun, jangan hairan kalau PKR tuduh bahawa orang-orang ni agen UMNO sebab memang perangai PKR macam tu. Kalau benda tak elok je, semua salah orang, dia sendiri kononnya suci macam salji, dah nak sampai taraf maksum. Pigiiiilahhhh!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

GEMPAR! LIM KIT SIANG HENTAM ANWAR TENTANG ISU VIDEO SEKS

Yang ni memang betul-betul kecoh! Lim Kit Siang hentam Anwar pasal isu video seks! Tak percaya? Sila baca terjemahan petikan ucapan beliau di Parlimen:


"Saya kesal Anwar tidak tahu apa yang betul atau salah dari segi moral. Dia patut tahu dia sedang menunjukkan contoh paling buruk dari segi moral kepada generasi muda rakyat Malaysia.

Inilah mentaliti Anwar Ibrahim. Mereka yang korup tidak dianggap melakukan kesalahan, tetapi mereka yang mendedahkan perkara sebenar pula yang dipersalahkan. Sekarang kita diberitahu bahawa mereka yang terlibat di dalam skandal pornografi ini tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi moral berbanding dengan mereka yang mendedahkan isu ini."


Mesti ada yang kata, mustahil Lim Kit Siang cakap macam ni. Tak percaya jugak? Pergilah baca kat blog Lim Kit Siang sendiri. Ni, aku bagi link terus:


Cuma, ucapan ni bukan pasal skandal seks Anwar tapi skandal seks DP Vijandran, bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Ucapan ni pun sebenarnya disampaikan dalam tahun 1990 bukan baru minggu ni.

Tapi apa yang sebenarnya aku nak tunjuk, ialah DAP ni sebenarnya parti takda prinsip. Opps, silap. Ada prinsip - Prinsip Rampas Kuasa Dengan Apa Juga Cara.

Pada tahun 1990, berkobar-kobar Lim Kit Siang dan Karpal Singh nak dedahkan isu video seks Vijandran, sampaikan Anwar dimaki berbakul-bakul kerana kononnya cuba halang kebenaran. Tapi sekarang, bila keluar video seks Anwar, mereka salahkan Datuk T pulak, sampai persoal kenapa Datuk T tak ditahan dan didakwa kerana memiliki pornografi.

Aikkkkk... Dulu beria-ia bela orang yang dedahkan video seks Vijandran tu, sekarang nak hukum orang yang dedahkan video seks Anwar pulak?

Apa kecoh-kecoh ni Lim Kit Siang?