Monday, March 5, 2012

KERAJAAN SELANGOR LANTIK KONSULTAN PROJEK JUTA-JUTA DALAM TEMPOH 24 JAM SAHAJA?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Selama ni dah banyak kali kita serlahkan sikap Nurul yang jarang ada di kawasan dan lebih suka makan angin hingga dapat jolokan RATU MAKAN ANGIN.

Sekarang ni, untuk tunjuk jaguh di Lembah Pantai, dia pun mulalah buat bermacam-macam cabaran bongok. Cabaran bongok macam mana tuuu?

Inilah dia cabaran bongoknya…

SAYA BERI TEMPOH 24 JAM KEPADA RAJA NONG CHIK UNTUK LANTIK KONSULTAN TRAFIK DI BRICKFIELDS!!!

Agaknya dia ingat bila buat cabaran macam tu, orang Brickfields akan suka dia, tapi malangnya bila dia buat cabaran tu, terus orang Brickfields label Nurul Izzah sebagai WAKIL RAKYAT BANGANG!! Mengapa?

Sebabnya begini…

Nak lantik konsultan bukan macam beli keropok lekor kat pasar. Hari ni nak makan keropok lekor, esok boleh terus beli…

Nak lantik konsultan kena sediakan skop perundingan dulu. Maklumlah, nak bayar yuran konsultan juta-juta, kenalah bagi skop kerja yang menyeluruh dan lengkap. Kalau tak, nanti konsultan makan gaji buta je.

Lepas buat skop kerja yang menyeluruh kena buat tender terbuka pula untuk pilih konsultan. Tender terbuka bukan boleh buat dalam tempoh 24 jam. Kena sediakan dan cetak dokumen tender dulu. Lepas tu kena iklankan dalam akhbar. Kena ada tempoh jualan dokumen tender. Kena ada lawatan tapak bersama semua konsultan yang berminat. Lepas tutup tender, kena nilai dulu semua proposal dari konsultan. Lepas tu kena bentang ke Jawatankuasa Tender untuk kelulusan. Lepas tu baaaaaruuuu boleh bagi surat tawaran kat konsultan yang berjaya.

Agak-agaknya semua benda ni boleh buat dalam 24 jam ke?

Bangang ke tidak orang yang buat cabaran ni?

Nurul, kat Wilayah Persekutuan bukan macam kat Selangor. Kat Selangor bolehlah kot, hari ni Anwar nak lantik kroni jadi konsultan, esok terus boleh keluar surat lantik konsultan tu.

Tu yang selamba je kontrak sampai beratus-ratus juta Kerajaan Selangor bagi terus kat kroni dia. Tak percaya? Boleh baca portal pro-pembangkang Malaysia Today.

Berikut ulasan Raja Petra:

"In August 2008, Khalid Ibrahim announced that Selangor is going to end the practice of negotiated contract. But that same year, RM79 million worth of contracts were awarded on a negotiated basis. In 2009 it was RM27 million and in 2010 RM143 million. I do not have the figures for last year but looking at the trend we can safely assume it was in the region of RM100 million."

"Pada bulan Ogos 2008, Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa negeri Selangor akan menamatkan amalan runding terus bagi pemberian kontrak. Tetapi pada tahun yang sama, kontrak bernilai RM79 juta telah dianugerahkan secara rundingan terus. Pada tahun 2009 jumlahnya adalah RM27 juta dan pada tahun 2010 sebanyak RM143 juta. Saya tidak mempunyai angka-angka bagi tahun lepas tetapi melihat trend ini, kita boleh dengan selamat menganggap ia adalah di dalam lingkungan RM100 juta."

Ni bukan cakap kosong, ada senarai kontrak tersenarai di portal Malaysia Today. Masa terpilih dulu, lantang Pakatan Haprak berkokok kononnya akan hapuskan amalan kroni, tapi rupanya dialah yang paling banyak bagi kontrak kat kroni. Amalan tender terbuka terus ditolak ke tepi.

Itulah sebabnya Nurul dengan bongoknya mencabar Raja Nong Chik melantik konsultan dalam tempoh 24 jam. Dia lupa bahawa di Wilayah Persekutuan, kita mengamalkan tender terbuka, bukan seperti di Selangor yang boleh beri kontrak kat kroni bila-bila masa!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK PENDUDUK PPR & PA TAK SELAMAT? APA KATA PAKAR EKONOMI?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul & Tony?

Sebelum ni, Nurul Izzah & Tony Pua beria-ia mengecam Skim Pinjaman Perumahan untuk Penduduk PPR & PA, kononnya ia membahayakan simpanan rakyat dalam KWSP. Betul ke?

Jawapan mudahnya ialah TIDAK!!!

Sebelum ni DBKL dah jawab, kali ni aku petik jawapan pakar ekonomi pula. Nak baca laporan lebih lengkap, boleh baca the Star.

Is this project really put­ting the contributors’ money at risk?
According to RAM Holdings Bhd group chief economist Dr Yeah Kim Leng, the answer is NO.
“There’s not much of a risk factor. It’s watertight as it is guaranteed by the Government. It’s as good as the EPF buying MGS (Malaysian Government Securities), and the Government in turn using the money to fund the project. In this case, they are bypassing that step.”
The next question would be – is the 5.5% profit promised by the Government to the EPF fair?
“At the present time, because of the lower interest rate environment, the 5.5% would seem to be very attractive.”
Hong Leong Asset Management Bhd executive director and chief executive officer Geoffrey Ng agrees.
“Instead of buying the MGS with a yield of between 3% and 3.5%, the EPF is loaning money to the Government for a profit of 5.5%. It’s a fair investment.”
Kita alih bahasa sikit…
Adakah projek ini benar-benar membahayakan wang penyumbang?
Menurut pakar ekonomi kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah-Kim Leng  jawapannya TIDAK.
"Tidak banyak risiko bagi skim ini. Ianya selamat kerana ia dijamin oleh Kerajaan. Tahap keselamatannya adaIah sama seperti KWSP membeli Bon Kerajaan Malaysia dan Kerajaan kemudiannya menggunakan dana tersebut untuk membiayai skim ini. Dalam kes ini, langkah tambahan tersebut tidak diambil.”
Apa maksudnya tu?
Sebelum ni Nurul dan Tony cuba menakutkan orang ramai, kononnya Skim ini membahayakan simpanan mereka dalam KWSP. Nah, tu dia jawapannya. Skim ini selamat dan dijamin oleh Kerajaan!!
Sebelum ni juga Nurul & Tony Pua asyik persoal kenapa dana Kerajaan tidak digunakan untuk Skim ni. Haaa, tu dia jawapannya.. Sumber dana Skim ini walaupun dari KWSP adalah sama seperti ianya datang dari Kerajaan. Ada faham tak Nurul dan Tony?  Itulah, kalau tak faham ekonomi, jangan berlagak macam pandai. Kan dah nampak bangang sekarang?
Kita teruskan dengan ulasan pakar ekonomi ni…
Soalan seterusnya - adakah kadar keuntungan 5.5% yang dijanjikan oleh Kerajaan menguntungkan KWSP?
"Pada masa sekarang, kerana persekitaran kadar faedah yang lebih rendah, kadar keuntungan 5.5% adalah sangat menarik."
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif  Hong Leong Asset Management Bhd  Geoffrey Ng bersetuju dengan pendapat pakar ekonomi kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah-Kim Leng.
"Daripada membeli Bon Kerajaan Malaysia dengan pulangan antara 3% dan 3.5%, KWSP meminjamkan wang kepada Kerajaan dengan keuntungan sebanyak 5.5%.  Ianya adalah pelaburan yang menguntungkan."
Tu diaaa….  Bukan sahaja pelaburan KWSP dalam Skim ini dijamin selamat, ianya juga lebih menguntungkan dari pelaburan KWSP dalam Bon Kerajaan Malaysia!! Bukankah ini berita baik untuk rakyat Malaysia yang mencarum dalam KWSP? Bila pulangan tinggi, simpanan hari tua kita pun akan bertambah!
Mengapa Nurul dan Tony Pua tak nak tengok simpanan kita dalam KWSP bertambah?
Jawapannya jelas, kawan-kawan…
Nurul dan Tony Pua takut, kalau Skim ni berjaya, semua pihak akan untung dan gembira. Penduduk PPR untung dan gembira sebab dapat beli rumah. Rakyat Malaysia lain seperti kita pun akan untung dan gembira sebab duit kita dalam KWSP semakin meningkat. Bila semua orang gembira dengan Kerajaan Barisan Nasional, siapa yang akan sokong Pakatan Haprak?
Itulah taktik kotor pembangkang. Mereka bukannya nak membantu rakyat sebenarnya. Kalau mereka betul-betul mengutamakan kepentingan rakyat, sudah tentu mereka akan menyokong penuh Skim ni.
Macam ni ke pemimpin yang rakyat nak? Mengutamakan kepentingan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan rakyat?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul & Tony?

Sunday, March 4, 2012

TRAFIK BANGSAR LANCAR, NURUL IZZAH MASAM MUKA LAGI

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sebelum ini aku pernah singkap tembelang Nurul yang buat fitnah kononnya Persatuan-persatuan Penduduk di Bangsar menentang peluasan Jalan Maarof. Boleh baca di sini.

Hari ni sekali lagi aku bagi bukti kukuh yang Persatuan Penduduk sebenarnya menyokong projek peluasan jalan tersebut.

Sarapan bersama AJk Persatuan Penduduk sebelum meninjau Jalan Maarof.

Sedang meninjau Jalan Maarof bersama AJK Persatuan Penduduk

Sidang media bersama AJK Persatuan Penduduk selepas selesai meninjau keadaan Jalan Maarof.

Beberapa hari lepas, Dato’ Raja Nong Chik telah turun padang bersama AJK Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, Bangsar Baru, Bangsar Park & Lucky Garden untuk meninjau hasil projek peluasan jalan tersebut.

Memang bagus! Jelas nampak aliran trafik lebih lancar berbanding sebelumnya.

Persatuan-persatuan Penduduk tak payah cakaplah, memang gembira dengan hasil projek ni. Mana taknya, dulu sangkut lama gila kalau masa puncak, sekarang masa menunggu dah jauh kurang. Nak tahu lebih lanjut, dalam suratkhabar NST pun ada cerita ni.

Yang aku hairannya Nurul, mengapa kau mati-matian mahu menggagalkan projek ni sampai sanggup buat fitnah kononnya Persatuan Penduduk menentang projek ni? Bukankah projek ni akan menguntungkan penduduk Bangsar sendiri? Bukankah mereka ini juga penduduk Lembah Pantai yang mana kau tu wakil rakyat mereka?

Aku pun tak fahamlah wakil rakyat jenis apa yang sanggup tolak projek yang baik semata-mata kerana ianya datang dari Kerajaan. Nampak sangat kau tu bukannya ikhlas nak membantu penduduk Lembah Pantai.

Aku tahu, kau takut kalau rakyat berterima kasih dengan Kerajaaan, mereka takkan undi kau masa pilihan raya nanti. Jadi, kau seboleh-bolehnya nak gagalkan semua projek Kerajaan.

Peduli apa kalau orang Bangsar menderita sangkut dalam traffic jam lama-lama. Yang penting, mereka undi kau masa pilihan raya nanti. Bukan begitu Nurul?

Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Friday, March 2, 2012

PENDUDUK PPR CEMPAKA GEMBIRA, NURUL IZZAH BERDUKA. MENGAPA?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Hari tu aku ada terbaca dalam The Star & NST pasal loji kumbahan depan PPR Cempaka bakal diubah menjadi kawasan taman. Biar betul? Loji kumbahan macam mana nak jadi taman? Tak logik betul!!

Ooooooh… Rupa-rupanya loji tu akan dijadikan loji bawah tanah dan di atasnya dijadikan kawasan hijau dan ruang rekreasi untuk penduduk setempat.

Tengok gambar sekarang



Dan gambar lepas bakal siap…



Penduduk PPR Cempaka dan kawasan berdekatan termasuklah Pantai Ria memang confirm tengah bersorak keriangan. Mana taknya, dah berpuluh tahun mereka terpaksa hidup dengan ‘haruman’ dari loji kumbahan, tapi tak lama lagi bukan sahaja ‘haruman’ tu hilang, mereka dapat pula ruang untuk rekreasi! Ada dewan serbaguna, ada gelanggang futsal, ada gelanggang tenis, ada trek jogging. Pendek kata, macam-macam ada!!

Bagi yang memiliki rumah di kawasan tu, harga rumah pastinya akan melonjak berkali-kali ganda!! Kalau nasib baik, boleh jadi jutawan segera! Mana taknya, kawasan kediaman dikelilingi taman ni dah boleh dianggap kediaman eksklusif.

Tapi dalam penduduk Lembah Pantai bergembira, masih ada yang berduka…

Sapa tu? Tak lain tak bukan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Sebelum ni dah banyak kali dia cuba gagalkan projek ni. Walaupun tohmahannya telah dijawab oleh Kerajaan, dia masih cuba cetuskan prasangka dan kekacauan.

Aku rasa, inilah wakil rakyat pertama dalam dunia ni yang tak suka bila penduduk di kawasannya dapat pelbagai kemudahan. Patutnya dialah orang pertama yang bertepuk tangan bila dapat tahu pasal projek ni bukannya berterusan cuba menabur tohmah dan fitnah bagi menggagalkan projek ini. Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk selesaikan masalah rakyat, Nurul Izzah pula bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan rakyat terus hidup menderita.

Macam ni ke pemimpin yang penduduk Lembah Pantai nak?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

p/s: Untuk ulasan lanjut, boleh baca blog sahabat, Berita Lembah Pantai.

Thursday, March 1, 2012

RAJA NONG CHIK NYARIS TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DI BRICKFIELDS!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Semalam baca Twitter Nurul seolah-olah Raja Nong Chik hampir terlibat kemalangan di Brickfields. Eh, ye ke? Apa kata Nurul?


WTY7165 u cld hv easily been d death agent of @RajaNongChik wen u x stop at Bfields pedestrian cross

WTY7165 anda hampir jadi agen maut @RajaNongChik bila anda x berhenti di lintasan pejalan kaki Brickfields  

Hek eleh… Rupa-rupanya ada kereta tak berhenti di lintasan pejalan kaki di Brickfields sampai nyaris berlaku kemalangan. Raja Nong Chik ke yang bawa kereta tu? TAKKK!!!

Habis tu apa kena mengena orang tu tak berhenti dengan Raja Nong Chik? Raja Nong Chik boleh kawal semua pemandu di Malaysia ke?

Entah-entah yang bawa kereta tu penyokong PKR tak? Mana kita tahu kan?

Inilah taktik politik murahan Nurul Izzah dan geng Pakatan Haprak. Kalau ada benda yang tak kena je, semuanya salah Kerajaan. Hatta, orang tak berhenti di lintasan pejalan kaki pun salah Kerajaan juga.

Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak?

Kejap lagi aku rasa Nurul mungkin akan keluar Tweet ni:

Nasi yg sy masak hangit. Bkn sbb sy x pandai masak, tp ini semua salah @RajaNongChik!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

NURUL IZZAH SESAT DI LEMBAH PANTAI PART 2


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Tadi aku dah cerita pasal Nurul Izzah tak tahu lokasi program sendiri, sekarang aku nak cerita pasal dia tak tahu lokasi kebakaran di Lembah Pantai pulak…

Ceritanya begini….

Semalam ada kebakaran kecil di Lembah Pantai. Bila dapat tahu pasal perkara ni, Dato’ Raja Nong Chik segera minta wakilnya datang melawat mangsa untuk hulurkan bantuan. Dato’ Raja Nong Chik juga minta DBKL untuk segerakan pembaikian.

Dpt makluman kebakaran kecil dapur @Blok B,PPR Kerinci.Peg saya hadir utk dpt butiran mangsa.Terima kasih anggota Bomba atas kecekapan anda!

Bila Nurul Izzah baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik dan tahu pasal kebakaran ni, dia pun jadi tak tentu arah. Bayangkan kawan-kawan, nak tahu pasal kebakaran di Lembah Pantai pun kena baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik. Apa jenis wakil rakyat macam ni?

Bila dapat tahu Dato’ Raja Nong Chik dah hantar wakil, dia pun tak nak kalah, hantar juga wakil dia…

Nurul Izzah Anwar
‎"Kebakaran kecil Blok D PPR Kerinchi (bhg dapur).Wakil Nurul Izzah (@n_izzah) hadir melihat kerosakan

Malangnya hantar wakil pun tempat salah… Kebakaran di Blok B PPR Kerinchi, wakil dia pergi Blok D PPR Kerinchi. Lepas tu Nurul Izzah dengan bangganya dabik dada konon dah hantar wakil, padahal dia tak sedar, wakil pergi tempat salah!!!

Itulah Nurul, orang lantik jadi wakil rakyat, tak nak buat kerja betul-betul. Dato’ Raja Nong Chik hantar wakil aku tak hairan, sebab dia Menteri, jadi banyak perkara yang perlu diuruskan, bukan setakat Lembah Pantai semata-mata.

Tapi kau tu Ahli Parlimen Lembah Pantai sepenuh masa. Sepatutnya 24 jam kau ada di Lembah Pantai. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kau yang dapat tahu dulu, bukan dapat tahu dari Twitter Dato’ Raja Nong Chik. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kaulah yang dulu sampai, bukannya sekadar hantar wakil.

Itulah kau, lebih suka makan angin dari berkhidmat untuk penduduk Lembah Pantai. Tahun ni je berapa negara kau dah pergi untuk makan angin sambil burukkan nama Malaysia di mata dunia? Aku rasa si Nurul ni lebih arif tentang tempat-tempat di London, Australia, Turki, Singapura dan Indonesia berbanding dengan tempat-tempat di Lembah Pantai.

Eh Nurul, orang Lembah Pantai undi kau bukan untuk tengok kau pergi makan angin! Orang Lembah Pantai undi engkau sebab nak dapat perkhidmatan! Kalau setakat nak glamour dapat gelaran Ahli Parlimen, tapi kerja tak nak buat, tak payah masuk bertandinglah lain kali!! Kalau setakat nak jadi macam biskut Chipsmore, kejap ada kejap takda, jangan buang masa penduduk Lembah Pantai merayu undi mereka!!

ORANG LEMBAH PANTAI DAH MUAK!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

p/s: Kalau belum baca lagi, jangan lupa baca NURUL IZZAH SESAT DI LEMBAH PANTAI PART I.

NURUL IZZAH SESAT DI LEMBAH PANTAI PART I

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Nurul Izzah sesat di Lembah Pantai? Mustahil!! Dia kan dah jadi Ahli Parlimen di situ sejak tahun 2008. Dah 4 tahun tu. Takkanlah tempat-tempat di Lembah Pantai pun dia tak tahu?

Yaaaa…. Pelik bin ajaib kan? Dah 4 tahun jadi Ahli Parlimen Lembah Pantai tapi nama tempat pun tak tahu…

Nak tahu lebih lanjut boleh baca tweet dia ni:

Nurul Izzah Anwar
Alhamdulillah ramai turut serta dalam pertandingan mewarna yg kami anjurkan :) -medan angkasa

Aduhai Nurul… Mana ada tempat nama Medan Angkasa kat Lembah Pantai. Tempat program kau tu ialah Dataran Angkasa Jaya…

Apa ni Nurul? Nama tempat program sendiri pun tak tahu ke?

Kalau kau nak pergi Medan Angkasa, aku tak boleh tolong hantar, tapi kalau nak pergi Ruang Angkasa Setan, kawan aku boleh tolong hantarkan…


“Gaban, seret Nurul Izzah ke Ruang Angkasa Setan!!!”

Nurul, bila dah sampai Ruang Angkasa Setan, dok diam lama-lama sikit kat situ ya? Kalau tak balik, lagi bagus!! Kalau kau dok situ, hilanglah sorang kaki fitnah, kaki spin dan kaki curi kredit di Lembah Pantai!! Aman sikit hidup penduduk di sini…

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?