Showing posts with label TAN SENG GIAW. Show all posts
Showing posts with label TAN SENG GIAW. Show all posts

Monday, November 26, 2012

MENGAPA PAS DAN PKR MENYOKONG AGENDA PERKAUMAN DONG ZONG?



Apa kecoh-kecoh ni PAS dan PKR?

Semalam Dong Zong telah membuat perhimpunan membantah Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang kononnya akan menghapuskan sekolah Cina.

Perkara yang mereka paling bantah ialah penambahan masa untuk subjek Bahasa Malaysia di SJK(C) dan juga penghapusan Kelas Peralihan (Remove) di sekolah menengah.

Berikut laporan dari Malaysian Insider.

Ribuan berhimpun di PJ menentang pelan pendidikan nasional

PETALING JAYA, Nov 25 — Beribu-ribu rakyat berhimpun di padang bola sepak di sini dalam perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong bagi membantah Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan. 

“Kami menggesa kerajaan memenuhi kehendak rakyat, melaksanakan dasar sekolah pelbagai bahasa dan pastikan ia terkandung dalam dasar persekolahan arus perdana, untuk memberi layanan yang adil dan memelihara ciri-ciri pendidikan vernakular,” kata presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dalam ucapan kepada orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. 

Penunjuk perasaan bersorak dan bertepuk tangan menyokong, mereka berdiri di bawah panas matahari, sambil membawa payung dan sepanduk. 

Sepanduk kanvas putih dengan slogan seperti “Membantah KPM mepinggirkan SJKC, SJKT, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh, SMJK” yang ditulis dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan Tamil digantung di dua sisi padang. 

Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di padang. 

N. Surendran dari PKR, Dr Tan Seng Giaw dari DAP, Khalid Samad dari PAS dan Datuk Chua Soon Bui dari SAPP turut dilihat hadir memberi sokongan.

Namun begitu, tohmahan Dong Zong disangkal TPM yang juga Menteri Pelajaran.

·         PPPM tiada niat jahat, kata Muhyiddin

·  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 tidak mempunyai niat jahat atau tujuan terselindung bagi meminggirkan pendidikan bahasa Cina dan Tamil.

Beliau berkata kerajaan sememangnya bertindak adil terhadap semua jenis sekolah dan mahu meningkat kualiti pendidikan di semua aliran.

Mengulas dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kononnya PPPM boleh menjejaskan pendidikan di sekolah aliran Cina dan Tamil, beliau berkata ia adalah tidak betul sama sekali dan merupakan satu tanggapan salah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata semua sekolah kecuali sekolah menengah persendirian Cina yang mengelolakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) akan menerima faedah daripada pelan tersebut.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan Dong Zong itu pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang hari ini.

Dong Zong pada hari ini menganjurkan perhimpunan membantah pelan itu kerana khuatir ia akan meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, di samping meminta kerajaan bersikap adil terhadap semua sekolah.

Mengulas lanjut mengenai tiga usul yang dibangkitkan Dong Zong, Muhyiddin berkata PPPM langsung tidak menyebut untuk meminggirkan sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil, malah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) terus kekal dan turut disebut dalam laporan tersebut.

Mengenai pertambahan waktu pengajaran Bahasa Melayu pula, Muhyiddin berkata ia dibuat dalam bentuk kelas tambahan tanpa mengganggu masa pembelajaran bahasa Cina atau bahasa Tamil supaya mereka dapat memantapkan Bahasa Melayu yang mana akan diperlukan untuk masuk ke sekolah menengah nanti.

Mengenai kelas peralihan pula, yang penghapusannya tidak dipersetujui Dong Zong, beliau berkata kelas tersebut adalah tidak perlu sekiranya pembelajaran Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT adalah setanding dengan sekolah-sekolah biasa.

Justeru, Muhyiddin mahu Dong Zong menghentikan tohmahan terhadap kerajaan berkenaan perkara itu kerana ia hanya dibuat untuk tujuan politik semata-mata.

"Semua rakyat Malaysia sokong PPPM kenapa Dong Zong tak sokong. Yang menyokong Dong Zong pun hanya beberapa pertubuhan. Banyak lagi pertubuhan yang tak sokong Dong Zong kerana dia tahu Dong Zong ada muslihat politik.

"Saya tidak ada kepentingan politik. Saya melihat dari segi kepentingan pelajaran. Sebab itu kita bersetuju (dengan pelan ini)," katanya.

Muhyiddin juga berkata Dong Zong seringkali melihat apa yang diusahakan kerajaan sebagai berniat jahat dan bertujuan merosakkan bahasa Cina dan masa depan bahasa itu walaupun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Kalau itulah nak dibuat, mungkin dah berpuluh-puluh tahun dulu kita dah buat. Yang terbukti dalam Barisan Nasional sehingga 55 tahun merdeka, tidak ada buat begitu. Tidak ada sekolah Cina ditutup, tiada bahasa Cina tak boleh diajar, tambah guru Cina pun ada, tambah sekolah Cina pun ada," katanya.

Beliau berkata ia membuktikan bahawa pandangan Dong Zong adalah salah dan berharap agar masyarakat Cina tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pertubuhan itu.


Sebenarnya Dong Zong ni memang alat DAP untuk menaikkan semangat perkauman di kalangan orang Cina supaya menentang Kerajaan, kononnya Kerajaan zalim terhadap orang Cina di Malaysia padahal langkah Kerajaan tu baik belaka.

Sekarang ni standard Bahasa Malaysia di sekolah Cina memang teruk, tu sebab mereka kena masuk Kelas Peralihan setahun dulu, baru boleh masuk Tingkatan Satu.

Jadi, bagi membantu pelajar Cina, Kerajaan cadangkan supaya kelas Bahasa Melayu ditambah di sekolah Cina supaya tak payah masuk Kelas Peralihan dan tak rugi setahun, boleh terus masuk Tingkatan Satu selepas Darjah Enam.

Benda baik macam ni pun, Dong Zong boleh bantah?

Lepas tu Dong Zong turut tuntut supaya sijil UEC sekolah menengah persendirian Cina diiktiraf setaraf dengan SPM dan universiti bahasa pengantar Cina turut diiktiraf Kerajaan.

Bayangkanlah kawan-kawan, macam mana keadaannya kalau orang Cina di Malaysia dari sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti belajar dalam Bahasa Cina sesama orang-orang Cina sahaja. Tak payah ambil SPM pun takpa. Bila keluar universiti, cakap Bahasa Malaysia pun tak boleh! Macam mana nak wujudkan perpaduan kalau mereka tak bergaul dengan bangsa lain dan tak tahu cakap Bahasa Malaysia, cuma tahu cakap Bahasa Cina sahaja?

Inilah senario masa depan yang ingin diwujudkan DAP menerusi proksi mereka, Dong Zong.  DAP nak main sentimen perkauman orang Cina, akau tak hairan sebab DAP memang parti cauvinis Cina.

Tapi pasal apa PAS dan PKR pun turut sama nak cetuskan api kebencian kaum Cina ni?

Tak percaya? Baca balik laporan dari Malaysian Insider.

Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di padang. 

N. Surendran dari PKR, Dr Tan Seng Giaw dari DAP, Khalid Samad dari PAS dan Datuk Chua Soon Bui dari SAPP turut dilihat hadir memberi sokongan.


PAS adalah parti yang hampir 100% ahlinya orang Melayu. Macam mana orang Melayu dalam PAS boleh setuju dengan idea-idea rasis Dong Zong yang cuma mementingkan orang Cina dan mengabaikan perpaduan?

PKR pula majoriti ahlinya orang Melayu dan tampuk pimpinan mereka pun rata-rata orang Melayu. Bagaimana Anwar Ibrahim boleh menyokong idea-idea rasis yang akhirnya akan mencetuskan pertelingkahan antara kaum?

Jawapannya mudah. Mereka cuma mahukan kuasa. Jadi untuk menawan hati pengundi Cina, mereka sanggup menggadaikan semuanya.

Tak kisahlah kalau satu hari nanti orang Cina di Malaysia cuma tahu berkomunikasi dalam Bahasa Cina dan langsung tak faham Bahasa Malaysia.

Tak kisahlah kalau insiden perkauman semakin meningkat kerana sejak dari awal lagi bangsa-bangsa di Malaysia telah diasingkan dan langsung tak bercampur antara satu sama lain.

Itu semua tak penting bagi PAS dan PKR. Yang penting, dapat rampas kuasa!

Pergi jahanam dengan masa depan Malaysia!

Pemimpin macam ni ke yang kita nak?

Apa kecoh-kecoh ni PAS dan PKR? 

Friday, November 16, 2012

DAP TIPU PAS KE, PAS YANG TIPU AHLI?



Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Semasa Muktamar PAS, Ketua Dewan Ulamanya, Harun Taib, dengan yakin telah mengumumkan bahawa hukum hudud telah diterima oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat dan ianya akan dilaksanakan sekiranya Pakatan menang dalam PRU akan datang.

Pengumuman ini sudah tentunya disambut hangat oleh perwakilan PAS, dengan laungan takbir bergema di seluruh pelusuk dewan.

Tetapi yang hairannya, bila ditanya kepada DAP, DAP dengan lantang menafikan mereka pernah bersetuju untuk melaksanakan hudud walau dalam apa bentuk sekalipun.

DAP Hanya Terima Kedudukan Agama Islam, Bukan Hukum Hudud – Dr Tan Seng Giaw
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw berkata tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam seperti mana termaktub dalam perlembagaan negara.
Beliau berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan PAS berkenaan pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.
“Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan…saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,”.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di Kota Bharu, Jumaat.
Semalam Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13.
Persoalannya sekarang, siapa yang tipu siapa?

Mungkinkah benar DAP telah memeterai perjanjian dengan PAS untuk menerima hudud tetapi sengaja dinafikan sehingga PRU selesai supaya mereka tidak kehilangan sokongan golongan bukan Islam?

Ataupun PAS sebenarnya yang cuba memperdayakan ahli-ahli mereka?

Selama ini PAS mendapat kritikan kuat bukan sahaja dari umat Islam secara umumnya malahan dari kalangan ahli-ahli mereka sendiri ekoran PAS didapati terlalu banyak beralah kepada DAP dan PKR, malah tidak berani untuk mempertahankan maruah Islam dek kerana desakan DAP dan PKR.

Jadi, kalau mereka membuat pengumuman gempar seperti ini, yang kononnya hudud telah diterima DAP dan PKR, sudah tentu ianya akan dapat mengembalikan keyakinan ahli bahawa pandangan PAS sebenarnya diterima oleh parti-parti lain dalam Pakatan, bahawa PAS ada pendirian dan mereka bukannya sekadar pak turut dalam Pakatan.

Malangnya, penafian DAP telah menghancurkan angan-angan manis para penyokong PAS.

Kesiaaaaannnn!!!

Memang sahlah PAS selama-lamanya jadi budak suruhan DAP dan PKR! Peranan PAS semata-mata nak memecahkan undi Melayu, lepas tu PAS akan terus disisihkan seperti biasa.

Apa kecoh-kecoh ni PAS?