Friday, February 22, 2013

DAP & PKR PERANG BESAR DI JOHOR



Apa kecoh-kecoh ni DAP & PKR?

Belum perintah negara dah perang besar sesama sendiri?

Inilah bukti kukuh tiadanya persefahaman di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Seperti yang dilaporkan secara meluas dalam portal-portal pro-pembangkang, perang besar tercetus bila Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau menuduh Ketua PKR Johor, Chua Jui Meng sebagai dalang kempen mensabotaj DAP Johor.

DAP Johor menuntut supaya Chua Jui Meng disingkirkan dari jawatan Ketua PKR Johor. DAP Johor tidak akan bekerjasama dengan PKR Johor selagi isu ini tidak diselesaikan.

Tuntutan DAP Johor disokong oleh Karpal Singh yang mendakwa bahawa Chua Jui Meng mempunyai masalah kredibiliti kerana beliau merupakan bekas pemimpin MCA dan BN. Karpal Singh menuntut agar Anwar Ibrahim campur tangan demi masa depan Pakatan Rakyat.

Boleh baca sendiri laporan portal pro-pembangkang Free Malaysia Today:

PETALING JAYA: DAP hari ini menuduh Ketua PKR Johor Chua Jui Meng menjalankan kempen bawah tanah terhadapnya di negeri ini.

Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau berkata dalam satu kenyataan media bahawa partinya telah menjadi sasaran "serangan ganas tanpa nama" dan dia "amat" percaya bahawa Chua adalah "tangan hitam" di belakang serangan-serangan ini.

Boo berkata ia adalah dikesali bahawa Chua, walaupun pendatang baru kepada Pakatan Rakyat, dia telah mengenepikan pemimpin pembangkang lain di Johor.

Chua berpaling tadah dari MCA kepada PKR pada Julai 2009.

Boo mencadangkan bahawa PKR menggantikan Chua dengan sama ada presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ini akan memberi Pakatan peluang yang lebih baik menawan negeri Johor dalam pilihan raya umum ke-13.

Boo menolak dakwaan bahawa DAP Johor telah memulaukan acara Pakatan Rakyat dan tidak menjemput pemimpin PAS atau PKR ke majlis-majlis DAP.

Beliau berkata, hanya Chua Jui Meng sahaja yang tidak dijemput untuk semua majlis DAP Johor.

Beliau mendakwa bahawa satu-satunya matlamat Chua adalah untuk mendapatkan kerusi yang selamat untuk dirinya sendiri dalam pilihan raya akan datang.

Karpal Sokong Boo, Soal Kredibiliti Chua

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, parti itu mengambil pandangan yang serius dakwaan Boo terhadap Chua.

"Sesuatu siasatan yang mendalam harus dilancarkan untuk menentukan siapa yang berada di belakang 'serangan ganas tanpa nama' menentang DAP dan juga menentukan 'tangan hitam' di sebalik serangan-serangan ini.”

"Dakwaan oleh Boo tidak boleh dipandang ringan demi kepentingan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Karpal juga berkata bahawa kredibiliti Chua adalah diragui memandangkan beliau merupakan pemimpin yang telah lama dalam MCA dan Barisan Nasional.

Beliau juga menggesa Anwar untuk memastikan peluang Pakatan di Johor tidak terjejas oleh apa-apa perbuatan sabotaj.

Belum menang apa-apa dah bergaduh sakan sesama sendiri. Kalau dah menang nanti macam mana agaknya?

Mahu berbunuh kot demi nak rebut kuasa!

Apa kecoh-kecoh ni DAP & PKR?

No comments:

Post a Comment