Wednesday, July 11, 2012

RONNIE LIU SERGAH SIKIT, PAS TERUS KECUT TELUR…



Apa kecoh-kecoh ni Ronnie Liu & PAS?

Dari dulu lagi kita dah tahu PAS memang keldai tunggangan DAP. Dan kali ini, sekali lagi PAS mengukuhkan pandangan tersebut.

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah keluarkan arahan kepada pengusaha panggung wayang menghalang mereka dari membenarkan pasangan Islam yang belum berkahwin dari duduk bersama.

Tapi sebaik sahaja dikeluarkan arahan tersebut, terus Ronnie Liu dari DAP melenting dan mengarahkan supaya arahan tersebut ditarik balik.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu mengarahkan MDKS menangguhkan peraturan mengasingkan pasangan Islam belum berkahwin dalam panggung wayang.

Ronnie berkata, ini kerana peraturan itu disifatkan sebagai ‘double standard’.

Apa tindakan PAS selepas Ronnie Liu campur tangan? Adakah mereka menghentam Ronnie Liu kerana campur tangan urusan penganut agama Islam?

TAKDA!!

Malahan PAS Selangor (Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor & Dr Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor) dengan pantas menyokong tindakan Ronnie Liu sambil menegaskan bahawa Majlis Daerah Kuala Selangor tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut sebaliknya ianya hanyalah cadangan.

Eh, ye ke?

Cuba tengok notis ni.. Ada rupa macam cadangan tak? Aku tengok macam rupa arahan je.



Tapi yang paling menghairankan ialah tindak-tanduk PAS dalam isu ni. Arahan asal tersebut memang perkara yang baik, habis tu mengapa PAS perlu berdolak-dalih dan cuba mengelak sebaik sahaja digertak oleh Ronnie Liu?

Kalau betul mereka serius memperjuangkan Islam, sudah tentunya mereka akan memberi amaran kepada Ronnie Liu untuk tidak campur tangan urusan penganut Islam dan berkeras untuk mengekalkan arahan tersebut. Sebaliknya, mereka terus menikus dan kecut telur bila diherdik Ronnie Liu.

Dan ini bukan kali pertama insiden seperti ini berlaku.

Bila PAS cadang haramkan penjualan arak di kawasan majoriti penganut agama Islam di Shah Alam, Ronnie Liu sergah sikit, terus tak jadi nak buat.

Bila PAS cadang haramkan orang Islam bekerja di premis menjual arak di Subang Jaya, Ronnie Liu sergah sikit, terus tak jadi nak buat.

Dan kini, bila PAS nak haramkan pergaulan bebas antara bukan muhrim di panggung wayang di Kuala Selangor, Ronnie Liu sergah sikit, terus tak jadi nak buat.

Nampak sangat PAS ni semata-mata keldai tunggangan DAP. Nak kata macam lembu dicucuk hidung pun boleh, sebab apa sahaja yang DAP arah mereka akan akur. Prinsip Islam entah ke mana perginya. Habis dibuang demi menjaga hati DAP.

Apa kecoh-kecoh ni Ronnie Liu dan PAS? 

No comments:

Post a Comment