Thursday, July 12, 2012

PENYELEWENGAN RM 1 JUTA WANG RAKYAT SELANGOR UNTUK KARNIVAL TERIMA KASIH RAKYAT – RONNIE LIU LAGI!!!



Apa kecoh-kecoh ni Kerajaan Pakatan Selangor & Ronnie Liu?

Pendedahan terkini mengenai penyelewengan wang rakyat Selangor oleh Kerajaan Pakatan Selangor ini disebarkan oleh portal pro-pembangkang, Malaysiakini. Kalau portal pro-pembangkang sendiri dah mengaku wujud penyelewengan, maknanya penyelewengan memang dah berakar umbi di dalam Kerajaan Pakatan Selangor.

Baru satu penggal memerintah negeri, dah jadi macam ni. Macam ni ke orang yang kita nak percaya untuk memerintah negara? Mahu lingkup Malaysia dibuatnya!!
--------------------------------------------------------------------------
An investigation has found various irregularities in the procurement of services and products for Karnival Terima Kasih Rakyat, a political carnival organised in March to celebrate Pakatan Rakyat's fourth anniversary of governance in Selangor. The carnival involved over RM1 million in goods and services procured and 15 suppliers.

However, the carnival's coordinator Ronnie Liu who is also the state local government, research and development committee chairperson, denied any irregularity and claimed that it was a “misunderstanding".

Malaysiakini has sighted a copy of the report, that discloses that the total claims of the carnival was RM1,118,216 involving 15 suppliers.

All procurements with the private companies were done without complying with the state's financial rules, according to the report.

Indeed, some companies were found with multiple irregularities. For example, local orders were not issued to 13 companies, and four companies that supplied services and products over RM50,000 did not go through the quotations process and had failed to get financial approval.

After capturing Selangor government in 2008, the Pakatan administration has stipulated that any procurement above RM50,000 must be made through open tender, to promote transparency and minimise corruption.

Exceptions are only allowed under special circumstances.

One company had a company registration number that differed from CCM's record, and two companies provided services and products outside of their business fields as registered with the authorities. 

For example, one company registered with both Upen and MOF as providers of cleaning, rubbish dumping and landscaping services, was found providing a motorcycle to the carnival as a lucky draw prize.

Another company registered for the same business was given the tender to supply balloons  and artistes and personalities for the carnival.

A third company with no record in both Upen and MOF had registered itself with CCM as a catfish breeder, but was put in charge of transportation of the carnival. Its CCM registration had also expired.

The physical visits to their business addresses also unearthed more suspicious details.

According to the report, one company had no address, one used a container as an operations office, two could not be located, three were located in residential houses, two had business premises but no operations, and one had a business premise but bearing a different name.

The report found only four companies had business premises and were in operation.
-------------------------------------------------------------
Siasatan telah menjumpai pelbagai penyelewengan dalam perolehan perkhidmatan dan produk untuk Karnival Terima Kasih Rakyat, karnival politik yang dianjurkan pada bulan Mac untuk menyambut ulang tahun keempat pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Penganjuran karnival tersebut melibatkan kos lebih RM1 juta dari 15 pembekal.


Walau bagaimanapun, penyelaras karnival, Ronnie Liu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan Dan Pembangunan, menafikan wujudnya penyelewengan dan mendakwa bahawa ia hanya "salah faham".

Malaysiakini telah melihat salinan laporan itu, yang mendedahkan bahawa jumlah tuntutan karnival adalah RM1, 118.216 melibatkan 15 pembekal.

Semua perolehan dengan syarikat-syarikat swasta telah dilakukan tanpa mematuhi peraturan kewangan negeri, menurut laporan itu.

Malah, beberapa syarikat telah didapati terlibat dengan pelbagai penyelewengan. Sebagai contoh, pesanan tempatan tidak dikeluarkan kepada 13 syarikat, dan empat syarikat yang membekalkan perkhidmatan dan produk lebih RM50, 000 tidak melalui proses sebutharga dan telah gagal untuk mendapatkan kelulusan kewangan.

Selepas menguasai kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008, pentadbiran Pakatan telah ditetapkan bahawa mana-mana perolehan melebihi RM50, 000 hendaklah dibuat melalui tender terbuka, untuk menggalakkan ketelusan dan mengurangkan rasuah.

Pengecualian hanya dibenarkan di bawah hal keadaan yang khas.

Satu syarikat mempunyai nombor pendaftaran syarikat yang berbeza dari rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan dua syarikat menyediakan perkhidmatan dan produk di luar bidang perniagaan mereka seperti yang didaftarkan dengan pihak berkuasa.

Sebagai contoh, satu syarikat yang berdaftar dengan kedua-dua UPEN dan Kementerian Kewangan sebagai pembekal pembersihan, perkhidmatan pembuangan sampah dan landskap, diberi tanggungjawab menyediakan motosikal untuk karnival sebagai hadiah cabutan bertuah.

Satu lagi syarikat yang didaftarkan untuk perniagaan yang sama telah diberikan tender untuk membekalkan belon dan artis-artis dan personaliti untuk karnival.

Syarikat ketiga yang tidak mempunyai rekod di kedua-dua UPEN dan Kementerian Kewangan telah didaftarkan dengan SSM sebagai penternak ikan keli, tetapi telah diberi kontrak menjaga pengangkutan karnival. Pendaftaran syarikat tersebut dengan SSM juga telah tamat.

Lawatan fizikal ke atas alamat perniagaan mereka juga menimbulkan pelbagai aspek mencurigakan.

Menurut laporan itu, satu syarikat tidak mempunyai alamat, satu syarikat menggunakan kontena sebagai pejabat operasi, dua tidak dapat dikesan, tiga terletak di rumah kediaman, dua mempunyai premis perniagaan tetapi tiada operasi, dan satu mempunyai premis perniagaan tetapi di bawah nama syarikat yang berbeza.

Laporan itu mendapati hanya empat syarikat mempunyai premis perniagaan dan beroperasi.
------------------------------------------------------------------------------
Tengok tu!! Macam ni ke Kerajaan yang kononnya telus? Semua Peraturan Kewangan Kerajaan Negeri dilanggar sewenang-wenangnya.

Tiada sebutharga diminta. Jadi tiada perbandingan sama ada harga ditawarkan itu munasabah atau tidak.

Kelulusan kewangan tidak diperolehi. Pakai beli ikut suka hati mak bapak diorang je.

Pesanan Tempatan rasmi pun tak dikeluarkan! Sekadar perjanjian mulut sahaja. Jadi, senang la kalau nak tuntut macam-macam dalam invois sebab takda Pesanan Tempatan sebagai panduan.

Kontrak juga diberi kepada syarikat yang tak berdaftar. Malah ada antaranya hanya syarikat atas angin yang tidak wujud.

Tapi apa alasan Kerajaan Pakatan Selangor dan Ronnie Liu? Ini semua “salah faham”.

“Salah faham” kepala tengkorak lu lah!!

Duit rakyat Selangor kena rompak dan seleweng, kroni masing-masing dah kenyang, lepas tu selamba je cakap ni semua “salah faham”!

Perompak dan penyamun macam ni ke kita nak percaya untuk perintah Malaysia?

Apa kecoh-kecoh ni Kerajaan Pakatan Selangor & Ronnie Liu?

No comments:

Post a Comment