Monday, August 3, 2015

RM2.6 BILION DERMA RUPANYA…TAPIIII…..


Apa kecoh-kecoh ni Najib?

SPRM mengesahkan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi YAB PM, Dato’ Sri Najib Tun Razak ialah derma dari luar negara dan bukannya wang yang diselewengkan dari 1MDB.

Alhamdulillah. Baguslah kalau begitu.

Susulan kenyataan SPRM, Pengarah Strategik & Komunikasi BN, Datuk Rahman Dahlan telah keluarkan kenyataan susulan mengatakan tidak salah bagi wang derma untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri/Presiden UMNO. Juga tidak wujud undang-undang menghalang penerimaan derma tersebut walau sebesar manapun jumlahnya.

Kita tolak dululah isu sumber derma tersebut. Faham-faham je lah, walaupun dah dinafikan oleh SPRM, ramai orang masih tuduh duit derma ni sebenarnya diseleweng dari 1MDB cuma dipusing-pusing di luar negara sebelum dihantar balik ke Malaysia.

Apa yang aku nak tanya, apa prosedur dalaman UMNO bila terima derma terutamanya yang melibatkan jumlah yang sebegini besar?

RM2.6 bilion bukan setakat duit simpan dalam kocek, lepas tu keluarkan masuk dalam tabung derma. Besar tu!!

Yang musykilnya, orang no 2 dalam UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tak tahu pasal derma RM2.6 bilion ini sehinggalah diberitahu oleh Dato’ Sri Najib secara sembang-sembang. Bukan ada hitam putih tau, tapi sambil borak-borak je. Tan Sri Muhyidin sendiri terkejut bila dengar wang sebanyak tu dimasukkan dalam akaun peribadi PM.

Dalam keadaan seperti ini, kalau dah ada persetujuan nak gunakan akaun peribadi PM untuk simpan derma, mengapa Tan Sri Muhyiddin tak tahu? Bagaimana UMNO mengawasi kemasukan dan pengeluaran wang tersebut? Kalau PM senyap tak cakap apa-apa, siapa yang tahu pasal wang tu?

Mungkinkah akan timbul ketirisan dan kebocoran di mana wang yang masuk digunakan sesuka hati memandangkan tidak ada rekod yang jelas mengenai pergerakannya?

Bukan nak kata apalah, kadang-kadang tengok sesetengah pemimpin dalam UMNO, asalnya bukan orang kaya, tiba-tiba boleh shopping luar negara, beli beg Birkin, set rambut besar-besar. Adakah mereka ini juga pemegang amanah wang derma?

Jadi demi ketelusan, perlu ada prosedur yang jelas mengenai wang derma ini. Bukan apa, kita takut timbul macam-macam tohmahan kepada UMNO sedangkan perkara ini boleh dihindarkan dengan mudah.


Apa kecoh-kecoh ni Najib? 

Sunday, August 2, 2015

NAJIB CUTI REHAT SEHINGGA SIASATAN 1MDB SELESAI


Apa kecoh-kecoh ni PMSP?

Eh, PMSP ni apa? PMSP ni ialah Persatuan Minda Sosial Prihatin. Tak pernah dengar pun?

Yalah, masa takda isu PMSP ni memang senyap je. Bila ada isu, terutamanya kalau ada isu yang cuit Dato’ Sri Najib, baru dia keluar.

Baru-baru ni, ekoran kenyataan Tan Sri Muhyiddin tentang 1MDB semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras, PMSP telah melenting dan minta Tan Sri Muhyiddin mengambil cuti rehat sehinggalah siasatan SPRM terhadap projek 1BestariNet selesai.

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini digesa mengambil cuti rehat hingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek 1BestariNet selesai.

Penasihat Ekonomi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Suud Ridzuan berkata pihak mereka telah membuat aduan kepada SRPM pada kira-kira 11.40 pagi tadi untuk menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

"Tan Sri Muhyiddin, bercutilah. Berehatlah buat sementara siasatan 1BestariNet ini selesai. Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar.

Menurut laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang), projek ini adalah satu kegagalan. Mengapakah jumlah yang begitu besar dibelanjakan untuk program ini? Saya mohon SPRM siasat,”

Kebetulan pula, memang pun PM lucutkan jawatan Tan Sri Muhyiddin selepas itu sebagai TPM dan Menteri Pendidikan. Jadi, tercapailah hasrat PMSP.

Tapi yang musykilnya, kalau siasatan SPRM terhadap  projek RM663 juta dah memadai untuk PMSP desak Tan Sri Muhyiddin bercuti rehat, mengapa PMSP senyap macam syaitan bisu bila timbul kes penyelewengan 1MDB sehingga RM42 billion melibatkan PM?

Mengapa PMSP tak desak PM bercuti rehat juga sehingga siasatan 1MDB selesai? RM42 billion jauh lebih tinggi nilainya berbanding RM663 juta.

Mengapa ya?

Cuma PMSP sahaja yang boleh jawab.

Apa kecoh-kecoh ni PMSP?