Thursday, July 30, 2015

GANI PATAIL DIPECAT KERANA MAHU DAKWA NAJIB?

Apa kecoh-kecoh ni Gani Patail?

Sekarang ni heboh kononnya Gani Patail dipecat kerana beliau telah bersedia untuk mendakwa Perdana Menteri . Kononnya beliau telahpun mendrafkan pendakwaan terhadapa PM atas tuduhan rasuah dan pecah amanah tetapi apabila perkara ini diketahui PM, PM telah mengarahkan KSN untuk melucutkan jawatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara.

Berikut adalah draf pendakwaan yang dimaksudkan:




Betul ke? Ada yang kata draf ni palsu. Ada yang kata ini draf yang sebenar.

Siapa yang boleh jawab? Sudah tentulah Tan Sri Gani Patail.

Sebagai rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran, saya menggesa Tan Sri Gani Patail untuk tampil ke hadapan dan menjelaskan kebenaran tuduhan ini,


Apa kecoh-kecoh ni Gani Patail?

Wednesday, July 29, 2015

NAJIB MENGAKU MASUKKAN RM2.6 BILLION DALAM AKAUN PERIBADINYA

Apa kecoh-kecoh ni Najib?

Dalam suasana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak asyik menepis tuduhan bahawa dia terlibat dalam skandal 1MDB, kini bekas Timbalan Perdana Menteri mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib telah mengaku memasukkan RM2.6 billion di dalam akaun peribadinya.

Boleh lihat sendiri videonya:


Berikut adalah transkrip video tersebut:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia,
from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a
lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk account you? ...(tidak jelas)... kenapa masuk
account Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga
point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal
account?

Video tersebut telah disahkan oleh Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO. 

Menurut beliau video tersebut dirakam di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau menerima kunjungan pemimpin-pemimpin UMNO yang bersimpati dengan pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selain Tan Sri Kadir, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir turut hadir.

Walaupun soalan mengenai isu ini telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, tiada komen diberikan sehingga kini.

Semakin banyak dalih diberikan untuk menangkis skandal 1MDB, semakin banyak bukti yang timbul untuk mensabitkan Datuk Seri Najib!

Bak kata pepatah,  bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru!

Apa kecoh-kecoh ni Najib?

Tuesday, July 28, 2015

DEMI 1MDB, SIAPA LAGI KORBAN NAJIB?


Apa kecoh-kecoh ni Najib?

1MDB memang macam puaka, seorang demi seorang menjadi mangsa!

Mangsa pertama, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai siasatan dakwaan perpindahan RM2.6 billion ke akaun milik PM. Beliau dilucutkan jawatan tapi bila ditanya langsung tidak tahu mengenai perlucutan tersebut. Adakah Gani Patail dilucutkan jawatan untuk memastikan beliau tidak dapat bertindak terhadap PM? Dengan ketiadaan Gani Patail, maka penyiasatan 1MDB terbantut.

Mangsa seterusnya, YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana berani mempersoalkan tentang isu 1MDB secara terbuka.

Setelah dipecat, ini kenyataan Tan Sri Muhyiddin:

Dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Inilah pemimpin yang tidak gila kuasa dan sanggup hilang segala-galanya demi kebenaran dan kepentingan rakyat.

Selain Tan Sri Muhyiddin, Menteri-menteri yang tidak sependapat dalam isu 1MDB turut dicantas, terutamanya mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bijaknya Najib, beliau turut membantutkan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap isu 1MDB dengan melantik 4 orang ahlinya sebagai Menteri termasuklah Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed. Adakah ini tindakan untuk membantutkan penyiasatan PAC terhadap 1MDB? Helah Najib nampak semakin ketara apabila Nur Jazlan mengumumkan penamatan penyiasatan PAC terhadap 1MDB sehinggalah ahli-ahli baru dilantik. Persoalannya, berapa lamakah masa yang bakal diambil untuk melantik ahli-ahli baru? Tidak hairan jika pelantikan ahli baru mengambil masa berbulan-bulan semata-mata untuk memberi peluang kepada 1MDB menyediakan dalih-dalih baru untuk menghalalkan kerugian berbilion ringgit duit rakyat.

Selepas ini, siapa lagi bakal jadi mangsa 1MDB?


Apa kecoh-kecoh ni Najib?