Tuesday, August 7, 2012

MALAYSIA AKAN MENANG EMAS OLIMPIK JIKA PAKATAN MENANG PRU?


Apa kecoh-kecoh ni M. Manoharan?

Ada satu benda yang geng-geng Pakatan ni memang cukup handal. Apa bendanya tu?

MENABUR JANJI-JANJI MANIS YANG SUKAR UNTUK DICAPAI!

Apa janji manis Pakatan kali ini?

Menurut M. Manoharan, ADUN DAP dari Kota Alam Shah, Selangor, jika Pakatan memerintah, Malaysia akan menang pingat emas di Sukan Olimpik di Rio De Janeiro pada tahun 2016!

Malaysia will win its first GOLD Medal in Olympics after Pakatan takes over Putrajaya.

Wow hebat!!

Macam mana nak dapat tu?

Pakatan has a very capable sports minister in waiting.Give Pakatan to rule Putrajaya to bring in the Gold in next Olympics in Rio 2016.

Betul ke? Tapi mengapa bila aku semak senarai Kabinet Bayangan Pakatan, tak nampak pun portfolio Kementerian Sukan?

Eh, kalau portfolionya pun tak wujud, mana datangnya bakal calon Menteri Sukan?

Kalau nama calon Menteri Sukan pun belum ada, memang confirmlah pelan pembangunan sukan pun Pakatan tak pernah fikir.

Nampak sangat si Manoharan ni cuma pandai kelentong dan cakap besar je.

Sebelum ni dia hina Jalur Gemilang, kononnya lebih baik kibar bendera DAP dari Jalur Gemilang.

Lepas tu dia hina Lee Chong Wei sebab tak menang emas badminton di Olimpik.

Sekarang ni dia buat janji mengarut Pakatan akan pastikan Malaysia menang emas di Olimpik 2016 sedangkan nama Menteri Sukan pun belum tahu, lepas tu pelan pembangunan sukan pun tak pernah ada.

Macam ni je lah kualiti pemimpin Pakatan.. Cakap besar je lebih, nak buat tak reti!!

Apa kecoh-kecoh ni Manoharan? 

Monday, August 6, 2012

NURUL IZZAH KINI JADI PENYOKONG KUAT KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Biar betul kau dah jadi penyokong kuat Kedai Rakyat 1Malaysia?

Apa ceritanya niii?

Meh kita baca blog sahabat, Berita Lembah Pantai & aboudiabydoo.


Nurul Izzah Jilat Ludah Sendiri. Dulu hina barang Kedai Rakyat 1Malaysia, sekarang edar pada orang ramai!

Masih ingat episod bagaimana Pakatan Rakyat memburuk-burukkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)?

Ada tiga Juara Raja Lawak yang terlibat - diketuai Tony Pua, yang mewakili kepentingan towkey pasaraya Cina dari parti Cina DAP.

Pengikut Tony Pua ialah Nurul Izzah dari PKR, Melayu yang dicucuk hidung menjadi boneka menjatuhkan perniagaan orang Melayu.

Dan yang paling kelakarnya satu kartun lawak Dzulkiflee Ahmad yang turut jadi pak sanggup pegang sabun basuh, tapi tak tahu apa-apa. Ini satu lagi pengkhianat perniagaan Melayu.

Apa lah yang tak dikata mereka tentang KR1M ini.




Bukan nya susah sangat, Google saja. Malaysiakini seperti biasa memuatkan puluhan artikel membantai barangan 1Malaysia.

Tiba-tiba rupanya dalam senyap-senyap Nurul Izzah juga beli barangan Kedai Rakyat 1Malaysia untuk dia edar pada pengundi-pengundi Lembah Pantai.

Ini bukti bergambar.




Apa ini YB! Yang dulu tu tipu ka?

Kami di Berita Lembah Pantai mendesak Nurul Izzah buat kenyataan akhbar memberi penjelasan atau memohon maaf pada Mydin, KR1M dan Kerajaan Malaysia!

Jangan jadi pemfitnah di bulan Ramadhan wahai Nurul Izzah!

Wednesday, August 1, 2012

NURUL IZZAH BANYAK SEMBANG, RAJA NONG CHIK BANYAK KERJA!


Kenangan silam Dato Raja Nong Chik bersama Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, menziarahi setinggan Kg Pasir yang baru berpindah ke rumah PPR. Dah lama rupanya Dato Raja Nong Chik berbakti untuk penduduk Lembah Pantai!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Nak tengok beza orang kuat sembang dengan orang kuat kerja?

Tengok sahaja kes penyelenggaraan lif di P20, Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai.
Penduduk mengadu banyak lif rosak di kawasan itu dan minta supaya pemaju segerakan penyelenggaraan.

Ini respon Nurul Izzah pada 1 Ogos 2012.

@jalil3507 UOA tidak bsedia utk perbaiki lif2 lain - alasan wang selenggara yg tertunggak. InsyaAllah kita adakan dialog, cr penyelesaian

Ini pula respon Dato’ Raja Nong Chik pada 1 Ogos 2012, hari yang sama!

Terima panggilan dari UOA menyatakan bahawa pihak mrk sudah memperbaiki lif-lif yg rosak di P20.

Nurul Izzah bila orang mengadu, dia banyak berdalih dan cuba elak untuk buat kerja. 

Penyelesaian Nurul, mari kita buat dialog. Dialog tu tak pula dinyatakan bila nak dibuat. Minggu depan ke, bulan depan ke, tahun depan ke? Sementara nak tunggu dialog, penduduk dah nak tercabut kaki dan pinggang turun naik bangunan pakai tangga sebab lif belum dibaiki! Macam mana agaknya nasib orang tua, OKU, kanak-kanak yang terpaksa turun naik tangga tu? Jangan risau, Nurul akan buat dialog…

Dato Raja Nong Chik pula, bila dapat aduan, terus turun padang dan jumpa pemaju minta disegerakan kerja-kerja penyelenggaraan sebab beliau sedar perkara mustahak macam ni tak boleh nak dipandang ringan. Hasilnya, pemaju terus buat kerja-kerja penyelenggaraan.

Nurul baru nak anjur dialog, Dato Raja Nong Chik dah selesaikan masalah.

Inilah bezanya orang yang kuat sembang tapi malas kerja dan orang yang buat kerja tanpa banyak sembang.  

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?