Thursday, October 6, 2011

MAHFUZ OMAR – JAGUH KAMPONG BHARU YANG TOLOL BIN BAHLOL


Apa kecoh-kecoh ni Mahfuz?

Kelmarin Pakatan Haprak kecewa besar kerana gagal menghentikan usaha murni Kerajaan untuk membantu pemilik dan pewaris Kampong Bharu apabila Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu diluluskan di Dewan Rakyat.

Tapi macam biasa, walaupun dah gagal mereka terus menabur fitnah dan kali ini fitnah itu dihamburkan oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Kali ini Mahfuz mengulas mengenai penglibatan GLC dalam pembangunan Kampong Bharu. Apa kata Mahfuz?
“Sehubungan itu, katanya yang dipetik Harakahdaily, PAS mempertikaikan kewujudan tiba-tiba empat GLC yang akan menguruskan pembangunan Kampung Baru malam tadi sedangkan rang undang-undangnya baru semalam diluluskan.
Empat GLC berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad dan satu lagi akan dinamakan dalam masa terdekat.
"Bagaimana sudah ada senarai GLC yang akan terlibat dalam perbadanan ini sedangkan Rang Undang-undang baru diluluskan sekejap tadi," katanya.”

Inilah contoh terbaik orang yang nak jadi jaguh Kampong Bharu tapi sebenarnya tolol bin bahlol. 

Penglibatan GLC dalam pembangunan Kampong Bharu telah lama diwar-warkan oleh Kerajaan. Bukan semalam, bukan kelmarin, bukan minggu lepas tapi sejak 29 Mei 2010 lagi melalui perjumpaan dengan pemilik dan pewaris Kampong Bharu yang diadakan di PWTC. Nama-nama GLC yang dicadangkan pun memang telah dibentangkan dalam perjumpaan berkenaan.

Dalam perjumpaan tu, ramai orang PAS sendiri hadir, termasuklah Allahyarhamah Dr Lo Lo sendiri. 

Orang PAS bila datang majlis penerangan tak ambil nota ke? Patut pun mereka mudah lupa perkara yang dah lama berlalu, sampaikan pengganas Komunis pun boleh mereka dewa-dewakan sebagai pejuang kemerdekaan!!

Jadi nampak sangatlah sebenarnya si Mahfuz ni memang jahil tentang hal-hal Kampong Bharu tetapi cuba nak tunjuk jaguh. Akhirnya, free free je dapat gelaran tolol bin bahlol.

Apa kecoh-kecoh ni Mahfuz?

No comments:

Post a Comment