Wednesday, May 18, 2011

UMNO PUNYA SUSU, NURUL IZZAH DAPAT NAMA





Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Sebagai orang Melayu kita biasa dengar peribahasa "lembu punya susu, sapi dapat nama" tapi kali ni kita dapat belajar peribahasa baru, "UMNO punya susu, Nurul Izzah dapat nama".

Baru-baru ni, di Flat Sri Pahang, Lembah Pantai berlaku masalah bekalan air kerana sistem paip SYABAS yang dah terlalu uzur dan perlu diganti. Dato Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai telah turun padang  dan mengadakan pertemuan dengan DBKL pada 13 Mei 2011 (Jumaat, 5 ptg) dan mengadakan lawatan mengejut bersama pihak DBKL pada 14 Mei 2011 (Sabtu, 8 mlm) serta mengarahkan tindakan serta-merta diambil.
 
Antaranya - 

1. DBKL menerusi Jab Pengurusan Perumahan (JPP) diminta meneruskan bekalan air kepada penduduk yg terlibat sehingga isu ini selesai; 

2. JPP diminta menyediakan dan menempatkan bekalan tenaga buruh bagi membantu mengangkat air kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas; 

3. DBKL diminta berunding dengan SYABAS dan menyelesaikan isu sistem paip seberapa segera;

4. DBKL diminta memantau keadaan sehingga isu ini selesai.

Tapi Nurul Izzah seperti biasa melalui Twitter, Facebook & artikel di dalam Malaysiakini mendabik dada kononnya dialah orang yang menyelesaikan masalah air di Flat Sri Pahang. Malangnya dia tersilap apabila dia mengaku bahawa dia hanya berjumpa dengan DBKL pada 16 Mei sedangkan Dato Raja Nong Chik telahpun berjumpa dengan DBKL pada 13 & 14 Mei dan mengarahkan langkah-langkah penyelesaian diambil. 

Biasalah, memang macam ini taktik Nurul Izzah. Mula-mula goyang kaki biarkan UMNO buat kerja, lepas tu riuh sekampung mengaku tu semua hasil usaha dia. 

Penduduk Lembah Pantai dan rakyat Malaysia perlu disedarkan bahawa Ahli Parlimen mereka ini hanya indah khabar dari rupa. Jangan lagi terpedaya dengan wajah manis Nurul Izzah sedangkan hatinya lebih busuk dari bangkai.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

3 comments:

  1. memang dia tak malu..
    anak beranak tak malu...

    minta link yer

    http://alamijiwaparadox.blogspot.com/

    tq

    ReplyDelete
  2. Diorang ni memang keluarga yang tidak tahu malu, kalau tahu malu tak timbul la pasal liwat dan seks dengan cina doll..
    dari bapaknya sampai lah ke anaknya...
    semua yang UMNO buat semuanya dia nak mengganku...

    ReplyDelete
  3. Bapak kencing berdiri, Anak kencing berlari.....anak beranak kencing merata-rata..

    ReplyDelete