Monday, December 19, 2011

SPR, JANGAN BAGI PELURU PERCUMA KAT NURUL IZZAH!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Tak lama dulu si Nurul Izzah kecoh-kecoh bahawa dalam daftar pemilih ada pengundi bernama Balai Polis Kerinchi di Lembah Pantai. Isy, biar betul? Apa lagi kata Nurul Izzah? Menurut beliau, no Kad Pengenalan pengundi tersebut, RF161872, dipunyai oleh Mohd Faizul Mohd Yusop tapi dalam daftar pemilih nama yang keluar ialah Balai Polis Kerinchi.

Apa pula kata SPR? SPR mengaku ada kesilapan perkeranian di mana alamat bertugas pegawai polis berkenaan diletakkan di ruang nama. SPR juga meminta mana-mana pihak yang menemui kesilapan untuk memaklumkan kepada SPR untuk tindakan pembetulan.

Oooooooh, gitu rupanya. Senang je jawapannya. 

Tapi seperti biasa, Nurul Izzah mana nak ikut prosedur. Sepatutnya bila jumpa kesilapan, terus maklumkan kat SPR, tapi dia ni terus melolong keliling kampung, “Pengundi hantuuuuu …. Pengundi hantuuuuu!!!” Lepas dah kecoh-kecoh baru nak mengadu kat SPR.

Nurul, tujuan daftar pemilih dipamerkan memang sebab nak kesan kesilapan seperti ini. Sebab SPR tahu, bila berjuta-juta nama didaftarkan, ada kemungkinan berlaku kesilapan.  Memang dah jadi tanggungjawab semua untuk semak dan maklumkan kepada SPR bila berlaku kesilapan. Yang taip nama tu pun manusia, jadi sebagai manusia memang tak boleh lari dari silap dan salah.

Tapi Nurul & Papa Perut Buncitnya termasuk dalam golongan orang yang maksum, tak pernah buat silap. Bila Nurul promosi arak, tu memang sengaja buat, bukan silap. Bila Papa Perut Buncit celup-celup dalam China Doll & Saiful, tu memang sengaja buat, bukan silap.

Tapi  bila ada kerani SPR tersilap taip, memang tak boleh nak dimaafkan langsung! Kalau diikutkan si Nurul, agaknya mau kena sembelih kerani SPR tu.

Dalam hal ni, aku pun nak nasihat juga sikit kat SPR. Kita memang dah tahu, Pakatan Haprak dari dulu sampai sekarang kerjanya memang nak cari salah kerajaan. Hatta, salah taip pun habis dijaja seluruh Malaysia kononnya ada penyelewengan. Jadi, kalau boleh SPR tolonglah semak betul-betul sebelum keluarkan daftar pemilih. Kita tak nak kerana kesilapan kecil, habis rosak reputasi SPR. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kalau tak percaya, tengoklah bila Nurul kalah pilihanraya di Lembah Pantai nanti, confirm dia takkan mengaku bahawa dia sebenarnya telah ditolak oleh pengundi Lembah Pantai, sebaliknya dia akan cuba tagih simpati kononnya kalah kerana pengundi hantu. 

SPR, tolong ambil perhatian!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Thursday, December 15, 2011

NURUL IZZAH LEBIH HEBAT DARI DATUK SERI NAJIB? TAKE BEER!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Waduh… Waduh… Sejak kebelakangan ni mulut si Nurul tak henti-henti mencabar orang untuk bertanding menentangnya di Lembah Pantai. Mula-mula dia cabar Datuk Seri Shahrizat, sekarang ni dia cabar Datuk Seri Najib pulak…

Hebat betul si Nurul ni, level Menteri dengan PM je yang layak lawan dia ni, kalau orang bawahan, sebelah mata pun dia tak pandang. Anwar Ibrahim pun tak bongkak macam ni nak cabar orang, anak dia pulak yang berlebih-lebih.

Pasal apa si Nurul ni confident sangat sampai nak cabar semua orang ni? Sebenarnya begini… Baru-baru ni dia dengan angkuhnya mendabik dada kononnya undi Cina dan India di Lembah Pantai paling minimum dia boleh dapat ialah 70%. Memandangkan di Lembah Pantai memang ramai Cina dan India, maka dia memang confident akan menang lawan sesiapa pun.

Kaum Cina dan India ni memang dibelai oleh Nurul Izzah bagaikan menatang minyak yang penuh, manakala Melayu dipinggirkan. Tak percaya? Tengoklah twit Nurul ni yang dengan bangganya mempromosikan acara minum arak, semata-mata nak ambil hati pengundi bukan Islam keturunan Cina & India.


Dalam hal ni, aku nak tanya, mana pi ulama-ulama PAS? Takkan bila UMNO & BN buat salah je tegur, tapi bila sekutu sendiri promosi arak, masing-masing buat tak tahu? Mana pi ahli-ahli PAS Lembah Pantai? Semua dah jadi syaitan bisu ke? PAS ada keluar fatwa baru menghalalkan promosi arak ke?

Nilah dia namanya perjuangan demi undi, bukan demi Islam. 

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

Monday, October 17, 2011

NURUL IZZAH TIDAK SUKA PENDUDUK PUTRAJAYA MEMILIKI RUMAH PR1MA?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Dalam keadaan golongan berpendapatan sederhana bersyukur kerana Kerajaan mewujudkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Nurul Izzah masih lagi cuba menangguk di air keruh apabila dia mempertikaikan Program PR1MA ini.

Apa komen Nurul?

“PR1MA perlu dibuka kepada semua, tidak hanya kepada kakitangan kerajaan dan penduduk sekitar Putrajaya sahaja. 

Permohonan PR1MA tidak perlu didiskriminasikan kepada golongan tertentu kerana pada awal apabila pengumuman dibuat tidak pula menyatakan syarat-syarat diskriminasi sedemikian”

Inilah contoh orang yang bodoh, tapi cuba nak tunjuk pandai. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. 

Nurul, masa YAB Perdana Menteri melancarkan PR1MA pada bulan Julai tahun ni, telah dinyatakan bahawa terdapat 20 lokasi yang dikenalpasti sebagai tapak pembangunan PR1MA. Putrajaya ni cuma tapak pertama yang dibangunkan, jadi ada 19 tapak lain yang bakal dibangunkan.

Jadi sudah tentu orang lain pun akan dapat peluang untuk memiliki rumah PR1MA juga, bukan terhad kepada mereka yang bekerja atau menetap di Putrajaya sahaja.

Tetapi untuk projek pertama di Putrajaya ini, sudah tentulah keutamaan diberi kepada mereka yang bekerja & menetap di sekitar Putrajaya. Perkara ni pun dah diumumkan semasa pelancaran PR1MA di Putrajaya pada bulan Julai lalu. Jadi, tak timbul isu bahawa syarat-syarat ini adalah syarat baru. 

Engkau tu yang sebenarnya jahil, Nurul, lepas tu berlagak macam Professor Serba Tahu, padahal katak bawah tempurung pun lagi arif dari ko!!! 

Lagi satu Nurul, cuba ko fikir secara logik, kalau projek kat Putrajaya takkan keutamaan diberi pada orang yang kerja kat Bentong ke, kat Sungai Buluh ke, kat Rembau ke… Mestilah keutamaan kepada orang yang kerja atau menetap di Putrajaya. Itu pun ko nak tuduh diskriminasi?

Habis tu, kalau projek PR1MA dibuat di Lembah Pantai, ko nak suruh bagi keutamaan kat orang luar juga ke? Nak bagi keutamaan kat orang dok kerja kat Seremban? Orang dok kerja kat Kota Bharu? Orang dok kerja kat Georgetown? Habis tu orang Lembah Pantai ko nak suruh dok kat mana?

Nurul, Allah bagi akal suruh ko guna untuk berfikir. Kalau setakat nak buat tuduhan-tuduhan bodoh, sia-sia je Allah anugerahkan kat ko akal fikiran! Baik bagi kat beruk dalam hutan, lagi banyak manfaat!

Yang ko dengki sangat, busuk hati dengan orang Putrajaya ni apsal? Oooooh... Ko marah sebab diorang tak sokong Pakatan Haprak masa PRU12 yeeeee? Isy isy Nuruuuuul... Kalau benci sekalipun, takkanlah sampai nak menafikan hak mereka untuk memiliki rumah PR1MA di Putrajaya?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Wednesday, October 12, 2011

ANWAR IBRAHIM: HERO TAHI KUCING DI KAMPONG BHARU


Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

Baru-baru ni, Anwar adakan ceramah ‘Selamatkan Kampong Bharu’. Seperti biasa, dia cuma tahu kutuk Kerajaaan kerana wujudkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Lepas tu, kerana nak tunjuk hero, dia umumkan yang Yayasan Selangor akan beri pinjaman kepada penduduk Kampong Bharu untuk bantu bangunkan kawasan tersebut.

Aku cuma nak tanya beberapa soalan:
  
    Kalau betul Anwar bersungguh-sungguh nak bantu Kampong Bharu, mengapa dia tak hadir masa sesi perbahasan di parlimen mengenai Rang Undang2 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu? Sesi perbahasan ni telah dimaklumkan kepada semua Ahli Parlimen awal2, jadi kalau dia betul2 serius nak bantu penduduk Kampong Bharu, mengapa tak hadir untuk bahas Rang Undang2 ni?

Untuk makluman rakan-rakan, dari 77 Ahli Parlimen Pakatan Haprak, hanya 28 sahaja yang hadir semasa pengundian Rang Undang2 ni. 28 je, tak sampai separuh pun!! Yang tak hadir ialah Ketua Pakatan Haprak sendiri, Anwar dan anak kesayangannya, Nurul Izzah. Haji Hadi, Presiden PAS pun tak hadir. Orang kuat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta Karpal Singh dan dua orang anaknya sudah tentulah lagi tak berminat nak hadir!! 

Haiiii, pemimpin utama Pakatan Haprak sorang pun tak boleh nak hadir bila bahas pasal Kampong Bharu? Parlimen bukannya bersidang sepanjang tahun. Parlimen cuma bersidang 2 kali setahun!! Itupun ko tak boleh nak hadir? Lepas tu ko boleh pulak mengaku sebagai pejuang hak Kampong Bharu? Pejuang jenis apa ko ni, kalau nak turun bertempur kat Parlimen pun malas nak pergi?

Inilah bukti jelas Anwar dan Pakatan Haprak memang tak berniat untuk bantu penduduk Kampong Bharu, tapi cuma mahu menangguk di air keruh.
  
       Lagi satu, kalau betul Yayasan Selangor boleh bagi pinjaman kepada penduduk Kampong Bharu, mengapa tunggu hingga sekarang baru nak tawarkan? Mengapa tunggu hingga Rang Undang2 Pembangunan Kampong Bharu telah diluluskan baru nak tawarkan? Mengapa bila Kerajaan menunjukkan kesungguhan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, baru ko melatah nak bagi pinjaman?

Pakatan Haprak dah perintah Selangor selama tiga tahun lebih. Kalau betul Pakatan Haprak ikhlas nak bantu penduduk Kampong Bharu, dari tahun 2008 lagi mereka dah boleh tawarkan pinjaman. Tapi mengapa sekarang baru terfikir nak bagi pinjaman?

Mereka sebenarnya menggelabah kerana kalau Kerajaan berjaya bantu memakmurkan Kampong Bharu, maka mereka akan hilang sokongan di situ. Jadi, mereka perlu berusaha mati-matian untuk mensabotaj usaha murni Kerajaan! Kalau Kerajaan tak tubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, maknanya sampai kiamat la Anwar dan Pakatan Haprak takkan terfikir nak bantu penduduk Kampong Bharu!!

Untuk makluman rakan-rakan juga, pemberian pinjaman dan insentif kepada pemilik dan pewaris Kampong Bharu yang ingin membangunkan tanah mereka memang dah termasuk dalam peranan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Jadi, Anwar sebenarnya cuma tahu meniru apa yang Kerajaan sendiri akan buat. Nak harapkan idea Anwar sendiri, jangan haraplah!!

Anwar, kalau setakat tahu bising-bising luar Parlimen, lepas tu bagi idea pun idea tiru dari Kerajaan - ko cuma boleh diiktiraf sebagai hero tahi kucing!!!

Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

Monday, October 10, 2011

NURUL IZZAH: ANTARA BAZARIA PANTAI & BAZAR TOK GURU

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Nurul ni, kalau satu hari tak buat fitnah, tak boleh hidup agaknya. Baru-baru ni dia buat kenyataan memburuk-burukkan Bazaria Pantai. Isu ni sebenarnya kita pernah jawab sebelum ni, tapi sebab Nurul dah bangkitkan semula, kita akan bagi jawapan sekali lagi. Orang bengap memang macam tu, kena ulang banyak kali baru faham!! 

Mari kita lihat, apa kata Nurul?

“Bazaar Pantai Dalam saiz ruang niaganya kecil dan tiada kemudahan.”


OK lah Nurul, jom tengok dua gambar ni. Gambar pertama tu gambar gerai di Bazaria Pantai. Ada kecik macam jamban tak? Taaaaak!!! Malahan, saiznya lebih besar dari saiz gerai standard DBKL.


 Sekarang tengok gambar ni pulak. Cuba teka gambar ni kat mana? Ni lah gambar Bazar Tok Guru di Kelantan. Besaaaaaaaarnyaaaaaaaaa….  Orang nak lalu berselisih pun tak muat kak Nurul oooooiiiii…. 

Kalau gerai macam ni memang aku sokong kalau ko bantai, Nurul.  Tapi kalau besar macam gerai di Bazaria Pantai tu, aku pun heran jugak bila ko kata kecil. Kecil tu ko banding dengan apa Nurul? Banding dengan restoran? Banding dengan rumah kedai?

Nurul, Bazaria Pantai ni untuk menempatkan semula peniaga yang buat gerai secara tak sah di tepi-tepi jalan.  Kalau ikutkan, kerajaan tak perlu nak sediakan tapak ganti pun, nak robohkan je gerai tak sah tu pun boleh. Tapi Dato’ Raja Nong Chik prihatin dengan masalah mereka dan cuba bantu mereka sebaik mungkin. Jadi DBKL pun binalah Bazaria Pantai untuk mereka. Lepas ni mereka dapat berniaga dengan aman & orang ramai pun lebih selesa sebab dah kurang kesesakan lalulintas akibat gerai-gerai tak sah ni.

Aku nak tanya ko sikit Nurul.  Selama 3 tahun ko jadi wakil rakyat ni, apa yang ko buat untuk selesaikan masalah gerai tak sah ni? Ada ko buat penempatan alternatif untuk peniaga ni? Ada ko bantu carikan tempat berniaga lain untuk mereka?  Habuk pun taraaaak, tapi bila Dato’ Raja Nong Chik dan kerajaan nak bantu mereka, tiba-tiba ko nak berlagak macam heroin lak.

Kalau ko rasa gerai yang diberi tu kecik sangat, bagilah diorang restoran satu, rumah kedai sebijik… Ada mampu? Taraaaaaak! Itu bising macam tong kosong juga adaaaa.

Lepas tu ko tuduh tempat tu tiada kemudahan.

Nurul, kat situ ada tempat letak kereta, ada tandas awam, ada surau. Apa lagi kemudahan ko nak? Nak bilik khas untuk China Doll? Nak ruang istirehat khusus untuk Papa Perut Buncit? Soriiiiii… Kemudahan macam tu memang tak ada!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Thursday, October 6, 2011

MAHFUZ OMAR – JAGUH KAMPONG BHARU YANG TOLOL BIN BAHLOL


Apa kecoh-kecoh ni Mahfuz?

Kelmarin Pakatan Haprak kecewa besar kerana gagal menghentikan usaha murni Kerajaan untuk membantu pemilik dan pewaris Kampong Bharu apabila Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu diluluskan di Dewan Rakyat.

Tapi macam biasa, walaupun dah gagal mereka terus menabur fitnah dan kali ini fitnah itu dihamburkan oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Kali ini Mahfuz mengulas mengenai penglibatan GLC dalam pembangunan Kampong Bharu. Apa kata Mahfuz?
“Sehubungan itu, katanya yang dipetik Harakahdaily, PAS mempertikaikan kewujudan tiba-tiba empat GLC yang akan menguruskan pembangunan Kampung Baru malam tadi sedangkan rang undang-undangnya baru semalam diluluskan.
Empat GLC berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad dan satu lagi akan dinamakan dalam masa terdekat.
"Bagaimana sudah ada senarai GLC yang akan terlibat dalam perbadanan ini sedangkan Rang Undang-undang baru diluluskan sekejap tadi," katanya.”

Inilah contoh terbaik orang yang nak jadi jaguh Kampong Bharu tapi sebenarnya tolol bin bahlol. 

Penglibatan GLC dalam pembangunan Kampong Bharu telah lama diwar-warkan oleh Kerajaan. Bukan semalam, bukan kelmarin, bukan minggu lepas tapi sejak 29 Mei 2010 lagi melalui perjumpaan dengan pemilik dan pewaris Kampong Bharu yang diadakan di PWTC. Nama-nama GLC yang dicadangkan pun memang telah dibentangkan dalam perjumpaan berkenaan.

Dalam perjumpaan tu, ramai orang PAS sendiri hadir, termasuklah Allahyarhamah Dr Lo Lo sendiri. 

Orang PAS bila datang majlis penerangan tak ambil nota ke? Patut pun mereka mudah lupa perkara yang dah lama berlalu, sampaikan pengganas Komunis pun boleh mereka dewa-dewakan sebagai pejuang kemerdekaan!!

Jadi nampak sangatlah sebenarnya si Mahfuz ni memang jahil tentang hal-hal Kampong Bharu tetapi cuba nak tunjuk jaguh. Akhirnya, free free je dapat gelaran tolol bin bahlol.

Apa kecoh-kecoh ni Mahfuz?