Apa kecoh-kecoh
ni Jeff Ooi & DAP?
Baru-baru ni Jeff Ooi,
wakil rakyat DAP di Pulau Pinang, melabel kakitangan Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP) sebagai KUCING KURAP semata-mata kerana pegawai kanan MPPP tidak
dapat hadir sidang medianya dan menghantar wakil sebagai pengganti.
Kita boleh tengok sendiri
betapa sombong dan angkuhnya wakil rakyat Cina dari DAP ni menghina pegawai
Melayu sesuka hati. Itulah yang jadi bila DAP dah rampas kuasa, orang Melayu semuanya
dipandang hina macam KUCING KURAP!!
Kita tahu pegawai-pegawai
MPPP banyak lagi hal nak diuruskan. Setakat nak hadir sidang media wakil
rakyat, perlu ke pegawai kanan kena hadir? Ni sidang media wakil rakyat je,
bukannya sidang media Ketua Menteri pun!! Kalau dalam sehari ada sepuluh orang
wakil rakyat buat sidang media, takkan sepuluh orang pegawai kanan nak
tercongok, nak melangut kat sidang media dia orang?
Bila dah tercongok kat
sidang media, kerja kat pejabat confirm tak dapat nak disiapkan. Bila kerja tak
siap, wakil rakyat DAP macam Jeff Ooi juga yang akan bantai pegawai MPPP
kononnya mereka semua adalah KUCING KURAP yang cuma tahu curi tulang dan makan
gaji buta!!
Sekarang ni
sapa sebenarnya KUCING KURAP? Jeff Ooi atau MPPP?
Apa kecoh-kecoh ni Jeff
Ooi dan DAP?

