Wednesday, June 13, 2012

DR RANI: MENGUNDI LEBIH PENTING DARI TUNAI HAJI!



Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Sebelum ni Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim, dah keluarkan arahan kepada jentera parti PAS untuk tangguhkan haji bagi memastikan perjalanan kempen pilihanraya tidak tergendala, sekarang ni Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani, pun mengulangi kenyataan yang sama terhadap semua pengundi beragama Islam.

Apa kata Dr. Rani?

“Menunaikan haji sememangnya penting tapi hak untuk mengundi adalah lebih penting.”

Uishhhh… Makin hebat fatwa-fatwa yang keluar dari ulama-ulama PAS.

Menunaikan haji tu kan Rukun Islam yang ke 5. Mengundi tu Rukun Islam yang ke berapa? Rukun yang pertama ke? Kedua? Ketiga? Keempat?

Kalau mengundi tu bukan Rukun Islam, macam mana ianya lebih utama dari Rukun Islam yang ke 5, iaitu menunaikan haji?

Mengikut Tabung Haji, jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini tetapi menolak giliran mereka terpaksa menunggu giliran mereka seterusnya iaitu sama seperti orang yang baru mendaftar pada tahun ini.

Bila giliran seterusnya tu? Tahun depan ke?

TAK!!!

Tahun 2030!!

Mak aihhh… Kena tunggu lagi 18 tahun!!

PAS boleh jamin ke mereka yang menolak haji tahun ni boleh hidup sampai 2030?

PAS boleh jamin ke mereka yang menolak haji tahun ni akan sihat walafiat dan mampu menunaikan haji pada tahun 2030?

PAS boleh jamin ke mereka yang menolak haji tahun ni akan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menunaikan haji pada tahun 2030?

Pada akulah, sementara kita tengah sihat, ada kelapangan masa, kemampuan kewangan, lebih baik pergi tunaikan haji dulu.

Kalau ajal kita sampai sebelum tahun 2030 sedangkan kita sepatutnya dah tunaikan haji tahun ni tapi sengaja tak nak pergi, macam mana kedudukan kita di sisi Allah?

Nampak sangat PAS lebih mementingkan politik dari agama sehingga sanggup menafikan kewajiban umat Islam menunaikan Rukun Islam.

Dan demi tujuan politik, pelbagai fatwa dikeluarkan untuk menghalalkan apa sahaja pandangan mereka.

Begini ke perangai orang yang kononnya memperjuangkan Islam? Islam dijadikan alat, bukannya matlamat!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

3 comments:

  1. Tahniah kepada Rani Mukerji. Dia tahu umur Calon PAS semuanya panjang. Tangguh Haji pun xapa. Nabi PAS kan ada.

    Mari lihat janji manis pakatan rakyat.

    http://assassincyber.blogspot.com/2012/06/apa-lagi-janji-pakatan-rakyat.html

    ReplyDelete
  2. Hukumnya apabila mampu dari segi kewangan dan kesihatan ialah WAJIB!

    ReplyDelete
  3. Siapa hak kita untuk menentukan kedudukan kita di sisi Allah?? Rasanya anda belum banyak mengkaji tentang sirah2 dahulu... mohon kaji sebelum berkata...

    sila baca tentang orang soleh ini yang bernama muwaffaq si tukang kasut...
    then... baca sirah2 yang berkaitan...

    ReplyDelete