Thursday, May 17, 2012

KERANA TERDESAK, NURUL IZZAH KERAH RAJA PETRA SERANG RAJA NONG CHIK?




Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Sumber aku dari PKR maklumkan yang Nurul Izzah makin tak keruan bila lihat Raja Nong Chik semakin mendapat sokongan rakyat. Raja Nong Chik yang dikenali sebagai seorang yang rendah diri memang sering turun padang bertemu rakyat untuk mendalami isi hati rakyat dan turut membantu menyelesaikan masalah mereka. Populariti Nurul Izzah juga semakin merudum ekoran sikapnya yang lebih suka makan angin ke luar negara dari meluangkan masa bersama penduduk Lembah Pantai. 

Dengan PRU mungkin diadakan pada bila-bila masa, Nurul Izzah perlu membuat gimik bagi mengekang kebangkitan Raja Nong Chik. Jadi apa strategi Nurul?

Kawan-kawan pun tahu, Nurul memang terkenal dengan jolokan BSF (Bangkang, Spin, Fitnah), jadi strategi dia tentulah berkisar kepada penyebaran fitnah dan spin juga.

Siapa yang akan menjadi hero Nurul untuk menyebarkan fitnah ini? Tak lain tak bukan Raja Petra Kamarudin ataupun RPK.

Kita semua tahu, RPK memang penyokong kuat Nurul. Kalau tak percaya boleh baca petikan artikel Free Malaysia Today ini.

Controversial blogger Raja Petra Kamaruddin has expressed support for PKR vice-president, Nurul Izzah Anwar.
The blogger, once a die-hard supporter of Nurul’s father, Opposition Leader Anwar Ibrahim, had of late been critical of some of the latter’s policies with regard to Pakatan Rakyat.
However, the UK-based Raja Petra organised a fund-raising dinner for Nurul, who is also the Lembah Pantai MP, last night.
In a message to FMT, the blogger had stressed that the future of Malaysia hinged upon young and talented leaders like Nurul.

“I would like to express my support for Nurul."

Blogger kontroversi RPK telah menyuarakan sokongannya kepada naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Blogger itu yang dahulunya penyokong tegar Anwar Ibrahim kebelakangan ini sering mengkritik polisi Anwar berkenaan Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, RPK telah mengadakan majlis makan malam semalam untuk mengutip dana untuk Nurul, Ahli Parlimen Lembah Pantai. 

Dalam mesejnya kepada FMT, blogger tersebut menekankan bahawa masa depan Malaysia bergantung kepada pemimpin muda dan berbakat seperti Nurul.

"Saya ingin menyuarakan sokongan saya kepada Nurul."

Jadi, bila RPK menyerang Raja Nong Chik, kita pun boleh baca bahawa serangan itu sebenarnya berpunca dari Nurul Izzah. 

Eh Nurul, kalau nak menang pun, buatlah cara terhormat. Buatlah program bersama rakyat. Turun padanglah selalu untuk tahu masalah rakyat.

Kalau setakat makan angin luar negara untuk burukkan nama Malaysia, lepas tu buat fitnah untuk menjatuhkan lawan, kau tak layak untuk jadi Ahli Parlimen Lembah Pantai! Janganlah jadi perempuan low class, Nurul!

Mesti ramai yang nak tahu, apa tuduhan yang RPK buat terhadap Raja Nong Chik?

RPK mempertikaikan bagaimana syarikat yang pemegang saham utamanya adalah anak Raja Nong Chik boleh mendapat kontrak dari Kementerian Belia dan Sukan.

Aku rasa kita semua pun nak tahu penjelasan di sebalik pemberian kontrak ni kan?

Nak tahu penjelasannya? Sabaaaaaar. Tungguuuuu.

AKU AKAN TUNJUKKAN BUKTI DAN PENJELASAN UNTUK MENYANGKAL TUDUHAN NURUL IZZAH MENERUSI RPK!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

3 comments:

  1. terbaik bro..sangkal jgn x sangkal..puak2 PR bukan men seronok lg konon dh kene jackpot..padahal x tau buah2 hustler lg..haha..

    ReplyDelete
  2. mantap bro..cepat2 keluar bukti bro.aku x sabar nak tgk

    ReplyDelete
  3. Semuanya fitnah belaka.RNC adalah seorang ahli perniagaan dan kontraktor bumiputera yg berjaya sebelum menjadi menteri. Usaha beliau bersama kakitangan syarikat yg ikhlas dan sentiasa mementingkan kualiti telah menjadikan syarikat dikenali dan di percayai sebagai sebuah syarikat yg mampu mengendalikan setiap projek yg berjaya di bida.Jual beli saham adalah sebahagian daripada nadi seorang ahli perniagaan.
    Kenapa perlu kaitkan ahli keluarga beliau yg lain dlm arena politik sempit pakatan.
    Sudah sudah lah. Carilah idea yg baik atau bantulah RNC untuk memakmurkan lagi kehidupan rakyat di kawasan lembah pantai khususnya.
    AMIN

    ReplyDelete