Apa
kecoh-kecoh ni Najib?
SPRM
mengesahkan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi YAB PM,
Dato’ Sri Najib Tun Razak ialah derma dari luar negara dan bukannya wang yang
diselewengkan dari 1MDB.
Alhamdulillah.
Baguslah kalau begitu.
Susulan
kenyataan SPRM, Pengarah Strategik & Komunikasi BN, Datuk Rahman Dahlan
telah keluarkan kenyataan susulan mengatakan tidak salah bagi wang derma untuk
dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri/Presiden UMNO. Juga tidak
wujud undang-undang menghalang penerimaan derma tersebut walau sebesar manapun
jumlahnya.
Kita tolak
dululah isu sumber derma tersebut. Faham-faham je lah, walaupun dah dinafikan
oleh SPRM, ramai orang masih tuduh duit derma ni sebenarnya diseleweng dari
1MDB cuma dipusing-pusing di luar negara sebelum dihantar balik ke Malaysia.
Apa yang aku
nak tanya, apa prosedur dalaman UMNO bila terima derma terutamanya yang
melibatkan jumlah yang sebegini besar?
RM2.6 bilion
bukan setakat duit simpan dalam kocek, lepas tu keluarkan masuk dalam tabung
derma. Besar tu!!
Yang
musykilnya, orang no 2 dalam UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tak tahu
pasal derma RM2.6 bilion ini sehinggalah diberitahu oleh Dato’ Sri Najib secara
sembang-sembang. Bukan ada hitam putih tau, tapi sambil borak-borak je. Tan Sri
Muhyidin sendiri terkejut bila dengar wang sebanyak tu dimasukkan dalam akaun
peribadi PM.
Dalam keadaan
seperti ini, kalau dah ada persetujuan nak gunakan akaun peribadi PM untuk
simpan derma, mengapa Tan Sri Muhyiddin tak tahu? Bagaimana UMNO mengawasi
kemasukan dan pengeluaran wang tersebut? Kalau PM senyap tak cakap apa-apa,
siapa yang tahu pasal wang tu?
Mungkinkah
akan timbul ketirisan dan kebocoran di mana wang yang masuk digunakan sesuka
hati memandangkan tidak ada rekod yang jelas mengenai pergerakannya?
Bukan nak
kata apalah, kadang-kadang tengok sesetengah pemimpin dalam UMNO, asalnya bukan
orang kaya, tiba-tiba boleh shopping luar negara, beli beg Birkin, set rambut
besar-besar. Adakah mereka ini juga pemegang amanah wang derma?
Jadi demi
ketelusan, perlu ada prosedur yang jelas mengenai wang derma ini. Bukan apa,
kita takut timbul macam-macam tohmahan kepada UMNO sedangkan perkara ini boleh dihindarkan
dengan mudah.
Apa
kecoh-kecoh ni Najib?