Monday, December 19, 2011

SPR, JANGAN BAGI PELURU PERCUMA KAT NURUL IZZAH!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Tak lama dulu si Nurul Izzah kecoh-kecoh bahawa dalam daftar pemilih ada pengundi bernama Balai Polis Kerinchi di Lembah Pantai. Isy, biar betul? Apa lagi kata Nurul Izzah? Menurut beliau, no Kad Pengenalan pengundi tersebut, RF161872, dipunyai oleh Mohd Faizul Mohd Yusop tapi dalam daftar pemilih nama yang keluar ialah Balai Polis Kerinchi.

Apa pula kata SPR? SPR mengaku ada kesilapan perkeranian di mana alamat bertugas pegawai polis berkenaan diletakkan di ruang nama. SPR juga meminta mana-mana pihak yang menemui kesilapan untuk memaklumkan kepada SPR untuk tindakan pembetulan.

Oooooooh, gitu rupanya. Senang je jawapannya. 

Tapi seperti biasa, Nurul Izzah mana nak ikut prosedur. Sepatutnya bila jumpa kesilapan, terus maklumkan kat SPR, tapi dia ni terus melolong keliling kampung, “Pengundi hantuuuuu …. Pengundi hantuuuuu!!!” Lepas dah kecoh-kecoh baru nak mengadu kat SPR.

Nurul, tujuan daftar pemilih dipamerkan memang sebab nak kesan kesilapan seperti ini. Sebab SPR tahu, bila berjuta-juta nama didaftarkan, ada kemungkinan berlaku kesilapan.  Memang dah jadi tanggungjawab semua untuk semak dan maklumkan kepada SPR bila berlaku kesilapan. Yang taip nama tu pun manusia, jadi sebagai manusia memang tak boleh lari dari silap dan salah.

Tapi Nurul & Papa Perut Buncitnya termasuk dalam golongan orang yang maksum, tak pernah buat silap. Bila Nurul promosi arak, tu memang sengaja buat, bukan silap. Bila Papa Perut Buncit celup-celup dalam China Doll & Saiful, tu memang sengaja buat, bukan silap.

Tapi  bila ada kerani SPR tersilap taip, memang tak boleh nak dimaafkan langsung! Kalau diikutkan si Nurul, agaknya mau kena sembelih kerani SPR tu.

Dalam hal ni, aku pun nak nasihat juga sikit kat SPR. Kita memang dah tahu, Pakatan Haprak dari dulu sampai sekarang kerjanya memang nak cari salah kerajaan. Hatta, salah taip pun habis dijaja seluruh Malaysia kononnya ada penyelewengan. Jadi, kalau boleh SPR tolonglah semak betul-betul sebelum keluarkan daftar pemilih. Kita tak nak kerana kesilapan kecil, habis rosak reputasi SPR. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kalau tak percaya, tengoklah bila Nurul kalah pilihanraya di Lembah Pantai nanti, confirm dia takkan mengaku bahawa dia sebenarnya telah ditolak oleh pengundi Lembah Pantai, sebaliknya dia akan cuba tagih simpati kononnya kalah kerana pengundi hantu. 

SPR, tolong ambil perhatian!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Thursday, December 15, 2011

NURUL IZZAH LEBIH HEBAT DARI DATUK SERI NAJIB? TAKE BEER!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Waduh… Waduh… Sejak kebelakangan ni mulut si Nurul tak henti-henti mencabar orang untuk bertanding menentangnya di Lembah Pantai. Mula-mula dia cabar Datuk Seri Shahrizat, sekarang ni dia cabar Datuk Seri Najib pulak…

Hebat betul si Nurul ni, level Menteri dengan PM je yang layak lawan dia ni, kalau orang bawahan, sebelah mata pun dia tak pandang. Anwar Ibrahim pun tak bongkak macam ni nak cabar orang, anak dia pulak yang berlebih-lebih.

Pasal apa si Nurul ni confident sangat sampai nak cabar semua orang ni? Sebenarnya begini… Baru-baru ni dia dengan angkuhnya mendabik dada kononnya undi Cina dan India di Lembah Pantai paling minimum dia boleh dapat ialah 70%. Memandangkan di Lembah Pantai memang ramai Cina dan India, maka dia memang confident akan menang lawan sesiapa pun.

Kaum Cina dan India ni memang dibelai oleh Nurul Izzah bagaikan menatang minyak yang penuh, manakala Melayu dipinggirkan. Tak percaya? Tengoklah twit Nurul ni yang dengan bangganya mempromosikan acara minum arak, semata-mata nak ambil hati pengundi bukan Islam keturunan Cina & India.


Dalam hal ni, aku nak tanya, mana pi ulama-ulama PAS? Takkan bila UMNO & BN buat salah je tegur, tapi bila sekutu sendiri promosi arak, masing-masing buat tak tahu? Mana pi ahli-ahli PAS Lembah Pantai? Semua dah jadi syaitan bisu ke? PAS ada keluar fatwa baru menghalalkan promosi arak ke?

Nilah dia namanya perjuangan demi undi, bukan demi Islam. 

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?