Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?
Semalam aku terbaca laporan media yang paling lawak dalam dunia di MalaysiaKini & Malaysian Insider. Tian Chua dan Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik Nurul Izzah merengek kerana Dato Raja Nong Chik banyak buat program untuk rakyat di Lembah Pantai.
Hai, biasanya orang komplen pasal pemimpin lupakan rakyat, asyik makan angin je sampai kebajikan rakyat diabaikan. Tapi orang kuat Nurul Izzah boleh pula merengek pasal kebajikan penghuni Lembah Pantai diutamakan? Inilah bukti paling kukuh Nurul Izzah sebenarnya dah kecut telur tengok bayang Dato Raja Nong Chik.
Selama dia jadi Ahli Parlimen, dia lebih banyak goyang kaki dan ambil kredit dari usaha UMNO dan Kerajaan untuk membela nasib penduduk Lembah Pantai. Jadi sekarang ni, bila tembelang dia dah pecah, tak duduk diamlah jadinya sebab punggung dah panas.
Mari kita lihat apa isu yang dibangkitkan oleh Fahmi Fadzil, kaki penipu yang pernah diambil tindakan undang-undang kerana sebar fitnah melalui Twitter:
“PKR is accusing Raja Nong Chik of only channelling programmes such as the 1 Computer 1 Student Project, Nur Ramadan Program, and Kedai Rakyat 1 Malaysia to the Lembah Pantai constituency.“
"PKR menuduh Raja Nong Chik hanya menyalurkan bantuan seperti program 1Komputer 1Pelajar, Nur Ramadhan dan Kedai Rakyat 1Malaysia ke kawasan Lembah Pantai."
Mari kita kaji satu persatu kebenaran tuduhan ini.
1. Projek 1Komputer 1Pelajar yang sepatutnya dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan hanya dilaksanakan di Lembah Pantai.
Program 1Komputer 1 Pelajar memang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan, malahan Lembah Pantai dapat antara jumlah komputer yang terendah berbanding Bahagian-bahagian lain. Sebagai contoh, Bandar Tun Razak dapat 800 komputer sedangkan Lembah Pantai cuma dapat 400 komputer. Bandar Tun Razak tu kawasan sapa? Kawasan Raja Nong Chik juga ke?
FITNAH PERTAMA FAHMI FADZIL TERDEDAH!!!!
2. Program Nur Ramadhan yang sepatutnya dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan hanya dilaksanakan di Lembah Pantai.
Program Nur Ramadhan memang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan. Kalau tak percaya boleh tengok sendiri berita-berita yang aku linkkan ni. Berita pertama pelancaran program Nur Ramadhan oleh YAB TPM dan penyerahan sumbangan di Setiawangsa, yang kedua program Nur Ramadhan di Titiwangsa dan ketiga program Nur Ramadhan di Putrajaya. Aku tak payah susah-susah nak korek pun. Buka je Google, taip Nur Ramadhan, mesti boleh jumpa artikel-artikel ni.
Alah Fahmi Fadzil, takkan nak search internet pun tak tahu kot?
FITNAH KEDUA FAHMI FADZIL TERDEDAH!!
3. Kedai Rakyat 1Malaysia hanya dilaksanakan di Lembah Pantai.
3. Kedai Rakyat 1Malaysia hanya dilaksanakan di Lembah Pantai.
Adoi!!! Bongoknya Fahmi Fadzil. Kedai Rakyat 1Malaysia yang pertama telah dilancarkan di Stesyen LRT Kelana Jaya dan Kedai Rakyat 1Malaysia yang kedua dilancarkan di Bandar Tun Razak. Kedai Rakyat 1Malaysia yang ketiga akan dilancarkan di Lembah Pantai dan juga di beberapa kawasan lain di Wilayah Persekutuan. Kalau dah ada tiga Kedai Rakyat 1Malaysia, macam mana kau boleh kata peruntukan untuk Kedai Rakyat 1Malaysia hanya disalurkan ke Lembah Pantai? Kelana Jaya tu dalam negeri mana? Selangor di bawah Pakatan Haprak kan? Bandar Tun Razak tu kawasan sapa? Kawasan Raja Nong Chik juga ke?
FITNAH KETIGA FAHMI FADZIL TERDEDAH!!!!
Di samping fitnah di atas, Fahmi Fadzil juga ada buat tuduhan lain. Apa dia?
“What we have noticed is that since Ramadan, Datuk Raja Nong Chik is very, very, very focused on his programmes in Lembah Pantai only. On his Facebook page, everyday you can see that he is focused on Lembah Pantai,” Fahmi added.
“Apa yang kami sedar, sejak Ramadhan, Dato Raja Nong Chik amat, amat fokus kepada program di Lembah Pantai sahaja. Di laman Facebook beliau, setiap hari fokusnya terhadap Lembah Pantai,” tambah Fahmi.
Alahai Fahmi Fadzil… Dalam bulan Ramadhan memanglah program Dato di Lembah Pantai bertambah. Sebagai Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, hampir setiap hari Dato Raja Nong Chik berbuka puasa, sembahyang tarawih, sembahyang witir, moreh dan kadang-kala bersahur pun bersama penduduk Lembah Pantai. Jadi memanglah kat Facebook nampak banyak program di Lembah Pantai. Lagipun, bukankah kita umat Islam memang digalakkan untuk menambahkan amal ibadah di bulan puasa? Kalau orang Islam biasanya memang faham perkara ini, tak payah nak dijelaskan, tapi bagi orang yang simpati pada fahaman komunis, mungkin dia tak berapa faham mengapa program bertambah di bulan Ramadhan.
Namun ini tak bermakna Dato Raja Nong Chik langsung tak turun ke kawasan lain. Dalam minggu lepas sahaja Dato Raja Nong Chik telah menghadiri program Sumbangan Khas kepada Warga Emas dan program perasmian Kedai Rakyat 1Malaysia di Bandar Tun Razak, program Jom Sahur peringkat KL di Wangsa Maju, melawat Bazaar Ramadhan di Lorong Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India serta Majlis Moreh Bersama Media di Bukit Kiara.
Jadi memang jelas lah si Fahmi Fadzil ni cuma pandai memfitnah dari membantu rakyat. Ni mesti ilmu-ilmu yang diturunkan oleh sifunya, Nurul Izzah. Bak kata pepatah, bila Nurul kencing berdiri, Fahmi pula kencing berlari!!
Dan Nurul pula sudah tentunya berguru dengan sifu paling agung bab fitnah-memfitnah ni – Papa Perut Buncit!!
Satu soalan aku nak tanya Nurul Izzah dan Fahmi Fadzil. Mengapa perlu dengki bila Dato Raja Nong Chik memperbanyakkan program di Lembah Pantai? Bukankah sebagai Ahli Parlimen, Nurul Izzah sepatutnya bergembira bila Dato Raja Nong Chik bermurah hati menjaga kawasan yang sepatutnya Nurul Izzah yang jaga? Atau mungkinkah Nurul Izzah bimbang sikap tidak prihatin beliau kini telah ditelanjangkan apabila Dato Raja Nong Chik nyata ikhlas membela nasib penduduk Lembah Pantai?
Kalau kita tengok, di Selangor bawah Pakatan Haprak, umat Islam terpaksa mengemis bantuan di gereja. Tapi di Lembah Pantai, bila Dato Raja Nong Chik hulurkan bantuan, Nurul Izzah melenting.
Mengapa Nurul Izzah lebih rela lihat anak yatim menangis kelaparan dari terima bantuan makanan dari Dato Raja Nong Chik?
Mengapa Nurul Izzah lebih rela lihat warga emas mengerekot kesejukan di atas lantai simen dari terima bantuan tilam dari Dato Raja Nong Chik?
Mengapa Nurul Izzah lebih rela lihat OKU terlantar tidak dapat bergerak dari terima bantuan kerusi roda dari Dato Raja Nong Chik?
Alahai Nurul Izzah… Nurul Izzah dah tak keruan macam kera makan cili melihat kesungguhan Dato Raja Nong Chik membantu warga Lembah Pantai.
Soalan mudah untuk penduduk Lembah Pantai –
ANDA MAHU PEMIMPIN YANG RAJIN TURUN PADANG DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI DEMI KEBAJIKAN RAKYAT?
atau
ANDA MAHU PEMIMPIN YANG LANGSUNG TAK BERMINAT BANTU RAKYAT DAN LEBIH SUKA GOYANG KAKI TAPI MELENTING, DENGKI DAN MATI-MATIAN CUBA MENGHALANG PROGRAM PIHAK LAIN YANG IKHLAS MEMBANTU RAKYAT?
Tepuk dada tanya selera!!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?