Wednesday, September 28, 2011

KERAJAAN PINGGIRKAN PEWARIS KAMPONG BHARU?


Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Lepas PAS buat kecoh kononnya Kerajaan nak rampas tanah Kampong Bharu, PAS tuduh pula Kerajaan meminggirkan pemilik dan pewaris Kampong Bharu masa rancang pembangun Kampong Bharu.

Betul ke? Mari kita tengok apa Kerajaan dah buat nak libatkan pemilik dan pewaris Kampong Bharu:

1.     Mengadakan bengkel, majlis penerangan dan  perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah di Kampong Bharu berhubung cadangan pembangunan Kampong Bharu. Majlis penerangan di buat di PWTC melibatkan semua pemilik dan pewaris. Majlis perjumpaan pula dibuat secara kecil-kecilan melibatkan kesemua tujuh kampung di dalam kawasan Kampong Bharu. Lepas tu dibuat pula bengkel dengan dijemput wakil dari pelbagai NGO Kampong Bharu dan tokoh-tokoh tempatan. Masa sesi penerangan dan perjumpaan ni, orang-orang PAS sendiri pun hadir. Eh, kalau dah orang PAS sendiri hadir masa sesi penerangan dan perjumpaan, lepas tu mereka pun sama boleh suarakan pendapat, bukankah ini bermakna suara para pemilik dan pewaris Kampong Bharu telahpun didengari oleh Kerajaan?

2.          Mengambilkira pandangan dan cadangan daripada tokoh-tokoh tempatan dan pelbagai NGO Kampong Bharu seperti Malay Agricultural Settlement (MAS), Persatuan Kebajikan Anak-anak Kampong Bharu (PAKAM) & Persatuan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) yang mewakili pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu untuk penambahbaikan Rang Undang-undang.

3.     Mewujudkan Pejabat Urus Setia Pembangunan Kampong Bharu di dalam kawasan Kampong Bharu sendiri untuk membolehkan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu berurusan dengan agensi-agensi seperti Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PPTGWP) untuk urusan hakmilik, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) urusan pusaka kecil , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pembangunan/ zoning secara Pusat Setempat.

4.          Mengeluarkan info melalui iklan di akhbar-akhbar utama untuk pemilik dan pewaris tanah menyelesaikan isu-isu berkaitan tuntutan pusaka kecil bagi memudahkan mereka membangunkan tanah masing-masing.

Eh, macam-macam dah buat tu, memang nampak Kerajaan betul-betul ikhlas nak libatkan pemilik dan pewaris Kampong Bharu semasa membangunkan Kampong Bharu.

Dan usaha ni masih lagi berterusan!!

Pada 1 dan 2 Oktober 2011 ni akan diadakan Hari Khidmat Setempat Urusan Tanah di Kampong Bharu bertempat di Sekolah Agama Jalan Raja Muda Musa, Kampong Bharu bagi memudahkan pemilik dan pewaris Kampong Bharu untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan tanah. Jadi tunggu apa lagi? Kalau ada pemilik dan pewaris yang masih belum selesaikan isu tanah, jangan lupa turun!

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Tuesday, September 27, 2011

KERAJAAN NAK RAMPAS TANAH MELAYU KAMPONG BHARU?

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Baru-baru ni, Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu (SPKB) yang diwujudkan oleh PAS membuat sidang media membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.

Seperti biasa, bagi tujuan menakutkan pemilik dan pewaris Kampong Bharu, mereka membuat fitnah dan tuduhan liar terhadap Kerajaan dan fitnah terbesar mereka ialah kononnya melalui Rang Undang-undang Pembangunan Kampong Bharu ni, KERAJAAN AKAN RAMPAS TANAH MILIK MELAYU DAN TIADA JAMINAN IA AKAN DIKEMBALIKAN.

Masalahnya, aku dah belek dari mula sampai habis draf Rang Undang-undang tu, TAK ADA LANGSUNG KLAUSA SEBEGITU. Khatam 7 kali pun, memang takkan jumpa lah klausa tu. Tapi biasalah, PAS sengaja nak menakutkan orang ramai demi kepentingan politik. Tak kisah lah kalau orang Melayu di Kampong Bharu ada yang dok dalam rumah yang nak tumbang menyembah bumi. Tak kisahlah kalau orang Melayu Kampong Bharu ada yang dok bersempit-sempit 7 keluarga dalam rumah 1 bilik. Tak kisahlah kalau ada kawasan persekitaran dah nampak lebih macam setinggan dari kampung tradisi. Yang penting, PAS dapat kuasa. Dan kalau cara nak dapatkan kuasa ialah dengan menjahanamkan usaha Kerajaan membantu penduduk Kampong Bharu, itu semua tidak menjadi masalah bagi PAS.  

Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu ni mengaku mewakili suara majoriti pemilik dan pewaris Kampong Bharu padahal mereka baru setahun jagung ditubuhkan. Mereka lupa, Malay Agricultural Settlement (MAS) yang dah lebih seratus tahun ditubuhkan, sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ni. Persatuan Kebajikan Anak-anak Kampong Bharu (PAKAM) yang wujud jauh lebih lama dari SPKB sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ni. Persatuan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) yang wujud jauh lebih lama dari SPKB juga sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ni. Macam mana SPKB yang baru tubuh ni boleh terus berlagak jaguh, berkokok kononnya mereka suara penduduk Kampong Bharu padahal NGO2 Kampong Bharu lain semua sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu?

Kita kena ingat, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu  hanya berperanan sebagai pemudah cara dan pemilik serta pewaris masih berhak untuk menentukan sama ada mereka mahu tanah mereka dibangunkan atau tidak. Kalau ada pemilik nak bangunkan tanah tapi takda kemampuan nak buat sendiri, mereka boleh minta bantuan Perbadanan Pembangunan Kampong Baharu. Kalau pemilik nak bangunkan sendiri tanah mereka, silakan. Kalau pemilik taknak bangunkan tanah mereka pun terpulang. Tidak ada paksaan.

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Sunday, September 25, 2011

NURUL IZZAH IKTIRAF KEPIMPINAN DATO' RAJA NONG CHIK?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Nurul Izzah iktiraf kepimpinan Dato’ Raja Nong Chik? Biar betuuuul?

Baru-baru NuruI Izzah buat kenyataan melalui Twitter:

“The dominance of PR MPs has changed DBKL's operations- engage stakeholders.”

“Dominasi Ahli Parlimen Pakatan rakyat telah ubah operasi DBKL – melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan.”

Sentimen ini dikongsi oleh Tian Chua melalui twit beliau:

“We are glad that the language DBKL is more and more similar to Pakatan, We FT MPS will support any move to increase transparency.”

“Kami gembira DBKL semakin mirip Pakatan. Kami Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan akan sokong apa-apa langkah untuk meningkatkan ketelusan.”

Sepeti biasa, bila ada je perkara baik yang berlaku di Malaysia, semuanya hasil usaha Pakatan Haprak. Hatta, DBKL bertambah telus dan mesra rakyat pun dikatanya kerana usaha Pakatan Haprak.

Nurul, Kerajaan selama ni memang mementingkan ketelusan dan rakyat dalam segala urusan, selaras dengan dasar YAB PM menerusi 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dan sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan dan DBKL sebagai agensi di bawah Kementerian, sudah tentunya dasar ini turut disokong Dato’ Raja Nong Chik.

Jadi, sebenarnya, bila ko puji DBKL, secara tidak langsung ko dan kawan-kawan Pakatan Haprak ko sebenarnya puji  dan iktiraf kepimpinan YAB PM dan Dato’ Raja Nong Chik.

Tapi kita memang dah masak dengan perangai  si Nurul ni. Kalau kat Lembah Pantai, apa sahaja usaha Kerajaan dan UMNO, semua dia mengaku usaha dia. Setinggan dapat tawaran rumah - tu semua usaha dia. Orang tua, OKU, orang miskin dapat bantuan – tu semua usaha dia. Yang paling lawak, masa ada kebakaran di Simpang Tiga Pantai Dalam, bila UMNO tempatkan mangsa di Dewan UMNO Simpang Tiga, sampai hati dia kata mangsa kebakaran tu ditempatkan di Surau Al Falah, kubu kuat PAS. Nak menipu pun Nurul, janganlah sampai tersingkap kain. Buruk sangat nampaknya!! Nak tahu lebih lanjut? Boleh baca di sini, sini dan sini.

Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak? Tak buat kerja tapi sibuk dabik dada dan biarkan UMNO dan Kerajaan tungkus-lumus bantu rakyat, lepas tu mengaku tu semua usaha dia?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Wednesday, August 24, 2011

NURUL IZZAH KECUT TELUR TENGOK BAYANG RAJA NONG CHIK


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Semalam aku terbaca laporan media yang paling lawak dalam dunia di MalaysiaKini & Malaysian Insider.  Tian Chua dan Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik Nurul Izzah merengek kerana Dato Raja Nong Chik banyak buat program untuk rakyat di Lembah Pantai.

Hai, biasanya orang komplen pasal pemimpin lupakan rakyat, asyik makan angin je sampai kebajikan rakyat diabaikan. Tapi orang kuat Nurul Izzah boleh pula merengek pasal kebajikan penghuni Lembah Pantai diutamakan?  Inilah bukti paling kukuh Nurul Izzah sebenarnya dah kecut telur tengok bayang Dato Raja Nong Chik.

Selama dia jadi Ahli Parlimen, dia lebih banyak goyang kaki dan ambil kredit dari usaha UMNO dan Kerajaan untuk membela nasib penduduk Lembah Pantai. Jadi sekarang ni, bila tembelang dia dah pecah, tak duduk diamlah jadinya sebab punggung dah panas.

Mari kita lihat apa isu yang dibangkitkan oleh Fahmi Fadzil, kaki penipu yang pernah diambil tindakan undang-undang kerana sebar fitnah melalui Twitter:

“PKR is accusing Raja Nong Chik of only channelling programmes such as the 1 Computer 1 Student Project, Nur Ramadan Program, and Kedai Rakyat 1 Malaysia to the Lembah Pantai constituency.“

"PKR menuduh Raja Nong Chik hanya menyalurkan bantuan seperti program 1Komputer 1Pelajar, Nur Ramadhan dan Kedai Rakyat 1Malaysia ke kawasan Lembah Pantai."

Mari kita kaji satu persatu kebenaran tuduhan ini.

1. Projek 1Komputer 1Pelajar yang sepatutnya dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan hanya dilaksanakan di Lembah Pantai.

Program 1Komputer 1 Pelajar memang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan, malahan Lembah Pantai dapat antara jumlah komputer yang terendah berbanding Bahagian-bahagian lain. Sebagai contoh, Bandar Tun Razak dapat 800 komputer sedangkan Lembah Pantai cuma dapat  400 komputer. Bandar Tun Razak tu kawasan sapa? Kawasan Raja Nong Chik juga ke?

FITNAH PERTAMA FAHMI FADZIL TERDEDAH!!!!


2. Program Nur Ramadhan yang sepatutnya dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan hanya dilaksanakan di Lembah Pantai.

Program Nur Ramadhan memang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan. Kalau tak percaya boleh tengok sendiri berita-berita yang aku linkkan ni. Berita pertama pelancaran program Nur Ramadhan oleh YAB TPM dan penyerahan sumbangan di Setiawangsa, yang kedua program Nur Ramadhan di Titiwangsa dan ketiga program Nur Ramadhan di Putrajaya. Aku tak payah susah-susah nak korek pun. Buka je Google, taip Nur Ramadhan, mesti boleh jumpa artikel-artikel ni.

Alah Fahmi Fadzil, takkan nak search internet pun tak tahu kot?

FITNAH KEDUA FAHMI FADZIL TERDEDAH!!


3. Kedai Rakyat 1Malaysia hanya dilaksanakan di Lembah Pantai.

Adoi!!! Bongoknya Fahmi Fadzil. Kedai Rakyat 1Malaysia yang pertama telah dilancarkan di Stesyen LRT Kelana Jaya dan Kedai Rakyat 1Malaysia yang kedua dilancarkan di Bandar Tun Razak. Kedai Rakyat 1Malaysia yang ketiga akan dilancarkan di Lembah Pantai dan juga di beberapa kawasan lain di Wilayah Persekutuan. Kalau dah ada tiga Kedai Rakyat 1Malaysia, macam mana kau boleh kata peruntukan untuk Kedai Rakyat 1Malaysia hanya disalurkan ke Lembah Pantai? Kelana Jaya tu dalam negeri mana? Selangor di bawah Pakatan Haprak kan? Bandar Tun Razak tu kawasan sapa? Kawasan Raja Nong Chik juga ke?

FITNAH KETIGA FAHMI FADZIL TERDEDAH!!!!

Di samping fitnah di atas, Fahmi Fadzil juga ada buat tuduhan lain. Apa dia?

“What we have noticed is that since Ramadan, Datuk Raja Nong Chik is very, very, very focused on his programmes in Lembah Pantai only. On his Facebook page, everyday you can see that he is focused on Lembah Pantai,” Fahmi added.

“Apa yang kami sedar, sejak Ramadhan, Dato Raja Nong Chik amat, amat fokus kepada program di Lembah Pantai sahaja. Di laman Facebook beliau, setiap hari fokusnya terhadap Lembah Pantai,” tambah Fahmi.

Alahai Fahmi Fadzil… Dalam bulan Ramadhan memanglah program Dato di Lembah Pantai bertambah. Sebagai Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, hampir setiap hari Dato Raja Nong Chik berbuka puasa, sembahyang tarawih, sembahyang witir, moreh dan kadang-kala bersahur pun bersama penduduk Lembah Pantai. Jadi memanglah kat Facebook nampak banyak program di Lembah Pantai. Lagipun, bukankah kita umat Islam memang digalakkan untuk menambahkan amal ibadah di bulan puasa? Kalau orang Islam biasanya memang faham perkara ini, tak payah nak dijelaskan, tapi bagi orang yang simpati pada fahaman komunis, mungkin dia tak berapa faham mengapa program bertambah di bulan Ramadhan.

Namun ini tak bermakna Dato Raja Nong Chik langsung tak turun ke kawasan lain. Dalam minggu lepas sahaja Dato Raja Nong Chik telah menghadiri program Sumbangan Khas kepada Warga Emas dan program perasmian Kedai Rakyat 1Malaysia di Bandar Tun Razak, program Jom Sahur peringkat KL di Wangsa Maju, melawat Bazaar Ramadhan di Lorong Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India serta Majlis Moreh Bersama Media di Bukit Kiara.

Jadi memang jelas lah si Fahmi Fadzil ni cuma pandai memfitnah dari membantu rakyat. Ni mesti ilmu-ilmu yang diturunkan oleh sifunya, Nurul Izzah. Bak kata pepatah, bila Nurul kencing berdiri, Fahmi pula kencing berlari!!

Dan Nurul pula sudah tentunya berguru dengan sifu paling agung bab fitnah-memfitnah ni – Papa Perut Buncit!!

Satu soalan aku nak tanya Nurul Izzah dan Fahmi Fadzil. Mengapa perlu dengki bila Dato Raja Nong Chik memperbanyakkan program di Lembah Pantai? Bukankah sebagai Ahli Parlimen, Nurul Izzah sepatutnya bergembira bila Dato Raja Nong Chik bermurah hati menjaga kawasan yang sepatutnya Nurul Izzah yang jaga? Atau mungkinkah Nurul Izzah bimbang sikap tidak prihatin beliau kini telah ditelanjangkan apabila Dato Raja Nong Chik nyata ikhlas membela nasib penduduk Lembah Pantai?

Kalau kita tengok, di Selangor bawah Pakatan Haprak, umat Islam terpaksa mengemis bantuan di gereja. Tapi di Lembah Pantai, bila Dato Raja Nong Chik hulurkan bantuan, Nurul Izzah melenting.

Mengapa Nurul Izzah lebih rela lihat anak yatim menangis kelaparan dari terima bantuan makanan dari Dato Raja Nong Chik?

Mengapa Nurul Izzah lebih rela lihat warga emas mengerekot kesejukan di atas lantai simen dari terima bantuan tilam dari Dato Raja Nong Chik?

Mengapa Nurul Izzah lebih rela lihat OKU terlantar tidak dapat bergerak dari terima bantuan kerusi roda dari Dato Raja Nong Chik?

Alahai Nurul Izzah… Nurul Izzah dah tak keruan macam kera makan cili melihat kesungguhan Dato Raja Nong Chik membantu warga Lembah Pantai.

Soalan mudah untuk penduduk Lembah Pantai – 

ANDA MAHU PEMIMPIN YANG RAJIN TURUN PADANG DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI DEMI KEBAJIKAN RAKYAT?

atau


ANDA MAHU PEMIMPIN YANG LANGSUNG TAK BERMINAT BANTU RAKYAT DAN LEBIH SUKA GOYANG KAKI TAPI MELENTING, DENGKI DAN MATI-MATIAN CUBA MENGHALANG PROGRAM PIHAK LAIN YANG IKHLAS MEMBANTU RAKYAT?

Tepuk dada tanya selera!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?