Tuesday, September 27, 2011

KERAJAAN NAK RAMPAS TANAH MELAYU KAMPONG BHARU?

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Baru-baru ni, Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu (SPKB) yang diwujudkan oleh PAS membuat sidang media membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.

Seperti biasa, bagi tujuan menakutkan pemilik dan pewaris Kampong Bharu, mereka membuat fitnah dan tuduhan liar terhadap Kerajaan dan fitnah terbesar mereka ialah kononnya melalui Rang Undang-undang Pembangunan Kampong Bharu ni, KERAJAAN AKAN RAMPAS TANAH MILIK MELAYU DAN TIADA JAMINAN IA AKAN DIKEMBALIKAN.

Masalahnya, aku dah belek dari mula sampai habis draf Rang Undang-undang tu, TAK ADA LANGSUNG KLAUSA SEBEGITU. Khatam 7 kali pun, memang takkan jumpa lah klausa tu. Tapi biasalah, PAS sengaja nak menakutkan orang ramai demi kepentingan politik. Tak kisah lah kalau orang Melayu di Kampong Bharu ada yang dok dalam rumah yang nak tumbang menyembah bumi. Tak kisahlah kalau orang Melayu Kampong Bharu ada yang dok bersempit-sempit 7 keluarga dalam rumah 1 bilik. Tak kisahlah kalau ada kawasan persekitaran dah nampak lebih macam setinggan dari kampung tradisi. Yang penting, PAS dapat kuasa. Dan kalau cara nak dapatkan kuasa ialah dengan menjahanamkan usaha Kerajaan membantu penduduk Kampong Bharu, itu semua tidak menjadi masalah bagi PAS.  

Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu ni mengaku mewakili suara majoriti pemilik dan pewaris Kampong Bharu padahal mereka baru setahun jagung ditubuhkan. Mereka lupa, Malay Agricultural Settlement (MAS) yang dah lebih seratus tahun ditubuhkan, sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ni. Persatuan Kebajikan Anak-anak Kampong Bharu (PAKAM) yang wujud jauh lebih lama dari SPKB sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ni. Persatuan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) yang wujud jauh lebih lama dari SPKB juga sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ni. Macam mana SPKB yang baru tubuh ni boleh terus berlagak jaguh, berkokok kononnya mereka suara penduduk Kampong Bharu padahal NGO2 Kampong Bharu lain semua sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu?

Kita kena ingat, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu  hanya berperanan sebagai pemudah cara dan pemilik serta pewaris masih berhak untuk menentukan sama ada mereka mahu tanah mereka dibangunkan atau tidak. Kalau ada pemilik nak bangunkan tanah tapi takda kemampuan nak buat sendiri, mereka boleh minta bantuan Perbadanan Pembangunan Kampong Baharu. Kalau pemilik nak bangunkan sendiri tanah mereka, silakan. Kalau pemilik taknak bangunkan tanah mereka pun terpulang. Tidak ada paksaan.

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Sunday, September 25, 2011

NURUL IZZAH IKTIRAF KEPIMPINAN DATO' RAJA NONG CHIK?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Nurul Izzah iktiraf kepimpinan Dato’ Raja Nong Chik? Biar betuuuul?

Baru-baru NuruI Izzah buat kenyataan melalui Twitter:

“The dominance of PR MPs has changed DBKL's operations- engage stakeholders.”

“Dominasi Ahli Parlimen Pakatan rakyat telah ubah operasi DBKL – melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan.”

Sentimen ini dikongsi oleh Tian Chua melalui twit beliau:

“We are glad that the language DBKL is more and more similar to Pakatan, We FT MPS will support any move to increase transparency.”

“Kami gembira DBKL semakin mirip Pakatan. Kami Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan akan sokong apa-apa langkah untuk meningkatkan ketelusan.”

Sepeti biasa, bila ada je perkara baik yang berlaku di Malaysia, semuanya hasil usaha Pakatan Haprak. Hatta, DBKL bertambah telus dan mesra rakyat pun dikatanya kerana usaha Pakatan Haprak.

Nurul, Kerajaan selama ni memang mementingkan ketelusan dan rakyat dalam segala urusan, selaras dengan dasar YAB PM menerusi 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dan sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan dan DBKL sebagai agensi di bawah Kementerian, sudah tentunya dasar ini turut disokong Dato’ Raja Nong Chik.

Jadi, sebenarnya, bila ko puji DBKL, secara tidak langsung ko dan kawan-kawan Pakatan Haprak ko sebenarnya puji  dan iktiraf kepimpinan YAB PM dan Dato’ Raja Nong Chik.

Tapi kita memang dah masak dengan perangai  si Nurul ni. Kalau kat Lembah Pantai, apa sahaja usaha Kerajaan dan UMNO, semua dia mengaku usaha dia. Setinggan dapat tawaran rumah - tu semua usaha dia. Orang tua, OKU, orang miskin dapat bantuan – tu semua usaha dia. Yang paling lawak, masa ada kebakaran di Simpang Tiga Pantai Dalam, bila UMNO tempatkan mangsa di Dewan UMNO Simpang Tiga, sampai hati dia kata mangsa kebakaran tu ditempatkan di Surau Al Falah, kubu kuat PAS. Nak menipu pun Nurul, janganlah sampai tersingkap kain. Buruk sangat nampaknya!! Nak tahu lebih lanjut? Boleh baca di sini, sini dan sini.

Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak? Tak buat kerja tapi sibuk dabik dada dan biarkan UMNO dan Kerajaan tungkus-lumus bantu rakyat, lepas tu mengaku tu semua usaha dia?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Wednesday, August 24, 2011

NURUL IZZAH KECUT TELUR TENGOK BAYANG RAJA NONG CHIK


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Semalam aku terbaca laporan media yang paling lawak dalam dunia di MalaysiaKini & Malaysian Insider.  Tian Chua dan Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik Nurul Izzah merengek kerana Dato Raja Nong Chik banyak buat program untuk rakyat di Lembah Pantai.

Hai, biasanya orang komplen pasal pemimpin lupakan rakyat, asyik makan angin je sampai kebajikan rakyat diabaikan. Tapi orang kuat Nurul Izzah boleh pula merengek pasal kebajikan penghuni Lembah Pantai diutamakan?  Inilah bukti paling kukuh Nurul Izzah sebenarnya dah kecut telur tengok bayang Dato Raja Nong Chik.

Selama dia jadi Ahli Parlimen, dia lebih banyak goyang kaki dan ambil kredit dari usaha UMNO dan Kerajaan untuk membela nasib penduduk Lembah Pantai. Jadi sekarang ni, bila tembelang dia dah pecah, tak duduk diamlah jadinya sebab punggung dah panas.

Mari kita lihat apa isu yang dibangkitkan oleh Fahmi Fadzil, kaki penipu yang pernah diambil tindakan undang-undang kerana sebar fitnah melalui Twitter:

“PKR is accusing Raja Nong Chik of only channelling programmes such as the 1 Computer 1 Student Project, Nur Ramadan Program, and Kedai Rakyat 1 Malaysia to the Lembah Pantai constituency.“

"PKR menuduh Raja Nong Chik hanya menyalurkan bantuan seperti program 1Komputer 1Pelajar, Nur Ramadhan dan Kedai Rakyat 1Malaysia ke kawasan Lembah Pantai."

Mari kita kaji satu persatu kebenaran tuduhan ini.

1. Projek 1Komputer 1Pelajar yang sepatutnya dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan hanya dilaksanakan di Lembah Pantai.

Program 1Komputer 1 Pelajar memang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan, malahan Lembah Pantai dapat antara jumlah komputer yang terendah berbanding Bahagian-bahagian lain. Sebagai contoh, Bandar Tun Razak dapat 800 komputer sedangkan Lembah Pantai cuma dapat  400 komputer. Bandar Tun Razak tu kawasan sapa? Kawasan Raja Nong Chik juga ke?

FITNAH PERTAMA FAHMI FADZIL TERDEDAH!!!!


2. Program Nur Ramadhan yang sepatutnya dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan hanya dilaksanakan di Lembah Pantai.

Program Nur Ramadhan memang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan. Kalau tak percaya boleh tengok sendiri berita-berita yang aku linkkan ni. Berita pertama pelancaran program Nur Ramadhan oleh YAB TPM dan penyerahan sumbangan di Setiawangsa, yang kedua program Nur Ramadhan di Titiwangsa dan ketiga program Nur Ramadhan di Putrajaya. Aku tak payah susah-susah nak korek pun. Buka je Google, taip Nur Ramadhan, mesti boleh jumpa artikel-artikel ni.

Alah Fahmi Fadzil, takkan nak search internet pun tak tahu kot?

FITNAH KEDUA FAHMI FADZIL TERDEDAH!!


3. Kedai Rakyat 1Malaysia hanya dilaksanakan di Lembah Pantai.

Adoi!!! Bongoknya Fahmi Fadzil. Kedai Rakyat 1Malaysia yang pertama telah dilancarkan di Stesyen LRT Kelana Jaya dan Kedai Rakyat 1Malaysia yang kedua dilancarkan di Bandar Tun Razak. Kedai Rakyat 1Malaysia yang ketiga akan dilancarkan di Lembah Pantai dan juga di beberapa kawasan lain di Wilayah Persekutuan. Kalau dah ada tiga Kedai Rakyat 1Malaysia, macam mana kau boleh kata peruntukan untuk Kedai Rakyat 1Malaysia hanya disalurkan ke Lembah Pantai? Kelana Jaya tu dalam negeri mana? Selangor di bawah Pakatan Haprak kan? Bandar Tun Razak tu kawasan sapa? Kawasan Raja Nong Chik juga ke?

FITNAH KETIGA FAHMI FADZIL TERDEDAH!!!!

Di samping fitnah di atas, Fahmi Fadzil juga ada buat tuduhan lain. Apa dia?

“What we have noticed is that since Ramadan, Datuk Raja Nong Chik is very, very, very focused on his programmes in Lembah Pantai only. On his Facebook page, everyday you can see that he is focused on Lembah Pantai,” Fahmi added.

“Apa yang kami sedar, sejak Ramadhan, Dato Raja Nong Chik amat, amat fokus kepada program di Lembah Pantai sahaja. Di laman Facebook beliau, setiap hari fokusnya terhadap Lembah Pantai,” tambah Fahmi.

Alahai Fahmi Fadzil… Dalam bulan Ramadhan memanglah program Dato di Lembah Pantai bertambah. Sebagai Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, hampir setiap hari Dato Raja Nong Chik berbuka puasa, sembahyang tarawih, sembahyang witir, moreh dan kadang-kala bersahur pun bersama penduduk Lembah Pantai. Jadi memanglah kat Facebook nampak banyak program di Lembah Pantai. Lagipun, bukankah kita umat Islam memang digalakkan untuk menambahkan amal ibadah di bulan puasa? Kalau orang Islam biasanya memang faham perkara ini, tak payah nak dijelaskan, tapi bagi orang yang simpati pada fahaman komunis, mungkin dia tak berapa faham mengapa program bertambah di bulan Ramadhan.

Namun ini tak bermakna Dato Raja Nong Chik langsung tak turun ke kawasan lain. Dalam minggu lepas sahaja Dato Raja Nong Chik telah menghadiri program Sumbangan Khas kepada Warga Emas dan program perasmian Kedai Rakyat 1Malaysia di Bandar Tun Razak, program Jom Sahur peringkat KL di Wangsa Maju, melawat Bazaar Ramadhan di Lorong Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India serta Majlis Moreh Bersama Media di Bukit Kiara.

Jadi memang jelas lah si Fahmi Fadzil ni cuma pandai memfitnah dari membantu rakyat. Ni mesti ilmu-ilmu yang diturunkan oleh sifunya, Nurul Izzah. Bak kata pepatah, bila Nurul kencing berdiri, Fahmi pula kencing berlari!!

Dan Nurul pula sudah tentunya berguru dengan sifu paling agung bab fitnah-memfitnah ni – Papa Perut Buncit!!

Satu soalan aku nak tanya Nurul Izzah dan Fahmi Fadzil. Mengapa perlu dengki bila Dato Raja Nong Chik memperbanyakkan program di Lembah Pantai? Bukankah sebagai Ahli Parlimen, Nurul Izzah sepatutnya bergembira bila Dato Raja Nong Chik bermurah hati menjaga kawasan yang sepatutnya Nurul Izzah yang jaga? Atau mungkinkah Nurul Izzah bimbang sikap tidak prihatin beliau kini telah ditelanjangkan apabila Dato Raja Nong Chik nyata ikhlas membela nasib penduduk Lembah Pantai?

Kalau kita tengok, di Selangor bawah Pakatan Haprak, umat Islam terpaksa mengemis bantuan di gereja. Tapi di Lembah Pantai, bila Dato Raja Nong Chik hulurkan bantuan, Nurul Izzah melenting.

Mengapa Nurul Izzah lebih rela lihat anak yatim menangis kelaparan dari terima bantuan makanan dari Dato Raja Nong Chik?

Mengapa Nurul Izzah lebih rela lihat warga emas mengerekot kesejukan di atas lantai simen dari terima bantuan tilam dari Dato Raja Nong Chik?

Mengapa Nurul Izzah lebih rela lihat OKU terlantar tidak dapat bergerak dari terima bantuan kerusi roda dari Dato Raja Nong Chik?

Alahai Nurul Izzah… Nurul Izzah dah tak keruan macam kera makan cili melihat kesungguhan Dato Raja Nong Chik membantu warga Lembah Pantai.

Soalan mudah untuk penduduk Lembah Pantai – 

ANDA MAHU PEMIMPIN YANG RAJIN TURUN PADANG DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI DEMI KEBAJIKAN RAKYAT?

atau


ANDA MAHU PEMIMPIN YANG LANGSUNG TAK BERMINAT BANTU RAKYAT DAN LEBIH SUKA GOYANG KAKI TAPI MELENTING, DENGKI DAN MATI-MATIAN CUBA MENGHALANG PROGRAM PIHAK LAIN YANG IKHLAS MEMBANTU RAKYAT?

Tepuk dada tanya selera!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Friday, July 22, 2011

DULU, KINI, SELAMANYA: PAS SEKADAR TUKANG HANTAR MEMORANDUM


Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Baru-baru ni PAS kecoh pasal penganjuran konsert MTV di i-City, Shah Alam. Untuk yang buta geografi, Shah Alam berada dalam negeri Selangor yang ditadbir Kerajaan Pakatan Haprak.

Yang kesiannya, suara PAS langsung tak dihiraukan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri. Aikk? Bukan ke PAS sebahagian dari Kerajaan Negeri? Mengapa ditolak ke tepi macam tu je? Masa nak buat perhimpunan Kotor, beria-ia panggil PAS, bila dah habis, kena buang dalam bakul sampah je? Bak kata pepatah, habis madu, sepah dibuang.

Yang paling menyedihkan, PAS nak jumpa MB pun tak boleh, waima nak langkah bendul pintu pejabat MB pun tak dapat. Akhirnya, hantar memorandum je lah!!!

Pihak Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Memorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.
Malangnya, memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha Pemuda PAS  Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.

Berita ni dipetik dari Harakah, jadi PAS sendiri yang mengaku bahawa suara mereka ni langsung tak bernilai, bagai anjing menyalak bukit.

Lawak betul tengok PAS ni. Masa jadi pembangkang di Selangor pun, kerjanya hantar memorandum. Sekarang dah jadi Kerajaan Negeri pun, masih tetap kerjanya hantar memorandum. Nak jumpa berbincang pun tak dilayan.

Bila PAS nak haramkan jual arak di Shah Alam, DAP bising sikit, PAS terus senyap. Bila PAS nak haramkan orang Islam bekerja di premis menjual arak di Subang Jaya, DAP bising sikit, PAS terus senyap. Sekarang ni, bila PAS bantah penganjuran konsert, PKR pula langsung tak layan, malah tak ingin pun nak jumpa. 

Soalan cepu mas: Apa peranan PAS dalam Kerajaan Negeri? Mana pergi maruah PAS? 

Sampai bila PAS nak sedar, mereka cuma kuda tunggangan DAP dan PKR?

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Thursday, July 21, 2011

MANA HALATUJU PAS DI BAWAH PEMIMPIN MUNAFIK?

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?

Aku makin musykil tengok halatuju Pas sekarang.

Perjuangan Negara Islam sejak sekian lama dibuang dalam bakul sampah, malah lebih rela jadi kuda tunggangan DAP. Sekarang ni pilih pemimpin kaki penipu lak?

Sapa? Sapa lagi kalau bukan Mat Sabu!!!

Hari tu merata-rata Mat Sabu raih simpati, konon dia cedera parah kerana dilanggar oleh Land Rover polis, hari ni terbuktilah dia ni cuma seorang munafik, kaki penipu apabila video cctv yang menunjukkan kemalangan beliau ditayangkan kepada awam.


Rupa-rupanya dia kemalangan kerana motornya tiba-tiba buat pusingan U dan terlanggar pembahagi jalan!! Aik? Pembahagi jalan tu rupa macam Land Rover polis ke? Nak tengok videonya? Boleh lihat di sini.

Adoiii Mat Sabuuuuuu!!! Pemimpin Pas kaki penipuuuuuu!!!!

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?

Sunday, July 10, 2011

NURUL IZZAH, CUKUP-CUKUPLAH MERENGEK!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Lepas perhimpunan Kotor semalam Nurul terus merengek macam anak kera tak dapat susu.

Ni petikan dari FB & Twitter Nurul:

Police brutality at its height. We must have a royal commission on wht happened yesterday. This madness must end

Keganasan polis dikemuncaknya. Kita mesti wujudkan Suruhanjaya Diraja mengenai kejadian semalam. Kegilaan ini mesti berakhir.

Nurul, yang gila tu sebenarnya orang macam kau yang turun perhimpunan HARAM!!! Polis dah banyak kali nasihat, jangan turun perhimpunan HARAM. Tapi kau degil jugak. 

Bila dah ada perhimpunan HARAM, dah jadi tugas polis untuk suraikan. Bukan kau sorang je kena. Khairy Jamaluddin & kumpulan Patriot pun kena jugak, tapi takda pun diorang nak berguling-guling menangis salahkan polis. 

Nurul, Polis cuma jalankan tugas menyuraikan perhimpunan HARAM, itupun kau tuduh sebagai ganas? Itupun kau nak minta Suruhanjaya Diraja? 

Pernah dengar tak pepatah Melayu, BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!!! Kalau tak nak kena gas pemedih mata, tak nak kena pancut air, duduk rumah sudahlah! Kalau dah langgar undang-undang negara, jangan nak harap dapat layanan macam VIP, dihampar permaidani merah di tengah-tengah jalan KL!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Wednesday, July 6, 2011

NURUL IZZAH: BERI BETIS NAK PAHA! KOTOR PUNYA BUDAK!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kerajaan dah cukup bermurah hati nak beri Pakatan Haprak buat perhimpunan KOTOR dalam stadium, yang kau tak habis-habis merengek ni apasal? Banyak cantik muka kau nak PM pulak letak jawatan pasal tak dapat nak guna Stadium Merdeka. 

I guess PM might as well resign as his word is rendered MEANINGLESS by StadiumMerdeka's obnoxious rejection of opt SANCTIONED by Agong!

Saya rasa PM lebih baik letak jawatan kerana janjinya jelas TIDAK BERMAKNA berikutan penolakan menjijikkan Stadium Merdeka ke atas perhimpunan yang DIBENARKAN oleh Agong!

Waaaaah. hebat kau Nurul, sampai boleh suruh PM letak jawatan pasal tak dapat berkumpul di Stadium Merdeka! Yang aku tahulah, PM cuma cadangkan perhimpunan dibuat di stadium, dia tak kata pun boleh buat kat mana-mana stadium yang kau suka, Nurul!!

Lagipun, Menteri Besar Selangor dah tawarkan nak guna Stadium Shah Alam, yang kau kecoh-kecoh nak guna juga Stadium Merdeka tu apasal? 

Pasal apa Pakatan Haprak nak juga buat perhimpunan KOTOR kat Stadium Merdeka? Sebab nak cetuskan huru-haralah! Pakatan kononnya nak bawa 300 ribu berhimpun, yang tak muat dalam stadium tu nanti pi mana? Buat demonstrasi jalanan lah, apa lagi!! Stadium Merdeka sememangnya dah sibuk sebab dekat dengan Puduraya dengan Bukit Bintang, bayangkanlah suasana bila geng-geng haprak ni buat kecoh atas jalan, memang confirm huru-hara!!

Stadium Shah Alam tu jauh lagi besar dari Stadium Merdeka, lepas tu keliling dia banyak kawasan lapang. Lagi senang kalau kau nak berhimpun kat situ, takda nak susahkan orang ramai. Tapi sebab tujuan kau memang nak cetuskan huru-hara, sah-sah kau tak akan terima tawaran Menteri Besar Selangor ni kan?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?