Apa kecoh-kecoh ni DAP?
DAP memang dah lama tak senang duduk melihat kelantangan
Prof Ridhuan Tee menyingkap aksi-aksi melampau golongan ultra kiasu cauvinis
Cina. Kalau yang membangkitkan isu ultra kiaus cauvinis Cina itu orang Melayu,
sudah pastinya DAP akan segera menuduh orang tersebut sebagai rasis. Tetapi kerana
yang menelanjangkan muslihat dan helah ultra kiasu cauvinis Cina itu sendiri ialah
orang Cina, maka terkedu DAP, tak tahu macam mana nak menjawab. Maka mereka seboleh-bolehnya
cuba mencari isu yang boleh digunakan untuk memburuk-burukkan nama baik Prof
Ridhuan Tee.
Dan kini isu yang digunakan ialah kononnya Prof Ridhuan
Tee memplagiat hasil kerja orang lain. Dan barua DAP yang diarah untuk
memainkan isu ini tak lain tak bukan ialah Ariffin Omar, Melayu tak sedar diri yang
dilantik sebagai Senator DAP untuk cuba meraih undi Melayu.
Arifin mendesak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk
memecat Ridhuan Tee kerana kononnya tidak telus dan amanah. Tetapi sehingga
kini TIADA aduan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak mengenai tuduhan plagiarism ini.
Jadi atas dasar apa Prof Ridhuan Tee perlu dipecat? TIADA aduan, TIADA
siasatan, TIADA perbicaraan, tiba-tiba nak suruh pecat orang?
Macam ni ke keadilan versi DAP?
Sekarang mari kita bandingkan pula kes ini dengan kes Yap
Sin Tian, Pengerusi Dong Zong, pertubuhan ultra kiasu cauvinis Cina terbesar di
Malaysia yang juga penyokong kuat DAP.
Yap Sin Tian telah kantoi kerana mengaku kononnya berstatus
pemegang sarjana sedangkan ijazah tersebut menggunakan ijazah palsu dari universiti
palsu di Amerika Syarikat. Dia mengaku memiliki ijazah sarjana dari Universiti
Kensington di California, Amerika Syarikat pada tahun 1993 dalam bidang
Pentadbiran Perniagaan yang membawa gelaran Doktor.
Universiti Kensington ini diarah tutup oleh pentadbiran
California pada tahun 1996 setelah didapati bersalah kerana menjual ijazah
tanpa memerlukan pengajian. Secara ringkasnya, lu bayar, lu sudah boleh dapat ijazah
maaa.. Tak payah susah-susah mau belajar. Yap Sin Tian bayar, terus dapat jadi
Doktor Falsafah. Doktor segera!!
Dalam kes ni ada tak DAP bising-bising minta Yap Sin Tian
letak jawatan sebab tak telus dan tak amanah?
TAKDA!!
Malah Yap Sin Tian terus jadi tetamu kehormat dalam
program-program DAP!
Nampak tak betapa sialnya DAP ni?
Ridhuan Tee belum kena tuduhan rasmi, DAP dah desak
supaya dipecat. Yap Sin Tian dah kantoi tipu ijazah tetapi DAP terus
agung-agungkan!
Pesanan aku pada Prof Ridhuan Tee, teruskan usaha murni
anda menyingkap pekung ultra kiasu cauvinis Cina DAP. DAP dah melatah sebab dia
dah gelabah. Itu tandanya pendedahan Prof Ridhuan Tee memang tepat mengenai
sasaran.
Prof Ridhuan Tee, wa caya sama lu!!
Apa kecoh-kecoh ni DAP?

