Sunday, March 20, 2011

YAYASAN SELANGOR SAH MEMBAZIR DUIT!

Apa kecoh-kecoh ni Khalid?

Ingat tak kawan-kawan masa UMNO Selangor beritahu semua orang yang belanja Sambutan Ulang Tahun Yayasan Selangor cecah RM800,000? Tak ingat? Alaaaa, Sambutan Ulang Tahun yang Sultan Selangor batalkan sebab banyak sangat pembaziran tuuu...

Masa UMNO Selangor buat dakwaan tu, MB Selangor, Khalid Ibrahim mati-matian kata tuduhan tu tak berasas, fitnah dan palsu semata-mata. Khalid kata kos sambutan tu RM300,000 sahaja.

Tapiiiiii.... audit dalaman Yayasan Selangor pulak menunjukkan RM1 juta dibelanjakan untuk Sambutan tu. RM1 juta tu kawan-kawan. Bukan RM100,000. Bukan RM300,000. Malah lebih tinggi dari RM800,000 yang didakwa oleh UMNO Selangor!! Sekarang dah jelas sapa yang kaki temberang dan kaki membazir.

Tak percaya? Boleh baca artikel dari laman pro-pembangkang, Malaysian Insider. Kalau artikel dari akhbar tempatan, nanti penyokong Pakatan Haprak kata dakyah kerajaan, tapi ni laman pro-pembangkang sendiri yang dah sahkan berita tu.

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/malaysia/article/yayasan-selangor-suffers-rm7m-deficit-deputy-gm-sacked/

Sapa yang jadi kambing hitam? Timbalan Pengurus Besarnya, Mohd Saifulruddin Sulaiman yang dipecat dengan notis 24 jam. Aiiiik? Membazir banyak macam tu, Timbalan je kena? Mana pergi Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki? Patutnya Pengurus Besar pun kena sekali sebab tak pantau anak buah. Lembaga Pengarah macam mana pulak? Takkan belanja RM1 juta satu orang je yang urus? Ni ke pengurusan yang cekap? Ni ke bayangan stail pengurusan Pakatan Haprak kalau memerintah negara nanti? Kalau macam ni lah cara diorang perintah negara, memang confirm sekejap je Malaysia dah bankrap!!!

Kesian si Saifulruddin, tak pasal-pasal dia sorang kena dukung biawak hidup! Macam tu lah stail Pakatan Haprak. Korbankan kambing hitam sekor, asalkan bos-bos lain terus kenyang!!! Ni ke yang rakyat Malaysia nak?

Fikir-fikirkanlahh!!!

No comments:

Post a Comment