Saturday, April 27, 2013

NURUL IZZAH JANJI BINA PENJARA RAKYAT JIKA MENANG DI LEMBAH PANTAI

Penduduk asal Lembah Pantai dari kg setinggan Bukit B Kerinchi menunjukkan kawasan penempatan asal mereka yang kini sedang dibangunkan di Bangsar South.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Hebat sungguh Nurul Izzah, belum menang lagi di Lembah Pantai dah janji nak bina Penjara Rakyat! Calon lain janji nak bina Perumahan Rakyat, tapi Nurul Izzah ni lain macam sikit, Penjara Rakyat yang jadi keutamaan. Mengapa ya?

Boleh baca sendiri luahan hati penduduk asal Lembah Pantai menerusi artikel Sinar Harian ini:

Kecewa. Perkataan itu mungkin tidak cukup menggambarkan perasaan pengundi-pengundi yang tiba-tiba sahaja disenaraikan sebagai pengundi hantu walaupun mereka masih menetap di kawasan Lembah Pantai.

Menghairankan apabila proses undian yang berlangsung sebelum ini berjalan lancar tanpa sebarang isu, kini menjadi hal utama dibangkitkan menjelang PRU13.

Tentu sahaja 'hantu-hantu' ini tidak puas hati, bimbang status mereka sebagai pengundi terjejas oleh 'tangan-tangan' tidak bertanggungjawab ini.

"Apabila kami pengundi melahirkan rasa tidak senang, dia (Nurul Izzah) berkata yang tindakannya itu bukan mahu menganiaya pengundi, tetapi ditujukan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang tidak mengemaskini data pengundi.

"Namun tidakkah beliau terfikir, walau bagaimana sekalipun, ianya akan berbalik kepada kami pengundi, kami yang akan menjadi mangsa apabila hilang hak untuk mengundi?,"kata wakil para penduduk asal Lembah Pantai yang juga Sekretariat Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai (GEMPUR) , Mohd Yahya Yusop,  62, kepada Sinar Harian.

Tambah Mohd Yahya, lebih dikesalkan adalah kenyataan terbaru daripada pihak peguam Nurul Izzah yang menyatakan mereka sebagai pengundi yang tidak menukar alamat perlu dihukum seberat-beratnya iaitu dipenjara tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak melebihi RM20,000 atas kesalahan tidak menukar alamat selepas berpindah.

"Jika begini, berapa ramai rakyat Malaysia yang boleh dihukum sedemikian rupa? Ramai lagi penduduk yang bermastautin di tempat lain dan tidak menukar alamat mereka. Adakah mereka semua juga 'hantu'?

"Sekiraya begitu, mana muat untuk tempatkan kami semua dalam penjara. Jika Pakatan Rakyat menang nanti, tidak perlu buat perumahan untuk rakyat, buat sahaja Projek Penjara Rakyat," luahnya dengan penuh emosi.

Mohd Yahya berkata, Nurul Izzah sepatutnya lebih memahami kedudukan latar belakang kawasan Lembah Pantai apatah lagi setelah diberi mandat sebagai Ahli Parlimen selama sepenggal sebelum ini.

"Pengundi-pengundi kini gelisah, dan tidak tenteram bimbang mereka tidak dapat mengundi nanti setelah Nurul Izzah berhasrat meneruskan rayuan kepada mahkamah," katanya.


Isy.. Isy.. Isyy… Kejam sungguh kau ni Nurul Izzah. Mula-mula kau nak batalkan hak penduduk asal Lembah Pantai untuk mengundi, sekarang kau nak sumbat mereka dalam penjara pulak?

Aku cukup setuju dengan pandangan Haji Yahya. Kat Malaysia ni ada BERJUTA-JUTA orang yang berpindah dan tak menukar alamat. Di KL sendiri, ramai dari warganya berasal dari negeri-negeri lain. Aku rasa dari KELANTAN SAHAJA dah berpuluh ribu, malah mungkin mencecah RATUSAN RIBU yang berhijrah ke KL untuk bekerja. Mereka bukan setakat bekerja di sini, mereka juga dah lama menetap di sini malah ramai yang dah beranak-pinak dan berkeluarga di sini. Tapi bila tiba musim pilihanraya mereka semua balik ke kampung masing-masing untuk mengundi. Kalau mengikut definisi Nurul, mereka ini juga dilabel sebagai PENGUNDI HANTU!

Kalaulah semua mereka ini perlu dihukum dan dipenjarakan, memang tak cukup penjara di Malaysia ni. Kita terpaksa buat program baru, bukan Program Pembinaan Rumah Rakyat tapi Program Pembinaan Penjara Rakyat untuk memuatkan semua warga Malaysia yang berpindah dan tak menukar alamat. Kalau Pakatan menang, mungkin inilah projek pertama mereka.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Friday, April 26, 2013

NURUL IZZAH MAHU PENDUDUK ASAL LEMBAH PANTAI DI PENJARA 3 TAHUN & DIDENDA RM20,000



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Tak cukup dengan cuba membatalkan pendaftaran pengundian mereka, Nurul Izzah terus mahu menganiaya penduduk asal Lembah Pantai dengan mendesak agar mereka dikenakan hukuman penjara 3 tahun dan didenda RM20,000 atas kesalahan tidak menukar alamat selepas berpindah.

Macam ni ke perangai wakil rakyat? Bukan nak bantu rakyat, malah nak menganiaya rakyat!!

'Pengundi Hantu' serah memorandum bantahan terhadap Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 26 April - Seramai 4,637 yang didakwa oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai 'pengundi hantu' menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan beliau yang cuba menafikan hak mereka sebagai pengundi.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Sekretariat Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai (Gempur), Mohd. Yahya Yusop kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Antara isi kandungan memorandum termasuklah bantahan terhadap hasrat Nurul Izzah memfailkan semula permohonan rayuan kepada mahkamah setelah gagal mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk membatalkan nama-nama pengundi terbabit.

Yahya berkata, sebagai penduduk asal Lembah Pantai mereka amat bimbang dengan perkembangan terbaru itu dan khuatir ia akan menjejaskan peluang mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) nanti.

"Tidak cukup dengan percubaan untuk membatalkan pendaftaran kami, beliau melalui peguamnya Edmund Bon turut mendesak agar kami dikenakan hukuman yang berat.

"Ini termasuklah penjara tidak melebihi tiga tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 di atas kesalahan tidak menukar alamat yang kami anggap sebagai satu penganiayaan dan zalim," jelasnya.

Sementara itu, Raja Nong Chik menggesa Nurul Izzah supaya segera memohon maaf secara terbuka berhubung perkara itu.

"Beliau perlu menarik balik kenyataannya dan permohonan rayuan mahkamah tersebut yang mana sekaligus jika berjaya, para penduduk terbabit bakal kehilangan hak mengundi dalam PRU-13 ini.

"Dalam usaha membantu para pengundi terlibat, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan ke atas Nurul Izzah.

"Dalam hal ini saya amat sedih dengan sikap seorang wakil rakyat yang tidak memahami para pengundinya sendiri,"katanya.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE? 

Thursday, April 25, 2013

HANTU RAHIMAH BALIK RUMAH - NURUL IZZAH TUDUH PENDUDUK ASAL LEMBAH PANTAI SEBAGAI PENGUNDI HANTU



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Nurul Izzah ni sebenarnya tak buat kerja di Lembah Pantai. Lima tahun jadi wakil rakyat, bila dah dekat pilihan raya baru turun padang tunjuk muka kat penduduk Lembah Pantai. Sebelum tu dia asyik makan angin ke luar negeri untuk memburukkan nama negara di mata dunia.

Sebab dia jarang turun padanglah, maka dia tak tahu bahawa sebelum Lembah Pantai membangun, kawasan ni penuh dengan kampung setinggan. Bila dah dibangunkan, penduduk-penduduk asal telah dipindahkan ke penempatan baru yang lebih selesa tetapi mereka masih lagi penduduk Lembah Pantai. 

Jadi, bila Nurul Izzah nampak di senarai pengundi ada nama kampung-kampung yang dia tak pernah tengok, maka terus dia melatah kononnya alamat-alamat tu semuanya alamat palsu dan pengundi-pengundi ni semuanya pengundi hantu! Sebagai contoh, Kampung Paya Bakti dah lama takda, sekarang tapak Kampung Paya Bakti dah jadi MidValley. Tapi kalau dia bergaul dengan penduduk Lembah Pantai, dia akan tahu bahawa kampung-kampung ini semuanya pernah wujud.

Nurul Izzah tak tahu, penduduk ni semua mendaftar untuk mengundi semasa tinggal di kawasan setinggan dulu. Bila mereka pindah, mereka tak tukar alamat tetapi mereka MASIH penduduk Lembah Pantai. Ada antara mereka dah mengundi sebelum Nurul Izzah lahir lagi!!

Kesian Makcik Rahimah, masih hidup lagi dah dituduh jadi hantu!!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Sunday, April 21, 2013

NURUL IZZAH KANTOI TUDUH PENGUNDI ASAL LEMBAH PANTAI SEBAGAI PENGUNDI HANTU

Haji Yahaya bersama pengundi-pengundi asal Lembah Pantai yang dituduh oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Baru-baru ni Nurul Izzah buat tuduhan kononnya ada 4,637 pengundi hantu di Lembah Pantai. Tuduhan ini sebahagian taktik kotor beliau untuk membayangkan kononnya BN menggunakan pengundi hantu di dalam pilihan raya.

Betul ke?

Boleh baca sendiri luahan hati pengundi-pengundi asal Lembah Pantai yang dianiaya Nurul Izzah.

KENYATAAN MEDIA

MANGSA-MANGSA TUDUHAN PENGUNDI HANTU OLEH NURUL IZZAH

21 APRIL 2013

Kami mewakili 4,637 pengundi berdaftar di Lembah Pantai membantah sekeras-kerasnya cubaan Nurul Izzah Anwar untuk menafikan hak kami untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menuduh kami sebagai pengundi hantu.

Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pada 22 Mac 2013 Nurul Izzah telah memfailkan semakan kehakiman menuntut SPR untuk membatalkan pendaftaran 4,637 pengundi Lembah Pantai yang disifatkan oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu kononnya kerana alamat kediaman kami tidak lengkap atau tidak wujud. Apabila kami menyemak senarai pengundi hantu yang dikemukakan Nurul Izzah, bayangkan betapa terkejutnya kami bila mendapati nama-nama kami tersenarai sebagai pengundi hantu.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, kami adalah penduduk Lembah Pantai sejak sekian lama. Kami telah lama menetap di sini, bekerja di sini, anak-anak kami pun lahir di sini. Kami juga telah lama mengundi di sini. Ada antara kami sudah mengundi sebelum Nurul Izzah lahir lagi!

Semasa kami mula-mula mendaftar untuk mengundi, kami masih lagi tinggal di kampung-kampung setinggan dan itulah alamat yang kami gunakan untuk mendaftar. Tetapi seiring dengan arus pembangunan, kami telah dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan lebih selesa. Tetapi walaupun kami tidak lagi menetap di kawasan asal, kami masih lagi penduduk Lembah Pantai.

Tindakan Nurul Izzah menuntut pembatalan pendaftaran kami menyerlahkan kejahilan beliau mengenai sejarah Lembah Pantai. Hanya kerana sesuatu kawasan itu tidak lagi wujud, tidak bermakna alamat tersebut adalah alamat palsu dan tidak bermakna kami adalah pengundi hantu.

Beberapa kawasan setinggan yang disenaraikan oleh Nurul Izzah adalah seperti berikut:

i. Kg Pasir Kiri, sekarang adalah tapak Gerai Penjaja yang telah dirata dan penduduk berpindah ke Taman Gasing ( PDM – PANTAI DALAM )

ii. Kg Pasir Dalam ( Juga di kenali sebagai Kg Kelantan ) sekarang adalah Pejabat NPE dan sebahagian New Pantai Express ( PDM PETALING SELATAN )

iii. Kg Pantai Halt sekarang telah di bangun dengan PPR Pantai Ria ( PDM PANTAI HALT )

iv. Kampung Lembah Pantai – sekarang ini adalah Menara TM dan sekitarnya ( PDM PANTAI BAHARU )

v. Kampung Awal adalah Kuarters Pengawal Universiti Malaya yang telah berpindah ke Indraloka ( PDM KAWASAN UNIVERSITI )

vi. Setinggan Bukit A, Bukit B, Bukit C dan Bukit B Tanjung, Kg Kerinci telah tiada di mana kawasan mereka telah dibangunkan ( PDM BUKIT KERINCI ). Semua telah berpindah ke Taman Bukit Angkasa atau di PPR Kg Limau.

vii. Sepanjang New Pantai Expressway dan pembinaan Rel Keretapi Komuter mempunyai banyak rumah-rumah SETINGGAN . Semua penghuni telah dipindahkan ke PPR sekitar Lembah Pantai.

Pengundi-pengundi yang pernah berdaftar di kawasan ini dengan sewenang-wenangnya telah dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Tindakan Nurul Izzah melabelkan kami sebagai pengundi hantu juga adalah sebahagian taktik politiknya untuk menagih simpati, kononnya Barisan Nasional menggunakan pengundi hantu untuk menang. Kami berharap pengundi Lembah Pantai tidak akan terpedaya dengan taktik murahan sebegini.

Sebelum ini, ada di antara kami yang mengundi Nurul Izzah dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, tapi kami kecewa, demi untuk mencipta isu pengundi hantu, Nurul Izzah sanggup menganiaya kami dan cuba untuk menafikan hak kami untuk mengundi.

Pilihan kami adalah calon yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan. Pilihan kami adalah calon yang kuat kerja, bukannya kuat cakap semata-mata. Pilihan kami bukannya orang yang hanya tahu membuat fitnah. Pilihan kami sudah tentunya bukan Nurul Izzah!

Untuk mengadakan sidang media ini, kami hanya mengambil masa tiga hari untuk mengesan lebih 200 pengundi yang cuba dianiaya oleh Nurul Izzah. Kebanyakan dari mereka merupakan bekas penghuni kawasan setinggan manakala selebihnya adalah dari kawasan lain yang turut dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Kami yakin masih ramai lagi pengundi yang tidak sedar bahawa mereka telah dianiaya oleh Nurul Izzah.

Sehubungan dengan itu, kami akan menubuhkan satu gerakan yang akan dikenali sebagai GEMPUR – Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai bagi menjejak kesemua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang ditindas oleh Nurul Izzah agar mereka tahu siapa Nurul Izzah sebenarnya.

Awas Nurul Izzah! Kami tidak akan berdiam diri apabila hak kami cuba dinafikan dan kami akan pastikan semua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang teraniaya tahu bagaimana kau cuba menindas kami.

HAJI MOHD YAHYA BIN YUSOP
(Bagi pihak 4,637 pengundi asal Lembah Pantai)

Friday, April 19, 2013

JANJI NURUL IZZAH DARI DULU SAMPAI SEKARANG TAK BERUBAH, BUATNYA IDAK JUGA!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?


Masa kau bertanding tahun 2008 dulu, kau janji nak jaga kebajikan rakyat. Tapi lepas menang, kau tak bantu kami pun. Kau lebih suka makan angin di luar negara sambil memburukkan nama Malaysia dari turun padang ke Lembah Pantai.

Sekarang ni, lepas 5 tahun kau abaikan kami, baru kau nak tunjuk muka di Lembah Pantai. Baru kau nak terhegeh-hegeh nak bersalam dengan kami. Baru kau nak ambil tahu masalah kami.

Dah terlambat Nurul!!

Patutnya kau buat kerja lepas menang dulu, bukan tunggu sampai dah nak pilihan raya baru nak jejak kaki ke Lembah Pantai!!

Kami takkan terpedaya lagi dengan janji-janji manismu Nurul!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Wednesday, April 17, 2013

SELAMAT TINGGAL NURUL IZZAH!!!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Tiada kata-kata yang lebih sesuai untuk menggambarkan perasaan penduduk Lembah Pantai selain dari ucapan SELAMAT TINGGAL NURUL IZZAH!

Kata-kata ini lahir dari isihati luhur penduduk Lembah Pantai yang sudah muak dengan sikap kau Nurul Izzah yang jarang turun padang dan sentiasa mengabaikan kebajikan penduduk Lembah Pantai selepas menang pada PRU lepas.

Cukup-cukuplah kau memperbodohkan kami selama ini. Kami ingat kau akan jaga kebajikan kami, tapi kau lebih suka makan angin ke luar negara untuk memburukkan nama negara dari turun padang ke Lembah Pantai.

Bila ada di Malaysia pun, merata-rata kau pergi untuk bagi ceramah mengutuk Kerajaan dan menghambur fitnah, tapi apa sumbangan positif yang kau beri untuk kami semua? Setakat kutuk Kerajaan dan cuba menghalang semua kerja baik Kerajaan tak menguntungkan kami langsung, Nurul!

Minta maaf, Nurul. Kami dah insaf. Kami dah bertaubat. Kami tak akan ulangi lagi kesilapan yang lepas.

SELAMAT TINGGAL NURUL IZZAH!!

SELAMAT DATANG RAJA NONG CHIK!!!


Tuesday, April 16, 2013

BEGINILAH CARA NURUL IZZAH BERKHIDMAT UNTUK LEMBAH PANTAI



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Korang nak tahu tak? Sebenarnya jadi wakil rakyat ni senang je. Tak payah turun padang, tak payah berpanas nak ziarah mangsa kebakaran, tak payah berhujan nak lawat mangsa ribut. Sambil goyang kaki makan angin kat luar negeri pun boleh!

Haaaa… Macam mana caranya? Mudah… Mari kita tanya pendapat pakar, Puan Nurul Izzah.

“I tengok twitter Raja Nong Chik je untuk mengetahui perkembangan kawasan Lembah Pantai. Lepas tu I suruh wakil I turun then I akan claim kredit kononnya semua bantuan atau sumbangan adalah inisiatif I. Dengan berbuat demikian, I tak perlu buang masa turun kawasan kerana I lebih suka makan angin di luar negara sambil memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Cuma sebab pilihan raya dah dekat, maka I terpaksa turun untuk raih sokongan pengundi. Kalau tak, tak kuasa I nak jejak Lembah Pantai ni.”

Oooooh begitu rupanya cara menjadi wakil rakyat. Senang je.. Patut pun ramai orang nak jadi wakil rakyat!

Contoh terbaik aksi Nurul ialah semasa kebakaran di Blok B, PPR Kerinchi. Baca ikut twitter Raja Nong Chik, lepas tu hantar wakil. Tak payah turun sendiri pun takpa.

Wakil rakyat macam ni ke yang kita nak untuk Lembah Pantai? Lepas menang dulu jarang tunjuk muka, tapi bila PRU dah dekat baru nak muncul? Kalau pilih lagi silap besar la orang Lembah Pantai.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Monday, April 15, 2013

RAJA NONG CHIK JAWAB FITNAH NURUL IZZAH!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Aku heran betullah tengok perangai Nurul Izzah ni. Dia kata dia mahukan pilihanraya yang bersih, bebas dari serangan peribadi. Tapi lepas tu dia sendiri yang buat serangan peribadi kat orang lain. Macam mana tu?

Contoh terbaik ialah serangan Nurul Izzah terhadap Dato’ Raja Nong Chik. Beberapa hari lepas Dato’ Raja Nong Chik ditemuramah switchup.tv dan beliau mengambil kesempatan tersebut untuk menangkis fitnah-fitnah yang dihambur oleh Nurul Izzah.

Antara isu yang dijawab:

Dato’ Raja Nong Chik menggunakan syarikat luar pesisir untuk membuat pelaburan haram.

Jawapan:

Syarikat dibuka oleh bapa Dato Raja Nong Chik pada 2007 dan ditutup pada 2008 TANPA sebarang pelaburan. Kalau TIADA pelaburan, macam mana Nurul boleh tuduh ada pelaburan haram?

Dato’ Raja Nong Chik beli rumah RM15 juta di TTDI. Nurul Izzah membayangkan kononnya Dato Raja Nong Chik jadi kaya lepas jadi Menteri sehingga boleh beli rumah mewah.

Jawapan:

Rumah tersebut dibeli 10 TAHUN LEPAS sebelum Dato’ Raja Nong Chik menjadi Menteri dan harganya pula jauh lebih rendah dari amaun yang digembar-gemburkan. Pada masa itu dia adalah ahli perniagaan yang berjaya.

Pernah dengar jenama Acson? Haaaaa…. Itu adalah jenama yang diasaskan oleh Dato Raja Nong Chik. Hebatkan? Aku dulu ingat Acson tu jenama antarabangsa, rupa-rupanya jenama Malaysia yang dah menyerlah di luar negara!

Ketokohan Dato’ Raja Nong Chik dalam bidang diiktiraf rakan-rakan usahawan sehingga beliau dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia serta Pengerusi Persatuan Kontraktor Jentera Bumiputra Malaysia.

Jadi sebenarnya dia dah kaya laaaaaamaaaaa sebelum jadi Menteri. Suka hatilah kalau dia nak beli rumah pakai duit dia sendiri.

Nurul Izzah patutnya tanya Papa Hebat, “Macam mana Papa beli mahligai mewah di Segambut? Papa masa tu baru keluar penjara kerana meliwat, Mama tak kerja, Nurul masih sekolah lagi. Papa tak pernah jadi bisnesman, mana dapat duit juta-juta beli mahligai mewah tu? Haaaaaaaa…. Papa menang loteri masa dalam jel yaaa?”

Dato Raja Nong Chik meluangkan terlalu banyak masa di Lembah Pantai.

Jawapan:

Dato Raja Nong Chik ialah anak jati Lembah Pantai. Dia dibesarkan di Lembah Pantai, dia berkahwin di Lembah Pantai, anak-anaknya dilahirkan di Lembah Pantai, anak dia kahwin pun di Lembah Pantai. Dia pun dah lama berkecimpung dalam bidang politik di Lembah Pantai sebagai Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai. Jadi, salah ke kalau dia luangkan banyak masa di Lembah Pantai?

Ini sebenarnya komplen dari Nurul yang paling aku tak faham. Patutnya sebagai wakil rakyat Lembah Pantai, Nurul suka Dato Raja Nong Chik banyak meluangkan masa membantu rakyat di Lembah Pantai. Tapi mengapa kau marah pulak?

Ooooh, aku tahuuu. Kau marah sebab nanti terserlah kau ni jarang turun padang, jadi bila orang bandingkan siapa yang buat kerja, orang akan cakap Dato Raja Nong Chik KUAT KERJA, Nurul Izzah KUAT CAKAP je! Nurul punya Pusat Khidmat pun asyik berkunci je, buang masa je buat pelancaran besar-besaran dulu.

Kau lebih suka tengok rakyat Lembah Pantai merempat dan menderita dari dibantu Dato’ Raja Nong Chik ke? Busuknya hati kau Nurul!!

Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut tentang jawapan Dato’ Raja Nong Chik, boleh tonton sendiri video tu.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Sunday, April 14, 2013

NURUL IZZAH & ANWAR IBRAHIM JADI PENGUNDI HANTU??



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Katakan tidak Nurul, katakan tidak!!! Katakan padaku kau bukanlah pengundi hantu!

Nurul Izzah yang selama ini asyik mengutuk SPR kononnya tidak telus kerana membenarkan orang luar yang tidak bermastautin di Lembah Pantai mengundi di situ kini dibongkar tembelangnya oleh Dato Raja Nong Chik bahawa Nurul sebenarnya adalah PENGUNDI HANTU!!

Berikut laporan dari Kosmo:

NURUL IZZAH PENGUNDI HANTU SEBENAR DI LEMBAH PANTAI

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai pengundi hantu paling besar kerana mendaftar mengundi di kawasan bukan tempat tinggalnya.
Kata beliau, pada tahun lepas, Nurul Izzah mendaftar sebagai pengundi di Parlimen itu melalui alamat sebuah rumah di Bangsar walaupun tidak pernah tinggal di situ.
"Dia daftar sebagai pengundi Lembah Pantai menggunakan alamat sebuah rumah di Bangsar. Dia tidak tinggal di situ, bapanya juga tidak tinggal di situ, alamat ini mungkin alamat kenalan atau saudaranya sahaja," katanya
"Jika dia (Nurul Izzah) cakap orang tidak tinggal dan bermastautin di sini (Lembah Pantai) tidak boleh mengundi, dia pun sama tidak boleh mengundi di sini," katanya.

Kalau kawan-kawan ingat, sebelum ini Nurul memang cukup lantang mengutuk SPR dalam isu pengundi luar kawasan ni:

Aku petik semula tweet Nurul tentang isu ini:


@bersih2 Ada 3.1 juta pemilih yg mengundi di luar kawasan tempat tinggal mrk (non resident voters). SPR tidak kisah. Bgm ya? 

Sekarang ni aku nak tanya, Nurul tinggal di mana?

Nurul tinggal di mahligai mewah di Segambut bersama dengan Papa Hebat, Anwar Ibrahim.





Dia bukannya tinggal di Lembah Pantai.

Macam mana ni Nurul Izzah? Kau sibuk-sibuk bantai SPR sebab kononnya biarkan kewujudan pengundi hantu, tapi kau sendiri adalah PENGUNDI HANTU!!

Macam mana pula dengan Papa Hebat, Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim tinggal di Segambut,  KL tapi mengundi di Permatang Pauh, Pulau Pinang.. Ni memang confirm mengundi di luar kawasan tempat tinggal!!

Jadi, kalau ikut tafsiran Nurul Izzah, ANWAR IBRAHIM SENDIRI ADALAH PENGUNDI HANTU!!

Nurul, kalau kau betul-betul serius membantah kewujudan pengundi luar kawasan dan ikhlas dalam membersihkan daftar pengundi, maka orang pertama yang perlu digugurkan ialah Anwar Ibrahim!!

Macam mana Nurul? Bila kau nak buat protes kepada SPR untuk menggugurkan nama Anwar Ibrahim dari daftar pengundi?

Ada berani ke Nurul?

Ni memang betul kes cakap tak serupa bikin! Dia bantai SPR pasal kes pengundi luar kawasan, tapi dia anak-beranak juga yang buat benda tu!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Saturday, April 13, 2013

ORANG KUAT PKR MENGAKU NURUL IZZAH TAK BUAT APA-APA DI LEMBAH PANTAI


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), PKR Lembah Pantai yang diketuai naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar menerima tamparan hebat apabila seramai 210 ahli mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Yang keluar tu pula bukan calang-calang orang. Salah seorang darinya ialah pencadang Nurul Izzah sendiri semasa penamaan calon pada Pilhan Raya Umum 2008, Norleha Ghani dan seorang lagi ialah Ketua Wanita PKR Cawangan Taman Bukit Angkasa, Rossimah Abu Bakar.

Norleha yang berjuang bersama PKR sezaman dengan bekas pengasas parti itu, Ng Lum Yong berkata, keputusan meninggalkan parti tersebut dibuat kerana sudah tidak yakin dengan perjuangan PKR selain kecewa dengan Nurul Izzah.

Malah dakwanya, orang seperti beliau dianggap PKR kawasan tersebut tidak diperlukan lagi kerana dikatakan ketinggalan zaman.

''Beliau (Nurul Izzah) tidak tahu bagaimana kami meninggalkan suami dan anak-anak di rumah semata-mata untuk membantunya semasa berkempen (2008). Kami bekerja kuat, malah menganggapnya seperti anak kami sendiri.

''Kami kesal kerana selepas beliau menang, kami dilupakan. Janji-janji yang dibuat kepada pengundi-pengundi tidak ditunaikan," katanya.

Norleha yang dikenali sebagai 'otai', dalam kalangan ahli PKR mendakwa, sepanjang lima tahun menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, hanya akhir-akhir ini Nurul Izzah dilihat berjumpa dengan rakyat.

Malah,dalam tempoh itu, Noleha mendapati Nurul Izzah tidak memberi apa-apa sumbangan langsung kepada kawasan yang dimenanginya itu.

''Nurul Izzah tidak buat kerja dan tidak tahu buat kerja. Sebaliknya saya lihat, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang banyak berbakti kepada penduduk di sini.

"Beliau (Raja Nong Chik) tidak banyak bercakap tetapi kuat bekerja. Kalau Nurul Izzah pula, dia memang pandai bercakap sana-sini tetapi satu kerja pun tidak buat," katanya.

TU DIAAA NURUL!!

Kalau orang PKR sendiri dah mengaku Nurul Izzah memang tak buat kerja, malah melupakan semua janji-janjinya kepada pengundi selepas menang, takkanlah kita sebagai pengundi di Lembah Pantai masih lagi nak pilih calon yang cuma KUAT CAKAP, TAPI TAK KUAT KERJA?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Friday, April 12, 2013

NURUL IZZAH SESAT LARAT DI LEMBAH PANTAI?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Korang boleh percaya tak ada wakil rakyat yang boleh sesat bila datang ke kawasan sendiri?

Dah 5 tahun jadi wakil rakyat, tapi kawasan sendiri pun dia tak tahu. Mana taknya, orang lain dok kawasan beri khidmat kepada penduduk, dia lebih suka makan angin sambil memburukkan nama negara di mata dunia.



Isy.. isy.. isy...

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Thursday, April 11, 2013

NURUL IZZAH RELA TENGOK MANGSA KEBAKARAN MEREMPAT DARI TERIMA BANTUAN KERAJAAN



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Baru-baru ni, Nurul Izzah sekali lagi memfitnah Raja Nong Chik kerana kononnya tak faham fungsi kerajaan sementara.

Apa kata Nurul Izzah ya? Boleh baca sendiri petikan artikel dari Harakah & Keadilan Daily ni:

Guna aset DBKL, Nong Chik tak faham ‘kerajaan sementara’

LEMBAH PANTAI 8 APRIL: Menteri Kesejahteraan Bandar & Wilayah, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin memperkuda agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

“Dia masih lagi gunakan sumber DBKL. Semuanya diguna untuk menangkan (bekas) Menteri Wilayah. Dia (Raja Nong Chik) kena profesional dan faham peranan kerajaan sementara,” kata Nurul Izzah.

Apakah isu yang mencetus kemarahan Nurul Izzah ini?

Isu mangsa kebakaran di Sg Penchala dapat bantuan DBKL. Boleh baca sendiri laporan dari Sinar Harian:

Tiga Bulan Percuma

Enam Keluarga Mangsa Kebakaran Ditawar Sewa PPR

Enam keluarga mangsa kebakaran di Kg Sungai Penchala ditawarkan menyewa PPR setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran baru-baru ini. 

Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik Dato Raja Zainal Abidin berkata, kesemua mereka akan ditempatkan di PPR Bukit Jalil.

"Pengecualian sewa selama 3 bulan diberikan untuk meringankan beban yang ditanggung," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa tersebut. 

Dalam majlis itu, setiap keluarga turut menerima sumbangan wang tunai RM500 daripada Yayasan Wilayah Persekutuan dan RM300 lagi daripada DBKL.

Raja Nong Chik turut menambah, sebelum ini setiap keluarga telah menerima sumbangan RM2,000 dari Baitulmal.

"Sumbangan itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung mereka selain tanda keperihatinan Kerajaan kepada masyarakat," katanya.

Inilah dia isu yang mencetus kemarahan Nurul Izzah. Nurul Izzah menganggap Raja Nong Chik menyalahgunakan kuasa kerana Raja Nong Chik memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran menggunakan wang DBKl dan turut memberi mereka penempatan percuma di PPR yang berada di bawah pengurusan DBKL.

Nurul Izzah oooi, pemberian sumbangan seperti ini adalah amalan biasa walaupun sebelum Parlimen dibubarkan. 

Mari sini aku ajar sikit apa beza Kerajaan Sementara dengan Kerajaan Tetap. Kerajaan Sementara BOLEH menjalankan semua fungsi sedia ada tetapi TIDAK BOLEH membuat dasar baru yang akan mengikat Kerajaan yang bakal dilantik.

Dalam kes ni, pemberian sumbangan dan pemberian unit PPR kepada mangsa kebakaran adalah dibenarkan kerana ianya termasuk dalam fungsi sedia ada.

Tapi kalau mengikut fahaman sempit Nurul, DBKL tak boleh bagi apa-apa bantuan sebab semua tu dia anggap sebagai kempen untuk menangkan calon BN!

Cuba bayangkan, rumah kita terbakar, lepas tu kita jumpa DBKL, "Tuan, rumah saya dah terbakar. Saya tinggal sehelai sepinggang. Satu sen pun takda. Keluarga saya tempat berteduh pun takda. Boleh saya dapat bantuan?"

Kalau ikut fahaman sempit Nurul, DBKL patut jawab macam ni, "Tak boleh beri bantuan sebab Kerajaan sekarang cuma Kerajaan Sementara. Kalau nak dapat bantuan, tunggu lagi 2 bulan lepas Kerajaan baru dilantik." 

"Habis tu, anak saya 11 orang nak makan apa?"

"Lagi 2 bulan kita akan bagi bantuan wang dan makanan."

"Habis tu anak saya 11 orang nak tinggal mana?"

"Lagi 2 bulan kita bagi rumah PPR."

Ambik kau!! DUA BULAN lah mangsa kebakaran ni kena merempat, Nak makan kena minta sedekah, mengemis minta ihsan orang ramai. Nak tidur kena cari bawah jambatan, tak pun tumpang kandang kambing, reban ayam.

Haa, macam tu lah Kerajaan Sementara ikut fahaman Nurul. 

Sekarang ni siapa sebenarnya yang tak faham konsep Kerajaan Sementara? 

Sanggup kau tengok mangsa kebakaran merempat Nurul, semata-mata sebab takut mereka akan undi BN?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?