Sunday, March 31, 2013

NURUL IZZAH CARI PUBLISITI MURAH SAMAN SPR



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Baru-baru ni Nurul Izzah membuat permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan 4,637 pengundi di Lembah Pantai.

Bila isu ini ditanya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, jawapannya mudah sahaja.

Nurul Izzah tak pernah bangkitkan isu ini dengan SPR sebelum ini!

SPR: Nurul Izzah tak maklum isu pengundi meragukan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak pernah memaklumkan kepada pihaknya berhubung senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan dalam kawasan parliman terbabit.

Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini berkata tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul kepada SPR.

"Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," katanya, mengulas mengenai permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi.

Nurul Izzah dalam dokumen permohonan semakan kehakiman yang difailkan itu mahu membatalkan sebanyak 4,637 nama pengundi yang didakwa meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam kawasan parlimennya.

Ia melibatkan Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012.

Mengulas lanjut, Aziz meragui tindakan PKR yang dianggap membuat dakwaan tidak tepat tanpa merujuk pihaknya terlebih dahulu.

"Sepatutnya kalau betul mereka ikhlas mahu bersihkan daftar pemilih, datanglah ke SPR, bawa senarai daftar pemilih yang didakwa meragukan itu supaya SPR boleh semak.

'Ini tidak, mereka pergi kepada media, buat kenyataan yang tidak tepat," katanya.

Aku pun hairan tengok perangai Nurul Izzah ni. Kalau dia betul-betul ikhlas, bawalah senarai daftar pengundi yang diragui itu kepada SPR dan biarlah mereka buat semakan. Kalau selepas semakan kau masih tak puas hati, barulah pergi ke mahkamah.


Ni tak, tak bincang dengan SPR lagi, terus melompat ke mahkamah. Ini jelas membuktikan Nurul Izzah sebenarnya tak ikhlas. Dia cuma mahu cari publisiti murahan.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Tuesday, March 26, 2013

NURUL IZZAH KANTOI FITNAH RAJA NONG CHIK, TAK BERANI JAWAB SURAT KEMENTERIAN!




Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

KANTOI!!!

Itulah luahan paling sesuai untuk dihamburkan kepada Nurul Izzah selepas kantoi kerana memfitnah Dato’ Raja Nong Chik. Eh, apa ceritanya ya?

Begini, Dato’ Raja Nong Chik telah memperkenalkan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia di mana persatuan penduduk perumahan kos rendah dan sederhana rendah swasta dibantu untuk menyelenggara kawasan perumahan mereka. Tabung ini yang pada asalnya cuma untuk Wilayah Persekutuan mendapat sambutan hangat dan berjaya memulihkan banyak kawasan perumahan yang usang sehingga akhirnya diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Nurul Izzah seperti biasa, bila melihat kejayaan Tabung ini terus membuak-buak perasaan hasad dengkinya. Maka dia pun mencanangkan di sana sini kononnya pemberian kontrak bagi kerja penyelenggaraan dibuat secara tidak telus. Nurul tabur fitnah kononnya kos penyelenggaraan di bawah Tabung ni terlalu mahal dan kononnya Selangor dapat melaksanakan kerja penyelenggaraan dengan harga yang lebih murah.

Bila ada penduduk dengar fitnah Nurul ni, mereka terus mengadu kepada Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar. Kementerian terus keluarkan surat kepada Nurul Izzah minta dia beri penjelasan. Aku petik perenggan 2 – 6 surat berkenaan:

2. Adalah dimaklumkan Kementerian ini telah menerima aduan dari penduduk berkenaan yang menyatakan YB telah mengeluarkan kenyataan bahawa kos projek yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengecat semula bangunan kediaman adalah terlalu tinggi yang mana YB juga mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Selangor hanya memerlukan RM1 juta sahaja untuk mengecat banyak blok bangunan sedangkan di bawah program TP1M untuk mengecat satu blok sahaja sudah mencecah RM733,000.

3. Kementerian ini merasa dukacita dengan dakwaan yang sedemikian kerana program-program murni yang dicetuskan oleh Kementerian ini adalah untuk kesejahteraan rakyat dan dilaksanakan dengan mengambilkira 'value for money'. YB telah menjadikan ia isu tanpa bukti atau fakta yang jelas dan sememangnya untuk mengelirukan pemikiran rakyat.

4. Justeru, Kementerian ini memohon kerjasama YB supaya tampil mengemukakan bukti dakwaan berkenaan dengan mengemukakan kepada Kementerian ini butiran terperinci projek berkenaan yang dilaksanakan di Negeri Selangor yang meliputi senarai kuantiti, spesifikasi kerja, skop kerja, kadar harga dan juga kos sebenar yang terlibat sebagaimana dakwaan YB. Butiran ini adalah perlu bagi Kementerian menyemak, menilai dan membuat perbandingan secara komprehensif.

5. Untuk makluman YB juga, sebagaimana surat Kementerian ini kepada YB bertarikh 23 Mac 2012, pihak kami telah menjelaskan bahawa prosedur perolehan kepada setiap kerja yang dilaksanakan di bawah Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia diproses secara sebut harga atau tender terbuka dan mematuhi pekeliling/peraturan semasa yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia.

6. Akhir sekali, Kementerian ini sekali lagi memohon kerjasama YB mengemukakan dokumen sebagaimana di para 4 di atas untuk tindakan.

TUUUU DIAAA!!

Prinsip Dato Raja Nong Chik ialah kita mesti berusaha sehabis baik untuk rakyat. Kalau pembangkang ada idea atau cara yang baik, tak salah kita nak belajar dari mereka demi kesejahteraan rakyat. Dalam kes ni, bila Nurul Izzah kata Selangor boleh buat kerja dengan lebih murah, maka Kementerian ingin tahu bagaimana caranya supaya boleh dipraktikkan dalam semua projek berkenaan.

Jadi patutnya Nurul Izzah tak segan untuk berkongsi maklumat ni demi rakyat. Tapi malangnya sampai sekarang Nurul Izzah tak berani balas surat tersebut. Surat tu dihantar pada 11 Oktober 2012. Sekarang dah 27 Mac 2013, dah ENAM BULAN beb! Susah sangat ke nak karang surat, sampai 6 bulan tak berjawab?

Ini menimbulkan tanda tanya, betul ke Selangor ada buat projek untuk rakyat seperti yang didakwa oleh Nurul Izzah? Kalau ada, mengapa tak berani nak kongsi pengalaman demi rakyat?

Aku rasa, Nurul Izzah sebenarnya cuma reka-reka cerita, tu sebab dia tak berani nak bagi butiran projek yang dimaksudkan. Sebab projek tu memang TAK WUJUD!!

Lepas tu Nurul Izzah canang fitnah kononnya pemberian kontrak TP1M tak telus. Cuba korang baca balik surat dari Kementerian:

Untuk makluman YB juga, sebagaimana surat Kementerian ini kepada YB bertarikh 23 Mac 2012, pihak kami telah menjelaskan bahawa prosedur perolehan kepada setiap kerja yang dilaksanakan di bawah Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia diproses secara sebut harga atau tender terbuka dan mematuhi pekeliling/peraturan semasa yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia.

Tengok tu perangai buruk Nurul Izzah! Selama ni memang dia tabur fitnah kononnya pemberian kontrak TP1M tak telus tapi Kementerian dah hantar surat kepada Nurul Izzah pada 23 Mac 2012 memaklumkan bahawa semua perolehan dibuat melalui TENDER TERBUKA! Siapa yang layak boleh masuk tender, tak kisahlah dia penyokong PAS ke, penyokong PKR ke, penyokong DAP ke. Janji layak cukup.

Nurul dah tahu sejak 23 Mac 2013 semua perolehan memang telus tetapi mengapa pada bulan Oktober 2012, LAPAN BULAN selepas menerima surat Kementerian mengenai tender terbuka, dia masih lagi menabur fitnah yang sama?

Adakah Nurul Izzah buta huruf sehingga tak dapat baca surat berkenaan?

Jawapannya tak lain tak bukan, Nurul Izzah memang tahu apa yang dia ucapkan adalah FITNAH, tapi demi kepentingan politik sempitnya dia tak kisah terus menabur FITNAH. Dia sanggup membelakangkan kepentingan rakyat demi kepentingan peribadi.

Pemimpin macam ni ke orang Lembah Pantai nak?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Monday, March 25, 2013

NURUL IZZAH GAGAL ARAH YOUTUBE DELETE VIDEO HINA POLIS

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Tak lama dulu, Nurul Izzah mengundang kemarahan rakyat kerana mengeluarkan kenyataan memperlekehkan pihak polis. Nurul Izzah kata Pasukan Gerakan Am kerjanya cuma goyang kaki sejak ancaman komunis dihapuskan. Special Branch pun takda fungsi, kata Nurul Izzah. Semua mereka patut dimansuhkan sahaja.

Dia lupa, 2 orang anggota PGA & 4 orang anggota SB telah mengorbankan nyawa mereka di Lahad Datu menentang pencerobohan pengganas. Nah, inilah bukti paling kukuh betapa PGA & SB masih relevan hingga kini!

Bila video ringkas kenyataannya itu dikeluarkan, kuncu-kuncu Nurul Izzah meroyan kononnya video itu telah diedit.

Bila full video kenyataannya itu dikeluarkan, kuncu-kuncu Nurul Izzah sekali lagi meroyan, mengancam untuk melaporkan kepada pihak Youtube untuk delete video tersebut.

Ini video sila tutup, I akan contact youtube sbg cetak rompak, ini amaran krn video ini kau ambik dari pantaitube.

Babi punya keturunan kau orang.

Khai, I bagi u 36 jam utk remove video ini, kalau kau enggan akhirnya video ini akan lenyap juga, kau hanya ada 3 video punya amatur, tak malu ke keturunan kau ni suka buat kerja murahan mcm ni krn sendiri tak mampu? Patutlah jenis mcm cow org ni perlukan UMNO.., OK brader., 36 jam pls.

Haiiii… Macam ni ke perangai orang yang kononnya jaguh kebebasan bersuara?

Mula-mula cabar suruh tunjuk full video, bila dah tunjuk, kelam-kabut suruh padamkan pulak?

Patutnya, Nurul Izzah suka orang tunjukkan full video dia berucap, bukannya marah!!

Kini dah lebih seminggu sejak ancaman untuk melaporkan kepada Youtube dibuat. Hingga kini video tersebut masih ada di Youtube. Nampak sangat Nurul Izzah cuma tahu buat gertak kosong!

Bagi yang belum tengok, boleh tengok sendiri Nurul Izzah perlekeh polis dalam video pendek dan full videonya di sini…


Thursday, March 21, 2013

ANWAR JAWAB YES!!! BILA DITANYA “ARE YOU HOMOSEXUAL OR BISEXUAL?”


Video ikhsan Dr Novandri.

Apa kecoh-kecoh ni Anwar Ibrahim?

Kalau orang tanya aku, “Are you homosexual or bisexual?” Serta-merta aku akan jawab, “I am not homosexual or bisexual. I am straight. I only like girls.”

Senang kan? Tak payah nak fikir panjang-panjang pun boleh jawab. Sebabnya kita memang dah jelas kita bukan gay atau bisexual.

Orang yang kena fikir panjang-panjang sebelum jawab adalah orang yang
  1. Tak tahu dia suka jantina mana
  2. Memang gay & bisexual tapi nak cuba cover line
Agak-agaknya, Anwar masuk dalam kategori mana?

Bayangkanlah, reporter tu kena tanya Anwar EMPAT KALI soalan yang sama sebab Anwar asyik cuba nak kona tak nak jawab soalan. DUA MINIT masa yang diambil oleh Anwar untuk jawab soalan mudah ni.

Apa kesimpulan yang harus kita buat bila Anwar asyik cuba mengelak dari jawab soalan mudah ni?

Sendiri mau fikirlahh!!

Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

Wednesday, March 20, 2013

NURUL IZZAH MASIH TAK SERIK HINA POLIS


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Isy.. Isy.. Isyy… Hari tu Nurul dah dikecam pelbagai pihak kerana menganggap Pasukan Gerakan Am tiada fungsi sejak pengunduran komunis dan mahu PGA dimansuhkan sedangkan DUA anggota PGA telahpun menggadaikan nyawa mereka di Lahad Datu menentang pencerobohan pengganas Sulu. Kemudian Nurul tuduh Special Branch pun takda kerja dan patut dimansuhkan sedangkan EMPAT anggota Special Branch telah syahid di Sabah.

Kini, Nurul Izzah terus mengutuk pihak polis tanpa mengambilkira pengorbanan mereka.
Nurul Izzah hits out at police

POINTING FINGERS: Lembah Pantai MP claims all the force does is spy on everybody

KUALA PILAH: PARTI Keadilan Rakyat vice-president Nurul Izzah Anwar has claimed that the main duty of the police is solely to spy on all Malaysians.

In her ceramah at Kampung Jemapoh here on Tuesday night, Nurul Izzah said this was why armed intruders had managed to infiltrate Kampung Tanduo, Lahad Datu, on Feb 12.

"What is the job of the security forces? Their job is to spy on the rakyat. Their job is to spy on the PKR leaders. Their job, on the whole, is to ensure BN (Barisan Nasional) stays successful... until our borders in Lahad Datu, Sabah, were inflitrated.”

Mudahnya Nurul Izzah memperlekehkan peranan yang dimainkan oleh pihak polis! Kononnya kerja polis cuma untuk mengintip rakyat dan mengintip pemimpin PKR.

Ye ke kerja polis cuma untuk mengintip pemimpin PKR?

Nurul, boleh baca sikit tak berita pada 9 Februari lepas ni?

3 disyaki rekrut pengganas

Kuala Lumpur: Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan dua lagi individu ditahan Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Pengganas Bukit Aman dipercayai terbabit merekrut ahli baru selain mempromosikan aktiviti keganasan sejak lebih empat bulan lalu.
Suspek dibebaskan daripada tahanan ISA pada 4 Disember 2008 ditahan semula kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bersama seorang pekerjanya berusia dalam lingkungan 30-an.
Susulan penahanan suspek dan pekerjanya, PDRM menyerbu sebuah rumah di Kajang, di sini, dipercayai disewa suspek bersama seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang dipercayai digunakan sebagai markas menyebarkan fahamannya itu.

Wanita terbabit turut ditahan di rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 petang oleh sekumpulan anggota dan pegawai polis.

Aku nak tanya sikit Nurul, yang kena tahan ni, si Yazid Sufaat ni, pemimpin PKR ke?

Apa kau kata Nurul? Dia ni bukan pemimpin PKR?

Eh, mana boleh!!! Kerja polis kan untuk intip pemimpin PKR je! Kalau dia ni bukan pemimpin PKR, buat apa polis nak intip dia! Buat apa polis nak tahan dia kerana cuba rekrut pengganas!

Nampak tak kawan-kawan, polis bertungkus-lumus buat kerja menjaga keselamatan kita tapi Nurul Izzah cuma tahu hina mereka sahaja kononnya tak tahu buat kerja.

Pesanan terakhir untuk Nurul aku serahkan kepada Tan Sri Zaman Khan, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan juga mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Shamsuri Arshad.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, Nurul Izzah patut mengkaji isu sejarah keselamatan negara bagi memahami skop tugas Polis Diraja Malaysia serta jabatan-jabatannya.

“Saya agak kecewa apabila sesetengah pihak yang tidak memahami skop tugas (PDRM) dan memperalatkannya demi kepentingan politik. Ketika keselamatan negara terancam, kita seharusnya mengenepikan perbezaan pendapat dan berikrar untuk menyokong perjuangan pasukan keselamatan negara.”

“Apa juga bentuk kritikan sentiasa dialu-alukan, namun tidak pada waktu krisis,” kata Zaman Khan.

Zaman Khan menegaskan, pasukan keselamatan ditubuhkan bukan untuk berkhidmat kepada mana-mana parti politik tetapi kepada rakyat Malaysia.

“Jangan memperkecilkan pengorbanan mereka demi memastikan kehidupan kita selamat,” kata beliau.

Mantan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Shamsuri Arshad membidas Nurul Izzah, "Polis menjalankan tugas mereka selaras dengan undang-undang semasa.

"Ya, kita lakukan risikan dan intipan, seperti yang dilakukan oleh agensi-agensi keselamatan lain di dunia, seperti FBI dan pasukan polis lain di dunia.

"Tetapi perisikan yang kita lakukan adalah untuk melindungi negara. Rekod menunjukkan kejayaan kami dalam menjaga keselamatan negara semasa pemberontakan komunis dan banyak masa yang lain.

"Oleh itu, risikan kami dilakukan selaras dengan undang-undang, bukan untuk keuntungan politik. Maklumat yang dikumpulkan digunakan dalam tindakan terhadap penjenayah dan pengganas."

 Shamsuri berkata adalah mudah untuk menjadi seorang pengkritik tetapi apabila seseorang itu merasai sendiri pengalaman sebagai polis, barulah mereka sedar ia bukannya suatu tugas yang mudah.

Shamsuri memetik bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln apabila beliau mengulas tuduhan Nurul Izzah.

"Anda boleh menipu sesetengah orang pada setiap masa  tetapi anda tidak boleh menipu semua orang pada setiap masa."

Penganalisis politik, Profesor Datin Paduka Ramlah Adam berkata Nurul Izzah telah cuba untuk memenangi hati rakyat dengan melemparkan tuduhan terhadap pasukan polis.

"Pihak pembangkang menyedari bahawa suara mereka tidak didengar oleh orang ramai berhubung dengan pencerobohan Lahad Datu. Jadi, mereka terpaksa membuat tuduhan liar dengan harapan bahawa rakyat akan mempercayai mereka," kata Ramlah Pusat Penyelidikan yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Institusi Raja-Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?



Tuesday, March 19, 2013

FULL VIDEO NURUL IZZAH HINA POLIS – PART 2



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Sejak keluar video Nurul Izzah buat kenyataan memperlekeh polis dan mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas, pencacai Pakatan cuba mempertahankan Nurul Izzah kononnya video tersebut telah diedit & mendesak mahu melihat video penuh ceramah tersebut.

Bagi memenuhi permintaan istimewa para pencacai Pakatan, aku telah siarkan episod pertama full video Nurul Izzah perlekeh polis beserta ulasan fitnah-fitnah & janji-janji palsu yang dihamburkan oleh Nurul Izzah.

Bila keluar je full video Nurul Izzah hina polis, terus meroyan kuncu-kuncu Nurul Izzah dan terus mengancam untuk membuat aduan kepada YouTube untuk delete video kononnya langgar copyright.

Hek eleh, sejak bila video ceramah ada copy right, Nurul? Semua ceramah kau orang lain tak boleh siarkan ke? Patutnya kau gembira orang sebarkan video kau, tapi kali ni kau marah pulak & mahu sekat kebebasan bersuara orang lain?

Berani kerana benar, Nurul. Takut kerana salah.

Nampak sangat kau tak mahu video kau disebarkan kerana memang betul kau memperlekeh polis walaupun mereka dah mengorbankan nyawa di Sabah demi keselamatan tanah air kita.

Hari ni aku siarkan pula full video episod 2 Nurul Izzah hina polis.

Boleh tengok sendiri macam mana Nurul Izzah memperlekehkan polis kita.

Antara Rumusan Fitnah Nurul Dalam Episod 2

Nurul Kata Anwar Tak Pernah Salahguna Kuasa Untuk Beri Dana Kepada Kroni

Ye ke Anwar tak pernah buat macam tu, Nurul? Habis tu, macam mana Faiz Abdullah, (penulis ucapan Anwar semasa dia jadi Menteri Kewangan & Timbalan Perdana Menteri) boleh dapat pinjaman RM445 JUTA TANPA SEBARANG CAGARAN dari Hong Leong Bank? Tanpa cagaran tu beb. Mamat ni bukan bisnesman pun. Macam mana boleh layak dapat pinjaman besar tu tanpa cagaran? Aku nak buat pinjaman beli rumah murah RM25,000 pun kena bagi cagaran, ni kan pulak pinjaman RM445 juta beb! Untuk makluman kawan-kawan juga, Hong Leong Bank ni dapat lesen perbankan dari Anwar Ibrahim. 

Pada tahun 2012, Faiz disaman oleh Hong Leong Bank sebab tak bayar balik pinjaman. Di Mahkamah, dia mengaku wang tersebut diterima bagi pihak Anwar Ibrahim. Jeng jeng jeng!!

Rekod PTPTN Tak Lengkap, Jadi Tak Dapat Nak Cari Peminjam, Akibatnya PTPTN Rugi Besar

Malas nak cerita panjang, baca je penjelasan PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan isu kehilangan wang dalam akaun peminjam berjumlah RM 24.42 bilion yang ditimbulkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menerusi persidangan parlimen, kelmarin.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, isu berkenaan tidak wujud kerana wang terbabit sudah dapat dikesan pada tahun lalu apabila sistem diperbaiki pihaknya.

“Wang bayaran diterima menerusi rekod lejar am dan bukan rekod lejar individu disebabkan kelemahan sistem pada rekod kewangan berakhir 31 Disember 2010.

“Perkara itu sudah diselesaikan dengan pembaikan sistem yang mana rekod setiap pembayar dikemaskini pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011,” katanya dalam sidang media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Majlis Jasamu dikenang, di sini, semalam.

Rekod ada, cuma sistem belum update je. Isu ni PTPTN dah jelaskan, mengapa Nurul masih lagi bangkitkan walaupun dia dah tahu jawapannya? Nampak sangat Nurul suka tabur fitnah!

Nurul Izzah Perlekeh Polis, Kononnya Pasukan Gerakan Am Sejak Komunis Dibubarkan dah Takda Kerja, Cuma Goyang Kaki Saja

Ini kata-kata Nurul “General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces. 

Habis tu, DUA orang wira kita dari Pasukan Gerakan Am yang terkorban menentang pengganas Sulu di Sabah tu mati kena tembak sambil sedang goyang kaki ke Nurul?

Wira kita berkorban nyawa di Sabah, di Semenanjung Malaysia selamba je Nurul kutuk diorang!

Nurul Izzah Perlekeh Polis Lagi,  Desak Special Branch Dimansuhkan

Ini kata-kata Nurul: “Polis dah cukup. You hanya perlu mansuhkan Special Branch.”

Sekali lagi Nurul bayangkan kononnya Special Branch takda kerja dan perlu dihapuskan sahaja.

Habis tu, jasa EMPAT orang wira kita dari Special Branch yang terkorban di Sabah pun kau nak suruh hapuskan jugak ke? Hapuskan unit mereka, hapuskan rekod mereka, hapuskan jasa mereka?

Inilah dasar orang tak tahu diuntung. Dia bersenang-lenang hasil pengorbanan polis dari Pasukan Gerakan Am & Special Branch, lepas tu jasa mereka dengan mudah diperkecil-kecilkan.

Tan Sri Zaman Khan, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah turut menganggap Nurul 'buta sejarah' kerana memperlekehkan  polis di saat mereka sedang bertaruh nyawa mempertahankan tanah air kita di Sabah.

Banyak lagi sebenarnya fitnah Nurul Izzah dalam ceramahnya. Nak tahu lebih lanjut, tonton je video tu.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

p/s: Kalau belum tengok lagi episode 1, boleh tengok kat sini..

Monday, March 18, 2013

SELEPAS NURUL IZZAH & TIAN CHUA, KINI DAP PULA PERLEKEH PASUKAN KESELAMATAN DI LAHAD DATU





Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Selepas Tian Chua menggelar wira kita sebagai ‘mati katak’ & Nurul Izzah pula menyifatkan wira kita yang gugur di Lahad Datu dari Pasukan Gerakan Am & Special Branch sebagai tidak relevan dan patut dimansuhkan sahaja, kini tiba pula giliran DAP memperlekehkan kemampuan pasukan keselamatan kita.

Berikut adalah petikan artikel dari lidah rasmi DAP, The Rocket. Artikel sama turut disiarkan di portal pro pembangkang, Malaysian Insider.

Ops Daulat is taking too long!

The issue that I would like to highlight this time is the slowness of the operations that is going on on the ground.
It’s been over a month. The government’s Ops Daulat has deployed seven battalions to flush out the armed criminals.
One battalion can consist anywhere between several hundred to a thousand troops or individuals. So you can imagine seven battalions.
I wonder how difficult is it for our security forces to clear out 200 people from a village?

DAP dengan sinis memperlekehkan kemampuan pasukan keselamatan kita. DAP tanya, dengan 7 batalion ditempatkan di Sabah, mengapa susah sangat nak keluarkan 200 orang dari satu kampung?

DAP ingat pengganas Sulu tu semua dok setempat macam batang lidi dalam penyapu ke? Kalau dok berkumpul setempat, memanglah dah lama kena gempur. Tapi mereka sekarang dah berpecah-pecah dalam kumpulan kecil, 2 hingga 3 orang, dan dah menyelinap dalam hutan.

DAP ingat senang ke nak cari pengganas yang dah biasa perang gerila dan sedang bersembunyi dalam hutan? DAP ingat hutan kat Sabah tu kecik macam padang sekolah ke, 10 minit dah boleh jumpa semua pengganas Sulu tu?

Heiiiii DAP. Kalau tak tahu apa-apa, tolong duduk diam. Jangan suka sangat memperlekehkan pasukan keselamatan yang sedang berjuang demi agama, bangsa dan negara!

Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Friday, March 15, 2013

NURUL IZZAH MARAH FULL VIDEO DIA HINA POLIS DISEBAR. TONTON SEGERA SEBELUM DIDELETE OLEH YOUTUBE!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Hek eleh, sebelum ni seluruh pelusuk kampung kau laungkan kononnya kau pejuang tulin kebebasan bersuara, sekarang ni kau pulak nak sekat kebebasan bersuara orang lain?

Apa ceritanya ya?

Begini...

Sejak keluar video Nurul Izzah buat kenyataan memperlekeh polis dan mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas, pencacai Pakatan cuba mempertahankan Nurul Izzah kononnya video tersebut telah diedit & mendesak mahu melihat video penuh ceramah tersebut.

Bagi memenuhi permintaan istimewa para pencacai Pakatan, aku telah siarkan episod pertama full video Nurul Izzah perlekeh polis beserta ulasan fitnah-fitnah & janji-janji palsu yang dihamburkan oleh Nurul Izzah.

Bila keluar je full video Nurul Izzah hina polis, terus meroyan kuncu-kuncu Nurul Izzah dan terus mengancam untuk membuat aduan kepada YouTube untuk delete video kononnya langgar copyright.

Hek eleh, sejak bila video ceramah ada copy right, Nurul? Semua ceramah kau orang lain tak boleh siarkan ke? Patutnya kau gembira orang sebarkan video kau, tapi kali ni kau marah pulak & mahu sekat kebebasan bersuara orang lain?

Sebelum ni pencacai Pakatan cabar suruh letak full video, bila dah letak full video, kelam-kabut suruh delete pulak?


Nampak sangat cakap tak serupa bikin. Mengaku pejuang kebebasan bersuara, tapi mahu sekat kebebasan bersuara orang lain.

Boleh baca sendiri ayat meroyan kuncu-kuncu Nurul di video YouTube berkenaan.

Ini video sila tutup, I akan contact youtube sbg cetak rompak, ini amaran krn video ini kau ambik dari pantaitube.

Babi punya keturunan kau orang.

Ada berani jumpa tak? I orang jalan Kelang Lama.

Khai, I bagi u 36 jam utk remove video ini, kalau kau enggan akhirnya video ini akan lenyap juga, kau hanya ada 3 video punya amatur, tak malu ke keturunan kau ni suka buat kerja murahan mcm ni krn sendiri tak mampu? Patutlah jenis mcm cow org ni perlukan UMNO.., OK brader., 36 jam pls.

Pigirahhh!!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

p/s Bagi yang tak sempat tengok video full boleh baca sebahagian ulasan isi ceramah fitnah Nurul di sini: 

FULL VIDEO NURUL IZZAH HINA POLIS – PART 1


FULL VIDEO NURUL IZZAH HINA POLIS – PART 1


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Sejak keluar video Nurul Izzah buat kenyataan memperlekeh polis dan mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas, pencacai Pakatan cuba mempertahankan Nurul Izzah kononnya video tersebut telah diedit & mendesak mahu melihat video penuh ceramah tersebut.

Bagi memenuhi permintaan istimewa para pencacai Pakatan, di sini aku siarkan episod pertama full video Nurul Izzah perlekeh polis beserta ulasan fitnah-fitnah & janji-janji palsu yang dihamburkan oleh Nurul Izzah.

ANTARA RUMUSAN FITNAH NURUL IZZAH PART 1


  • Jaminan Pakatan akan tunaikan janji sepertimana di Selangor kalau menang PRU:
Khalid Ibrahim, MB Selangor, dah cakap, “MANIFESTO BUKAN JANJI!!” Maknanya Nurul awal-awal dah mengaku, Pakatan tak akan tunaikan manifesto mereka kalau menang pilihanraya.

Antara Manifesto Pakatan yang masih BELUM tertunai di Selangor:

  • Perubatan percuma untuk warga berumur 65 tahun ke atas.
  • Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan premis komersial sebanyak 10%.
  • RM100 untuk setiap anak kelahiran Selangor.
  • RM75 sebulan untuk setiap anak yang dihantar ke nurseri.
  • RM1,000 untuk setiap anak Selangor yang ke universiti.
  • Takaful RM2,500 untuk warga emas, OKU & anak yatim.
  • Elaun untuk ibu tunggal.
  • Elaun untuk surirumah.
  • Memastikan SETIAP rakyat Selangor mendapat kediaman sendiri.
Ini baru sikit aku senaraikan. Kalau nak senaraikan semua, panjang sangat pulak nak baca. Kat Selangor pun tak mampu tunai janji, boleh percaya ke Pakatan mampu tunaikan janji-janji baru?

  • Pembangkang kononnya tak ada hak bersuara.


Media pro-pembangkang kan banyak? Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysian Chronicle, Malaysia Today, Free Malaysia Today, Harakah, Suara Keadilan, SelangorKini, The Rocket, Aliran dan banyak lagi. Kat media mainstream pun Nurul Izzah ada ruangan tetap di Sinar Harian. 

Macam tu kau kata takda hak nak bersuara, Nurul?


  • Pembangkang kononnya tak dibenarkan guna prasarana awam.


Bersih 2.0 DBKL benarkan guna Stadium Merdeka, tapi mereka tolak sebab nak merusuh di Dataran Merdeka. Terkini Bersih 3.0 menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat perhimpunan. Stadium Merdeka tu bukan prasarana awam ke?

  • Media mainstream kononnya berat sebelah.
Habis tu, media pro-pembangkang tu tak berat sebelah? Ada pernah media pro-pembangkang macam MalaysiaKini dan Malaysian Insider buat cerita puji Kerajaan BN? TAKDA!! Semuanya mengutuk Kerajaan BN. 

Di mainstream media, Sinar Harian ada ruangan tetap untuk Nurul Izzah. Kat akhbar Sun, Malay Mail, The Edge pun ada siarkan artikel Nurul Izzah malah artikel Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh  pun pernah keluar. BFM Radio pula pernah interview Anwar Ibrahim.

Nurul, media mainstream lebih adil dari media pro-pembangkang!

  • Kerajaan tak bagi pembangkang mendekati pengundi.


Takda masalah pun Nurul nak buat ceramah merata-rata mendekati pengundi sambil mengutuk kerajaan?

  • Nurul buat fitnah kononnya Dato’ Raja Nong Chik salahguna kuasa untuk pastikan penerima BR1M di Lembah Pantai lebih tinggi dari kawasan-kawasan Parlimen lain di Wilayah Persekutuan.
Fitnah! Lembah Pantai cuma berada dalam kedudukan no 5 dari 10 kawasan Parlimen dari segi jumlah penerima. lembah Pantai dok tengah-tengah je. Kalau Dato’ Raja Nong Chik salahguna kuasa, mestilah Lembah Pantai no 1. Nampak sangat Nurul Izzah suka buat fitnah.

  • Anwar Ibrahim & Pakatan kononnya bersih, tiada kroni
Betul ke Anwar Ibrahim tu bersih sangat? Masa Anwar Ibrahim jadi Menteri, macam mana datuk Nurul, bapa Anwar, Ibrahim Abd Rahman jadi Pengerusi syarikat gergasi IOI Berhad?  Macam mana pakcik Nurul, Rani Ibrahim, jadi Pengerusi Olympia Industries yang memiliki lesen judi di Sabah?

Jawab Nurul, jawab!

Sebenarnya banyak lagi fitnah Nurul yang aku tak senaraikan. Kalau nak tahu semuanya, tengok je video tu.

Tak sabar nak tonton Episod 2? Tungguuuuu…..

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?