Monday, July 30, 2012

PAS & HARAKAH KANTOI CUBA FITNAH SPR!!



Apa kecoh-kecoh ni PAS dan Harakah?

Aduhai… Dalam bulan Ramadan yang mulia ni, orang Islam berebut-rebut nak beramal ibadah dan mengejar pahala, PAS pula berebut-rebut nak buat fitnah dan mengejar dosa!!

Apa fitnah terbaru PAS kali ini?

Kononnya ada sorang pengundi bernama Jarmiah Abu Talib mempunyai dua kad pengenalan. Inilah yang kemudiannya lantang dikokok oleh PAS dan Harakah sebagai bukti wujudnya pengundi hantu.

Apa tindakan SPR? Dia pergi siasat di alamat kad pengenalan berkenaan dan didapati memang ada dua orang adik-beradik dengan nama yang sama menetap di situ. Jadi, dua kad pengenalan itu adalah untuk dua orang yang berbeza.

Jangan pertikai daftar pemilih tanpa asas, kata SPR

30 Julai 2012

PUTRAJAYA - Pihak yang meragui sesuatu perkara dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharap tidak membuat tuduhan dan pelbagai andaian dengan hanya bersandarkan kepada penemuan sendiri. 

Sebaliknya, mereka perlu tampil dan mengemukakan bukti agar SPR dapat melakukan siasatan di lapangan selain menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), demikian menurut kenyataan suruhanjaya itu hari ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, siasatan SPR berhubung kenyataan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Selangor, Wan Mohamad Ghazali Mahmood bahawa seorang individu bernama Jarmiah Abu Talib boleh mengundi dua kali kerana memiliki dua MyKad yang sah, adalah tidak benar dan dibuat tanpa bukti. 

Kenyataan itu disiarkan akhbar Harakah dalam isu bertarikh 30 Julai hingga 2 Ogos 2012 di muka N22 dengan tajuk 'Misteri Pengundi Dua MyKad Didaftarkan Dua Kali Sebagai Pemilih.'

Kenyataan itu menjelaskan, siasatan SPR mendapati individu yang dimaksudkan adalah dua orang yang berbeza dan masing-masing memegang nombor MyKad 49032-08-5370 dan 470321-08-5540. 

Menurut kenyataan itu, pegawai SPR telah ke rumah individu berkenaan dan mendapati pemilik kedua-dua MyKad adalah adik-beradik yang berkongsi nama sama tetapi memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama serta MyKad 12  angka berbeza. 

Semakan dengan JPN pula mendapati pemegang kedua-dua nombor kad pengenalan adalah orang yang berbeza kerana memiliki rekod cap jari berbeza, oleh itu, mereka merupakan warganegara dan pengundi yang sah di sisi undang-undang. - Bernama


Ini samalah dengan kes nama-nama pelik yang kebanyakannya berlaku di Sabah dan Sarawak. Bila keluar nama-nama pelik macam Timun, Kangkung, Harimau, Kuda, terus geng Pakatan melolong kononnya semua nama-nama ini adalah pengundi hantu.

Tapi bila dibuat siaran media dan temuramah dengan pengundi berkenaan yang mengesahkan kewujudan pengundi berkenaan, terus terdiam geng Pakatan yang bahlol ni.

Wartawan Harakah pun memang masuk kategori wartawan sampah je. Bukan susah nak buktikan kebenaran tuduhan PAS tu. Pergilah ke alamat di kad pengenalan, jumpa sendiri dengan orang yang dimaksudkan dan semak sama ada tohmahan yang dilempar PAS itu benar atau tidak.

Ada diorang buat macam tu?

TAKDA!!

Tanpa usul periksa, terus siarkan fitnah.

Sekarang kan dah malu sendiri. Nampak sangat Harakah ni akhbar fitnah yang cuma sesuai diguna untuk mengesat najis dari tapak kasut sahaja!

Apa kecoh-kecoh ni PAS dan Harakah?

Wednesday, July 25, 2012

NURUL IZZAH JADI SANTA CLAUS DI LEMBAH PANTAI?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Aku sebenarnya agak geli hati bila Nurul Izzah dan kuncu-kuncunya dengan sinis menyifatkan Dato Raja Nong Chik sebagai Santa Claus di Lembah Pantai. Beliau digelar Santa Claus kerana telah banyak berjasa kepada penduduk Lembah Pantai dengan memberikan pelbagai bantuan dan kemudahan demi kesenangan penduduk Lembah Pantai.

Kalau kawan-kawan masih ingat, pada bulan Ramadhan tahun 2011 yang lepas, Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik Nurul Izzah turut mengadakan sidang media merengek kononnya Dato Raja Nong Chik terlalu banyak meluangkan masanya di Lembah Pantai dan memberi pelbagai bantuan untuk penduduk Lembah Pantai.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.

NURUL IZZAH KECUT TELUR TENGOK BAYANG RAJA NONG CHIK



Dato' Raja Nong Chik bersama Datuk Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan ketika itu, meredah banjir bagi membantu mangsa-mangsa di Lembah Pantai. Inilah bukti bahawa Dato' Raja Nong Chik memang dah lama membantu penduduk Lembah Pantai.

Pada aku, ini sebenarnya petanda bahawa Nurul dan kuncu-kuncunya tergugat dengan kerja keras Dato Raja Nong Chik yang tak henti-henti dari dulu sampai sekarang. Dato Raja Nong Chik, selaku Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai telah lama bersama-sama dengan penduduk Lembah Pantai sejak dari dulu lagi. Beliau bukannya calon paracut seperti Nurul yang datang tanpa diundang dan terus mendabik dada kononnya beliau pejuang Lembah Pantai.

Cemuhan Nurul dan kuncu-kuncunya juga membuktikan bahawa Nurul sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu penduduk Lembah Pantai. Sekiranya dia benar-benar mahukan penduduk Lembah Pantai dibela, mengapa dia marah bila Dato Raja Nong Chik membantu penduduk Lembah Pantai? Nampak sangat Nurul lebih suka penduduk Lembah Pantai menderita daripada dibantu Kerajaan BN.

Kerana itulah isu-isu yang menguntungkan penduduk ditentangnya habis-habisan. Sebagai contoh, isu pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi. 432 keluarga telah bersetuju untuk dibangunkan semula kawasan berkenaan, cuma 34 orang sahaja yang tidak bersetuju dek hasutan Nurul. Dan hak 34 orang inilah yang kononnya diperjuangkan Nurul sehingga membawa masuk samseng Cina, India dan juga Adam Adli yang sebelum ini tak pernah menjejak kaki ke Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi untuk merusuh dan mencetuskan kekacauan.

Sebenarnya Nurul Izzah lah yang lebih sesuai digelar Santa Claus.

Mengapa? Sebab Santa Claus ini adalah lambang perayaan Krismas.

Eh, apa kena mengena Nurul Izzah dengan Krismas?


Lupa ke, tahun lepas kan Nurul Izzah dengan bangganya mengajak semua orang untuk hadir ke majlis perayaan Krismas di Bangsar dengan aturcara utamanya “wine masterclass”.

Jadi, kalau nak sangat promosi acara minum arak dalam perayaan Krismas, maka Nurul Izzah ni dah sah-sah  lebih sesuai jadi lambang perayaan Krismas, sebiji macam Santa Claus!!

Apa kecoh-kecoh ni Santa Claus Nurul Izzah?

Tuesday, July 24, 2012

NURUL IZZAH KENA HALAU DARI KUIL DI BANGSAR!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kelmarin Nurul buat taktik biasa dia, iaitu menyelit ke program yang tak dijemput. Program kali ini ialah program di Kuil Sri Nageswari Amman di Bangsar.

Dah lah datang tak berjemput, lepas tu kuncu-kuncu dia beria-ia minta supaya Nurul dikalungkan bunga, dijemput naik ke pentas dan diberi kesempatan berucap seolah-olah dia VIP.

AJK Kuil sudah tentulah tak bagi Nurul buat sesuka hati. Dah lah datang tak berjemput, tiba-tiba nak berlagak macam majlis tu majlis dia.

Bila AJK Kuil tak bagi Nurul naik pentas, terus kuncu-kuncu Nurul jerit-jerit maki AJK Kuil sehingga akhirnya berlaku pertengkaran mulut antara kuncu-kuncu Nurul dan AJK Kuil.

Lepas tu, si Nurul dan kuncu-kuncunya terus dihalau keluar dari Kuil tu.

Apa ni Nurul, dah lah kau datang menyelit tanpa dijemput, lepas tu kuncu-kuncu kau buat kecoh pula. Langsung tak hormat majlis yang sedang dijalankan. Kau ingat ni macam perhimpunan Bersih ke, boleh jerit-jerit maki orang?

Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Monday, July 23, 2012

NURUL IZZAH KANTOI LAGI FITNAH PEGAWAI SPR!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ini, Nurul Izzah semasa berucap dalam majlis makan malam Pakatan di Seputeh mendakwa bahawa Pegawai Pengurus Pilihanraya Lembah Pantai tahun 2008 kononnya memaklumkan bahawa Nurul tidak mungkin akan menang di Lembah Pantai dalam pilihanraya akan datang.

Ulasan tersebut Nurul telah spin sebagai bukti bahawa SPR sebenarnya tidak amanah dan SPR kononnya akan menggunakan taktik kotor untuk memastikan kekalahan Nurul Izzah dalam pilihanraya akan datang.

Pada aku, ini sebenarnya petanda bahawa Nurul sebenarnya telah goyah dan kini sedang mereka-reka alasan sekiranya dia kalah. Bila kalah sahaja, pasti dia akan merengek kononnya dia kalah kerana muslihat SPR sedangkan sebenarnya dia kalah kerana penduduk Lembah Pantai dah muak dengan taktik politik kotornya itu.

Sekiranya benar SPR tidak amanah, bagaimana Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak boleh jatuh ke tangan pembangkang? Kalau betul SPR akan menggunakan taktik kotor untuk memastikan kemenangan BN, mengapa daripada 16 pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 2008, hanya 7 sahaja dimenangi BN manakala pembangkang menang 9 kerusi?

Kalau betullah SPR berat sebelah, sudah tentu kesemua 16 kerusi tersebut akan dimenangi oleh BN!!!

Sekiranya SPR akan menggunakan taktik kotor di Lembah Pantai, mengapa pegawai berkenaan memberitahu perkara itu kepada Nurul? Bayangkanlah, ada tak perompak yang beritahu mangsa awal-awal, “Eh, malam esok saya nak datang rompak rumah awak tau…” Kalau dah bagi tahu awal-awal, si mangsa sudah pastinya akan bersedia untuk menggagalkan rompakan itu.

Samalah dengan kes ini. Sekiranya SPR mahu main kotor di Lembah Pantai, sudah tentu ianya akan dibuat secara diam-diam tanpa memberitahu Nurul!

Nampak sangat tohmahan Nurul ialah tohmahan yang tak logik. Kesian Pegawai Pengurus Pilihanraya itu. Komen ikhlasnya terhadap Nurul di spin sehingga menjadi fitnah yang maha dahsyat terhadap SPR!  

Kini untuk membersihkan namanya, pegawai berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya tohmahan Nurul terhadap beliau.

Tiada masa untuk berpolitik, bekas RO jawab Izzah

KENYATAAN media ini dikeluarkan bagi menjawab kenyataan pada majlis makan malam Thean Hou Temple Kuala Lumpur oleh YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai berdasarkan penulisan yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini bertarikh 13 Julai 2012 (Jumaat) bertajuk "Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi".

Sebagai seorang penjawat awam yang ditugaskan dan diamanahkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk kawasan Parlimen P121 Lembah Pantai bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan ini yang dianggap bagi saya bahawa YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengeluarkan kenyataan kepada portal berkenaan yang boleh disalahtafsirkan fakta, serta mahu menjejaskan nama baik SPR dan bertujuan menjatuhkan imej serta kredibilti penjawat awam.

Isu yang diketengahkan oleh YB Ahli Parlimen Lembah Pantai tercetus, selepas saya bertemu beliau sekadar bertanya khabar serta berbual secara selamba selepas kami sama-sama menghadiri Majlis Sidang Media Datuk Bandar bersama Media dan Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur pada 12 Julai 2012 di Bilik Lembaga Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Pertemuan ini diadakan sempena pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ybhg Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta wakil media sebelum persaraannya yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai 2012 yang lalu.

Bagaimanapun sehari selepas pertemuan tersebut, saya dikejutkan dengan satu laporan portal iaitu Malaysiakini menyebut, YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah diberi amaran oleh seorang bekas RO bahawa beliau akan kalah jika RO berkenaan ditugaskan semula pada PRU akan datang. Saya tidak jangka bahawa perbualan secara selamba dan berseloroh akan dijadikan satu isu sesi wacana beliau.

Jika perkataan saya dianggap sebagai kurang sopan, saya boleh juga anggapkan pertanyaan YB Ahli Parlimen Lembah Pantai sebagai tidak sopan, tetapi saya tidak ingin perkara ini berlanjutan, patut berhenti di sini saja.

Saya dapati bahawa Lembah Pantai sedang pesat membangun, setinggan telah ditempatkan di PPR memberikan penempatan yang lebih sempurna kepada mereka, penjaja tepi jalan telah dipindahkan ke pusat penjaja yang lebih memberikan peluang kepada mereka meningkatkan ekonomi mereka, flat PKNS Kerinchi akan berwajah baru dan kualiti hidup pemunya flat tersebut akan meningkat.

Di samping itu pembangunan hartanah di kawasan tersebut juga pesat dengan adanya Bangsar South dan Eco city sebagai contoh. Pemimpin negara termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sentiasa mendekati rakyat mengambil tahu permasalahan rakyat serta menghulurkan bantuan.

Rakyat setempat boleh membuat penilaian sendiri. Ingin ditekankan satu fakta lagi bahawa RO tidak dilatih untuk mirip kepada mana-mana parti. Latihan yang dijalankan adalah untuk membiasakan kakitangan terhadap prosedur pilhan raya.

Tugas RO semasa pilihan raya adalah sangat berat dan tiada masa untuk berpolitik kerana sentiasa berdepan dengan karenah parti politik yang bertanding semasa itu. Dan, tugasan serta panggilan RO terhenti apabila keputusan pilihan raya diumumkan.

Sekian, saya akhiri kenyataan media ini dengan ucapan pujian-pujian serta kesyukuran kepada ALLAH S.W.T dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadan yang barokah ini.

MOHD NAJIB MOHD


Memang layaklah Nurul digelar sebagai Betina BSF (Bangkang, Spin, Fitnah) kalau sembang biasa pun boleh diputarbelit dan dimanipulasi untuk memburukkan integriti pegawai berkenaan dan para pejawat awam!

Ini juga sebenarnya satu amaran kepada semua orang amnya dan penjawat awam khasnya supaya berhati-hati bila berbicara dengan pembangkang, terutamanya Nurul Izzah. Apa juga perkataan kita, sudah tentu akan di spin oleh mereka!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Thursday, July 19, 2012

NURUL IZZAH BERKEMPEN UNTUK RAJA NONG CHIK DI LEMBAH PANTAI?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Nurul Izzah berkempen untuk Dato’ Raja Nong Chik? Biar betul? Tak pernah aku dengar Nurul puji Dato’ Raja Nong Chik padahal dah macam-macam perkara Dato’ Raja Nong Chik dah buat untuk penduduk Lembah Pantai.

Apa cerita sebenarnya ya?

Begini, semasa majlis ceramah Pakatan di Lembah Pantai, Nurul Izzah telah menjemput Tunku Harmy Tunku Hannan, seorang kerabat Negeri Sembilan yang merupakan penyokong tegar Pakatan untuk berceramah. Memandangkan Tunku Harmy ni pernah kenal baik dengan Dato’ Raja Nong Chik, kononnya dalam ceramah ni bolehlah Nurul Izzah gunakan Tunku Harmy untuk memburukkan peribadi Dato’ Raja Nong Chik.

Malangnya, senjata Nurul makan tuan. Bukannya Tunku Harmy nak kutuk Dato’ Raja Nong Chik, malahan dia puji pulak Dato’ Raja Nong Chik depan-depan si Nurul! Merah padam muka si Nurul tahan malu dan marah! Apa taknya, dia ajak orang tu kempen untuk sokong dia, tiba-tiba orang tu puji Dato’ Raja Nong Chik pula!! Penyokong-penyokong Pakatan yang dok dengar ceramah tu pun terus terdiam, macam tak percaya majlis ceramah Nurul jadi sesi memuji Dato’ Raja Nong Chik.

Boleh tengok video ni sendiri kalau tak percaya.

video


“Saya ni sahabat baik bukanlah, baik sangat takda, kita rapat. Saya pada ketika dulu adalah Timbalan Presiden Kelab Usahawan Bumiputera. Pada ketika itu, Raja Nong Chik ni Bendahari saya. Tuan-tuan, saya tak nak kata dia tak baik, dia manusia yang baik! Ni saya cakap ni tuan-tuan, minta maaflah Cik Nurul. Dia manusia yang baik tuan-tuan. Dia jadi Bendahari, kira satu sen pun. Semua dia kira. Dia tak berani nak bohong, semua dia kira. Jadi, saya tahu dia ni sejak dari kecil lagi. Keluarga dia pun keluarga orang baik-baik. Semua lurus-lurus. Rasuah tak nak, apa tak nak. Bapa dia kaya tuan-tuan, hidup lagi, umur 90 tahun dah. Saya ingat rumah kedai yang dia beli, saya rasa nilai harta mau sampai 1 bilion tuan-tuan.”

Jadi, kalau berdasarkan kenyataan Tunku Harmy ni, Dato’ Raja Nong Chik dan keluarganya semua orang baik yang lurus, amanah dan tidak mengamalkan rasuah. Keluarganya juga kaya, jadi tak timbul isu kononnya dia kaya kerana salahguna kuasa. Sebelum masuk politik lagi dia dah kaya.

Eh, baguslah kalau orang macam ni jadi pemimpin kita. Kita memang nak pemimpin yang lurus, amanah dan tidak mengamalkan rasuah. Kalau orang Pakatan sendiri dah mengaku Dato Raja Nong Chik ni memang insan yang terpuji, memang dah sah lah tu.

Takda ragu-ragu lagi. SAYA MESTI PILIH DATO RAJA NONG CHIK!!

Terima kasih Nurul kerana berkempen untuk Dato Raja Nong Chik dan memudahkan penduduk Lembah Pantai membuat pilihan semasa pilihanraya nanti.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Wednesday, July 18, 2012

NURUL IZZAH ‘RATU CURI KREDIT’ KEMBALI DI BALAI POLIS BRICKFIELDS!!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ini Dato Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, telah mengumumkan bahawa sebuah balai polis baru akan dibina di Brickfields. Ini adalah sebahagian dari langkah untuk mengurangkan kadar jenayah di Brickfields.

Sebaik sahaja perkara ini diumumkan, terus si Nurul Izzah mendabik dada, kononnya dialah yang memperjuangkan pembinaan balai polis tersebut.

YB @n_izzah berjaya selamatkan BalaiPolis Brickfields! 

Mak aihhh… Gila dahsyat bunyinya… Nurul Izzah rupanya yang buat kerja selama ni.

Padahal Dato Raja Nong Chik yang berpeluh turun padang, jumpa rakyat untuk tahu masalah mereka, lepas tu jumpa pemaju minta diperuntukkan ruang untuk Balai Polis, lepas tu jumpa Kementerian Dalam Negeri dan PDRM untuk minta kelulusan dan peruntukan bagi operasi Balai Polis baru di Brickfields bagi menggantikan balai polis lama yang dipindahkan ke Sri Petaling! Kerja ni bukan kerja sehari, bukan kerja seminggu tapi makan masa berbulan-bulan!

Tapi dengan satu tweet sahaja, dengan mudah Nurul Izzah mengaku kononnya dia yang buat kerja.

Inilah perangai Nurul Izzah selama ini.

Itulah sebabnya salah satu gelaran Nurul ialah “RATU CURI KREDIT”!!! Sebab dari dulu sampailah sekarang itu je lah kerjanya. Dia biarkan Dato Raja Nong Chik, Kerajaan BN dan UMNO buat kerja, lepas tu senang-senang dia mengaku semua benda tu dari usaha dia.

Kalau macam tu senang je lah kerja Ahli Parlimen Lembah Pantai. Patut pun boleh dok goyang kaki dan makan angin ke seluruh dunia seperti England, Australia, Turki, Indonesia dan Singapura sambil burukkan nama Malaysia di mata orang asing.

Pakai tweet je semua kerja boleh selesai. Tak payah turun padang. Tak payah jumpa rakyat.

Macam ni ke pemimpin yang penduduk Lembah Pantai nak?

Apa kecoh-kecoh ni RATU CURI KREDIT Nurul Izzah?

p/s: Kalau nak tahu lebih lanjut aktiviti curi kredit Nurul Izzah, boleh baca di sini:

 

NURUL IZZAH – RATU CURI KREDIT MUNCUL KEMBALI!!




Sunday, July 15, 2012

SPR AKAN GUNA TAKTIK KOTOR UTK PASTIKAN NURUL IZZAH KALAH DI LEMBAH PANTAI?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ini, Nurul Izzah semasa berucap dalam majlis makan malam Pakatan di Seputeh mendakwa bahawa Pegawai Pengurus Pilihanraya Lembah Pantai tahun 2008 memaklumkan bahawa Nurul tidak mungkin akan menang di Lembah Pantai dalam pilihanraya akan datang.

Ulasan tersebut Nurul telah spin sebagai bukti bahawa SPR sebenarnya tidak amanah dan SPR kononnya akan menggunakan taktik kotor untuk memastikan kekalahan Nurul Izzah dalam pilihanraya akan datang.

Pada aku, ini sebenarnya petanda bahawa Nurul sebenarnya telah goyah dan kini sedang mereka-reka alasan sekiranya dia kalah. Bila kalah sahaja, pasti dia akan merengek kononnya dia kalah kerana muslihat SPR sedangkan sebenarnya dia kalah kerana penduduk Lembah Pantai dah muak dengan taktik politik kotornya itu.

Pada aku, pegawai berkenaan hanya memberikan pandangan peribadinya sahaja. Itupun boleh di spin oleh Nurul Izzah untuk menagih simpati rakyat.

Sekiranya benar SPR tidak amanah, bagaimana Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak boleh jatuh ke tangan pembangkang? 

Kalau betul SPR akan memastikan kemenangan BN, mengapa daripada 16 pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 2008, hanya 7 sahaja dimenangi BN manakala pembangkang menang 9 kerusi?

Kalau betullah SPR berat sebelah, sudah tentu kesemua 16 kerusi tersebut akan dimenangi oleh BN!!!

Sekiranya SPR akan menggunakan taktik kotor di Lembah Pantai, mengapa pegawai berkenaan memberitahu perkara itu kepada Nurul? Bayangkanlah, ada tak perompak yang beritahu mangsa awal-awal, “Eh, malam esok saya nak datang rompak rumah awak tau…” Kalau dah bagi tahu awal-awal, si mangsa sudah pastinya akan bersedia untuk menggagalkan rompakan itu.

Samalah dengan kes ini. Sekiranya SPR mahu main kotor di Lembah Pantai, sudah tentu ianya akan dibuat secara diam-diam tanpa memberitahu Nurul!

Nampak sangat tohmahan Nurul ialah tohmahan yang tak logik. Kesian Pegawai Pengurus Pilihanraya itu. Komen ikhlasnya terhadap Nurul di spin sehingga menjadi fitnah yang maha dahsyat terhadap SPR!  

Memang layaklah Nurul digelar sebagai Betina BSF (Bangkang, Spin, Fitnah)!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Thursday, July 12, 2012

PENYELEWENGAN RM 1 JUTA WANG RAKYAT SELANGOR UNTUK KARNIVAL TERIMA KASIH RAKYAT – RONNIE LIU LAGI!!!



Apa kecoh-kecoh ni Kerajaan Pakatan Selangor & Ronnie Liu?

Pendedahan terkini mengenai penyelewengan wang rakyat Selangor oleh Kerajaan Pakatan Selangor ini disebarkan oleh portal pro-pembangkang, Malaysiakini. Kalau portal pro-pembangkang sendiri dah mengaku wujud penyelewengan, maknanya penyelewengan memang dah berakar umbi di dalam Kerajaan Pakatan Selangor.

Baru satu penggal memerintah negeri, dah jadi macam ni. Macam ni ke orang yang kita nak percaya untuk memerintah negara? Mahu lingkup Malaysia dibuatnya!!
--------------------------------------------------------------------------
An investigation has found various irregularities in the procurement of services and products for Karnival Terima Kasih Rakyat, a political carnival organised in March to celebrate Pakatan Rakyat's fourth anniversary of governance in Selangor. The carnival involved over RM1 million in goods and services procured and 15 suppliers.

However, the carnival's coordinator Ronnie Liu who is also the state local government, research and development committee chairperson, denied any irregularity and claimed that it was a “misunderstanding".

Malaysiakini has sighted a copy of the report, that discloses that the total claims of the carnival was RM1,118,216 involving 15 suppliers.

All procurements with the private companies were done without complying with the state's financial rules, according to the report.

Indeed, some companies were found with multiple irregularities. For example, local orders were not issued to 13 companies, and four companies that supplied services and products over RM50,000 did not go through the quotations process and had failed to get financial approval.

After capturing Selangor government in 2008, the Pakatan administration has stipulated that any procurement above RM50,000 must be made through open tender, to promote transparency and minimise corruption.

Exceptions are only allowed under special circumstances.

One company had a company registration number that differed from CCM's record, and two companies provided services and products outside of their business fields as registered with the authorities. 

For example, one company registered with both Upen and MOF as providers of cleaning, rubbish dumping and landscaping services, was found providing a motorcycle to the carnival as a lucky draw prize.

Another company registered for the same business was given the tender to supply balloons  and artistes and personalities for the carnival.

A third company with no record in both Upen and MOF had registered itself with CCM as a catfish breeder, but was put in charge of transportation of the carnival. Its CCM registration had also expired.

The physical visits to their business addresses also unearthed more suspicious details.

According to the report, one company had no address, one used a container as an operations office, two could not be located, three were located in residential houses, two had business premises but no operations, and one had a business premise but bearing a different name.

The report found only four companies had business premises and were in operation.
-------------------------------------------------------------
Siasatan telah menjumpai pelbagai penyelewengan dalam perolehan perkhidmatan dan produk untuk Karnival Terima Kasih Rakyat, karnival politik yang dianjurkan pada bulan Mac untuk menyambut ulang tahun keempat pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Penganjuran karnival tersebut melibatkan kos lebih RM1 juta dari 15 pembekal.


Walau bagaimanapun, penyelaras karnival, Ronnie Liu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan Dan Pembangunan, menafikan wujudnya penyelewengan dan mendakwa bahawa ia hanya "salah faham".

Malaysiakini telah melihat salinan laporan itu, yang mendedahkan bahawa jumlah tuntutan karnival adalah RM1, 118.216 melibatkan 15 pembekal.

Semua perolehan dengan syarikat-syarikat swasta telah dilakukan tanpa mematuhi peraturan kewangan negeri, menurut laporan itu.

Malah, beberapa syarikat telah didapati terlibat dengan pelbagai penyelewengan. Sebagai contoh, pesanan tempatan tidak dikeluarkan kepada 13 syarikat, dan empat syarikat yang membekalkan perkhidmatan dan produk lebih RM50, 000 tidak melalui proses sebutharga dan telah gagal untuk mendapatkan kelulusan kewangan.

Selepas menguasai kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008, pentadbiran Pakatan telah ditetapkan bahawa mana-mana perolehan melebihi RM50, 000 hendaklah dibuat melalui tender terbuka, untuk menggalakkan ketelusan dan mengurangkan rasuah.

Pengecualian hanya dibenarkan di bawah hal keadaan yang khas.

Satu syarikat mempunyai nombor pendaftaran syarikat yang berbeza dari rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan dua syarikat menyediakan perkhidmatan dan produk di luar bidang perniagaan mereka seperti yang didaftarkan dengan pihak berkuasa.

Sebagai contoh, satu syarikat yang berdaftar dengan kedua-dua UPEN dan Kementerian Kewangan sebagai pembekal pembersihan, perkhidmatan pembuangan sampah dan landskap, diberi tanggungjawab menyediakan motosikal untuk karnival sebagai hadiah cabutan bertuah.

Satu lagi syarikat yang didaftarkan untuk perniagaan yang sama telah diberikan tender untuk membekalkan belon dan artis-artis dan personaliti untuk karnival.

Syarikat ketiga yang tidak mempunyai rekod di kedua-dua UPEN dan Kementerian Kewangan telah didaftarkan dengan SSM sebagai penternak ikan keli, tetapi telah diberi kontrak menjaga pengangkutan karnival. Pendaftaran syarikat tersebut dengan SSM juga telah tamat.

Lawatan fizikal ke atas alamat perniagaan mereka juga menimbulkan pelbagai aspek mencurigakan.

Menurut laporan itu, satu syarikat tidak mempunyai alamat, satu syarikat menggunakan kontena sebagai pejabat operasi, dua tidak dapat dikesan, tiga terletak di rumah kediaman, dua mempunyai premis perniagaan tetapi tiada operasi, dan satu mempunyai premis perniagaan tetapi di bawah nama syarikat yang berbeza.

Laporan itu mendapati hanya empat syarikat mempunyai premis perniagaan dan beroperasi.
------------------------------------------------------------------------------
Tengok tu!! Macam ni ke Kerajaan yang kononnya telus? Semua Peraturan Kewangan Kerajaan Negeri dilanggar sewenang-wenangnya.

Tiada sebutharga diminta. Jadi tiada perbandingan sama ada harga ditawarkan itu munasabah atau tidak.

Kelulusan kewangan tidak diperolehi. Pakai beli ikut suka hati mak bapak diorang je.

Pesanan Tempatan rasmi pun tak dikeluarkan! Sekadar perjanjian mulut sahaja. Jadi, senang la kalau nak tuntut macam-macam dalam invois sebab takda Pesanan Tempatan sebagai panduan.

Kontrak juga diberi kepada syarikat yang tak berdaftar. Malah ada antaranya hanya syarikat atas angin yang tidak wujud.

Tapi apa alasan Kerajaan Pakatan Selangor dan Ronnie Liu? Ini semua “salah faham”.

“Salah faham” kepala tengkorak lu lah!!

Duit rakyat Selangor kena rompak dan seleweng, kroni masing-masing dah kenyang, lepas tu selamba je cakap ni semua “salah faham”!

Perompak dan penyamun macam ni ke kita nak percaya untuk perintah Malaysia?

Apa kecoh-kecoh ni Kerajaan Pakatan Selangor & Ronnie Liu?

Wednesday, July 11, 2012

RONNIE LIU SERGAH SIKIT, PAS TERUS KECUT TELUR…



Apa kecoh-kecoh ni Ronnie Liu & PAS?

Dari dulu lagi kita dah tahu PAS memang keldai tunggangan DAP. Dan kali ini, sekali lagi PAS mengukuhkan pandangan tersebut.

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah keluarkan arahan kepada pengusaha panggung wayang menghalang mereka dari membenarkan pasangan Islam yang belum berkahwin dari duduk bersama.

Tapi sebaik sahaja dikeluarkan arahan tersebut, terus Ronnie Liu dari DAP melenting dan mengarahkan supaya arahan tersebut ditarik balik.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu mengarahkan MDKS menangguhkan peraturan mengasingkan pasangan Islam belum berkahwin dalam panggung wayang.

Ronnie berkata, ini kerana peraturan itu disifatkan sebagai ‘double standard’.

Apa tindakan PAS selepas Ronnie Liu campur tangan? Adakah mereka menghentam Ronnie Liu kerana campur tangan urusan penganut agama Islam?

TAKDA!!

Malahan PAS Selangor (Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor & Dr Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor) dengan pantas menyokong tindakan Ronnie Liu sambil menegaskan bahawa Majlis Daerah Kuala Selangor tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut sebaliknya ianya hanyalah cadangan.

Eh, ye ke?

Cuba tengok notis ni.. Ada rupa macam cadangan tak? Aku tengok macam rupa arahan je.



Tapi yang paling menghairankan ialah tindak-tanduk PAS dalam isu ni. Arahan asal tersebut memang perkara yang baik, habis tu mengapa PAS perlu berdolak-dalih dan cuba mengelak sebaik sahaja digertak oleh Ronnie Liu?

Kalau betul mereka serius memperjuangkan Islam, sudah tentunya mereka akan memberi amaran kepada Ronnie Liu untuk tidak campur tangan urusan penganut Islam dan berkeras untuk mengekalkan arahan tersebut. Sebaliknya, mereka terus menikus dan kecut telur bila diherdik Ronnie Liu.

Dan ini bukan kali pertama insiden seperti ini berlaku.

Bila PAS cadang haramkan penjualan arak di kawasan majoriti penganut agama Islam di Shah Alam, Ronnie Liu sergah sikit, terus tak jadi nak buat.

Bila PAS cadang haramkan orang Islam bekerja di premis menjual arak di Subang Jaya, Ronnie Liu sergah sikit, terus tak jadi nak buat.

Dan kini, bila PAS nak haramkan pergaulan bebas antara bukan muhrim di panggung wayang di Kuala Selangor, Ronnie Liu sergah sikit, terus tak jadi nak buat.

Nampak sangat PAS ni semata-mata keldai tunggangan DAP. Nak kata macam lembu dicucuk hidung pun boleh, sebab apa sahaja yang DAP arah mereka akan akur. Prinsip Islam entah ke mana perginya. Habis dibuang demi menjaga hati DAP.

Apa kecoh-kecoh ni Ronnie Liu dan PAS? 

Monday, July 9, 2012

HELAH PEMBANGKANG UNTUK HALAU MELAYU DARI KG BHARU?


Projek mewah Datum Jelatek untungkan kroni Pakatan. 
Orang Melayu dihalau keluar macam anjing kurap!!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Baru-baru ni Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampong Bharu yang didokong oleh pembangkang telah mencadangkan agar penduduk Kampong Bharu dipindah keluar ke lokasi di Selangor bagi mewujudkan Kampong Bharu kedua.

Namun begitu, idea setengah masak ini pantas ditolak oleh penduduk Kampong Bharu seperti disuarakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.

Idea pembangkang untuk mewujudkan Kampung Baru kedua di kawasan luar Kuala Lumpur merupakan satu tindakan yang kurang bijak dan tidak relevan sama sekali.
   
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata cadangan itu menunjukkan sikap pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi tidak memikirkan cara untuk merealisasikannya.
   
Jelasnya, mereka tidak perlu mencadangkan idea jika tidak mampu melaksanakannya kerana ia hanyalah membuang masa.


"Pembangkang hanya tahu bercakap tetapi tidak memikirkan cara untuk melaksanakannya. Mereka perlu memikirkan tempat yang sesuai, tetapi mana lokasinya mereka pun tak tahu. Ini akan mengakibatkan kesulitan kepada seluruh penduduk kerana lokasi baru tersebut kemungkinan besar jauh dari tempat asal."

Bayangkanlah, kita tinggal di Kampong Bharu. Kita kerja di Kampong Bharu. Anak-anak kita sekolah di Kampong Bharu. Senang-senang je pembangkang nak halau kita keluar?

Habis tu kita nak ulang-alik kerja macam mana? Bukan semua penduduk Kampong Bharu kaya, nak bayar belanja minyak bila dok jauh dari tempat kerja. Sekarang ni keluar rumah, sekejap je dah sampai tempat kerja.

Macam mana pula dengan anak-anak kita nak yang dah biasa sekolah kat Kampong Bharu, tiba-tiba kena halau keluar? Anak-anak yang tengah nak periksa UPSR, PMR, SPM tak terganggu ke pembelajaran bila kena pindah-randah?

Ada jaminan ke boleh kembali ke Kampong Bharu? Macam mana kalau projek tak jadi atau terbengkalai? Sampai bila-bila lah dok merempat!!

Mari kita ambil iktibar dari cara Kerajaan Pakatan Selangor laksanakan pembangunan semula Flat 4 Tingkat Jalan Jelatek yang tak berapa jauh dari Kampong Bharu.

Penduduk di situ (650 keluarga yang semuanya Melayu) dihalau keluar macam anjing kurap. Kalau nak dapat rumah ganti, kena pergi ke Antara Gapi.

Antara Gapi? Mana tu?

Oh, pembangunan PKNS dekat dengan Batang Kali, jalan nak pergi Kuala Kubu Bharu. Mak aihhhh!! Jauhnyaaaaaa!!!

Lokasi ganti pun sampai kena halau dari pusat kota, kena masuk ceruk kampung!!! Inilah nasib Melayu di bawah Kerajaan Pakatan Selangor.

Kerajaan Pakatan Selangor langsung tidak berminat untuk menyediakan penempatan semula untuk mereka di tempat asal. Bayangkanlah, mereka dah tinggal di situ berpuluh-puluh tahun, tapi dengan mudah dihalau keluar macam anjing kurap oleh Kerajaan Pakatan Selangor. Langsung tiada pilihan untuk menetap di tempat mereka membesar selama ini.

Mengapa Kerajaan Selangor buat begitu? Kerana buat kondominium mewah lebih menguntungkan dari buat apartment untuk penduduk. 

Peduli apa mereka ni dah lama tinggal di situ! Peduli apa kalau mereka tiada tempat untuk dituju selepas dihalau keluar! Peduli apa kalau kebajikan mereka terabai! 

Apa yang penting, kroni Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim boleh dapat untung besar!! 

Nurul Izzah yang selama ini lantang menentang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi, kononnya membela nasib rakyat, bila tiba kat projek mewah Datum Jelatek, tiba-tiba senyap macam syaitan bisu. Takda pun dia perjuangkan nasib 650 keluarga Melayu di situ!!

Bandingkan pula dengan pembangunan semula di Flat 4 Tingkat Kerinchi, Lembah Pantai.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di bawah YB Dato' Raja Nong Chik telah mensyaratkan kepada pemaju agar SEMUA penduduk dijamin akan mendapat rumah baru di kawasan yang mereka diami sebelum ini.

Kalau sebelum ini mereka tinggal di flat TIADA BILIK berkeluasan 380 kaki persegi, bila apartment baru mereka siap, mereka akan dapat rumah 3 bilik berkeluasan 900 kaki persegi. LEBIH 2 KALI GANDA besarnya berbanding rumah mereka sekarang.

Sepanjang pembangunan semula berlangsung, penduduk ditempatkan di rumah-rumah PPR berhampiran, jadi rutin dan tugasan harian mereka tidak terganggu. 

Nampak tak bezanya Kerajaan BN dengan Kerajaan Pakatan?

BN berusaha untuk kekalkan Melayu di dalam bandar, walaupun untung kepada pemaju akan berkurangan.

Pakatan Haprak pula beria-ia menghalau Melayu keluar bandar, semata-mata demi keuntungan untuk kroni masing-masing!

Perkara ini perlu diambil iktibar oleh semua, terutamanya penduduk Kampong Bharu.

Kerajaan Pakatan Selangor beria-ia nak campur tangan dalam pembangunan Kampong Bharu walaupun mereka sebenarnya tiada hak nak berbuat demikian. Pada masa yang sama, Kerajaan BN telahpun mengambil langkah seperti penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu untuk membantu pemilik tanah membangunkan tanah mereka.

Penduduk Kampong Bharu boleh tengok sendiri dan bandingkan model pembangunan Pakatan dengan model pembangunan BN.

Kalau penduduk Kampong Bharu ikut model pembangunan Pakatan, maknanya habislah tergadai tanah Kampong Bharu. Semua penduduk Kampong Bharu akan merempat macam pengemis dan dihalau keluar macam anjing kurap!

Kalau ikut model BN, semua penduduk akan kembali ke tempat kediaman asal dengan rumah yang jauh lebih besar dan selesa.

Sekarang aku nak tanya penduduk Kampong Bharu, mereka nak kena halau macam anjing atau nak jadi pemilik rumah sendiri di Kampong Bharu?

Tepuk dada, tanya selera.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?