Thursday, May 31, 2012

KEBEBASAN MEDIA KEPALA HOTAK KAU!! DAP PENANG HALAU WARTAWAN KELUAR SIDANG MEDIA!



Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Selama ni dah berbuih mulut pemimpin Pakatan dari PKR dan DAP melaungkan kononnya mereka memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan media, tapi bila tiba masa untuk melaksanakan apa yang mereka janjikan, habuk pun tarak!!

Semalam di Pulau Pinang, wartawan NST dan Utusan Malaysia dihalau keluar dari sidang media oleh Ong Ah Teong, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari DAP.

Adakah sidang media yang diadakan itu sulit, dengan maklumat rahsia yang hanya boleh didedahkan kepada media tertentu?

TAK!!! Sidang media itu hanya untuk memaklumkan tentang pemeriksaan kebersihan yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Pejabat Kesihatan di Batu Ferringhi.

Isy, benda biasa macam tu pun media tak boleh nak lapor?

Akhirnya, setelah didesak, Ong Ah Teong memberitahu bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengeluarkan pekeliling mengharamkan kehadiran wartawan dari NST, Utusan Malaysia dan Berita Harian dari semua sidang media.

Macam nilah rupanya kebebasan bersuara dan kebebasan media gaya Pakatan dan DAP.

Sesiapa yang berani mengkritik mereka, tak layak untuk bersuara!! Kalau puji baru boleh dapat kebebasan bersuara, baru boleh dianggap media yang bebas!!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan dan DAP?

TAKKAN NAK RAMPAS PADANG PKNS KELANA JAYA SAMPAI KENA PALSUKAN RTPJ, KHALID IBRAHIM?



Apa kecoh-kecoh ni Khalid?

Tahniah aku ucapkan kepada penduduk Kelana Jaya yang berjaya menyingkap satu lagi penyelewengan Kerajaan Pakatan Selangor!

Penyelewengan apa yang dimaksudkan? Sudah tentunya cubaan merampas padang PKNS Kelana Jaya dari rakyat Selangor!!

PKNS beria-ia mahu membangunkan kawasan tersebut menjadi sebuah kompleks perniagaan, pejabat dan kediaman berkepadatan tinggi dan menghapuskan padang yang selama ini menjadi tumpuan penduduk kawasan Kelana Jaya untuk beriadah. Sudahlah kawasan rekreasi sedia ada dirampas, kesesakan lalulintas dan pencemaran akan turut memuncak sekiranya pembangunan tersebut dibenarkan.



Apa alasan yang diguna oleh Khalid Ibrahim dan kroni-kroninya di Kerajaan Pakatan Selangor untuk menghalalkan rampasan tanah ini?

Kononnya Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) telah lama mewartakan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan komersial dan bukannya kawasan rekreasi. Sebagai menyokong dakwaan mereka, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengemukakan salinan RTPJ berkenaan yang menunjukkan bahawa kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan komersial.

Malangnya penduduk lebih bijak dari Khalid. Mereka telah menyemak salinan asal RTPJ tersebut dan mendapati bahawa selama ini padang PKNS memang telah diwartakan sebagai kawasan rekreasi!! Salinan RTPJ yang dikemukakan oleh MBPJ adalah salinan palsu yang telah dipinda!!

Kantoi lagi Kerajaan Pakatan Selangor! Begini rupanya perangai mereka. Sanggup memalsu dan meminda dokumen asal semata-mata untuk mengenyangkan kroni!

Lepas dah kantoi, Khalid cuba pula untuk menggunakan cara lain bagi merampas padang PKNS. Apa helah Khalid kali ini? Aku petik ulasan Khalid dari akhbar Sinar Harian.

“Kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan Jawatankuasa Bebas untuk menentukan sama ada pembangunan di padang PKNS Kelana Jaya perlu diteruskan atau tidak.”

Eh, apa perlunya diwujudkan Jawatankuasa Bebas? Pembangunan yang dicadangkan tu dah jelas melanggar undang-undang! Penduduk pun dah lama bantah cadangan rampasan tanah ni! Apa lagi yang hendak diputuskan? Batalkan sahaja hasrat kau mahu merampas padang PKNS Kelana Jaya, Khalid!!

Ini tak lain tak bukan, helah untuk menghalalkan rampasan tanah tersebut. Aku yakin, kalau diwujudkan Jawatankuasa Bebas tersebut, ianya akan memutuskan bahawa pembangunan perlu diteruskan kononnya demi kepentingan umum.

Penduduk Kelana Jaya, jangan dok rileks lagi!! Tentang habis-habisan helah Khalid untuk menubuhkan Jawatankuasa Bebas ini!

SELAMATKAN PADANG RAKYAT KELANA JAYA!

Apa kecoh-kecoh ni Khalid?

Wednesday, May 30, 2012

HOT! BUKTI NURUL IZZAH SENGAJA CETUS KEKACAUAN DI PANTAI PERMAI!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Beberapa hari lepas, aku terbaca dalam Star laporan mengenai kekecohan semasa ceramah UMNO dan PKR di Pantai Permai.
Part yang paling menarik pada aku, ialah kenyataan ini.

Lembah Pantai Umno division committee member Mazlan Maulud said Umno had long planned its ceramah and that PKR refused to budge from holding it on the same date.
“So who actually is responsible for the provocation?” Mazlan asked.

AJK UMNO Bahagian Lembah Pantai, Mazlan Maulud, memaklumkan bahawa UMNO telah lama merancang ceramah tersebut tetapi PKR sengaja memilih tarikh dan lokasi yang sama untuk menganjurkan ceramah mereka, serta enggan menukar tarikh tersebut.
“Jadi siapa sebenarnya yang bertanggungjawab mencetuskan provokasi”, soal Mazlan.

Ini sebenarnya soalan yang menarik.

UMNO dah lama merancang penganjuran ceramah berkenaan. Aku pasti Nurul pun dah tahu mengenai perancangan ceramah berkenaan kerana penganjuran ceramah tersebut sudah pastinya telah diwar-warkan kepada orang ramai.

Jadi, soalan pertama aku: Mengapa Nurul sengaja memilih TARIKH yang sama untuk menganjurkan ceramah PKR?

Soalan kedua aku: Mengapa Nurul sengaja memilih WAKTU yang sama untuk menganjurkan ceramah PKR?


Soalan ketiga aku: Mengapa Nurul sengaja memilih LOKASI yang sama untuk menganjurkan ceramah PKR?

Tidakkah dia tahu, dengan keadaan ceramah yang hangat, dan penyokong kedua-dua belah pihak hanya diasingkan dengan jarak beberapa meter sahaja, kemungkinan untuk berlakunya kekecohan amat tinggi?

Takkanlah Nurul bodoh sangat sampai benda macam tu pun dia tak boleh nak faham?

Maka kesimpulannya mudah sahaja.

Nurul memang sengaja memilih tarikh, waktu dan lokasi yang sama dengan ceramah UMNO untuk menganjurkan ceramah PKR kerana dia memang mahu menyaksikan kekecohan di Lembah Pantai!!

Bila orang UMNO tak layan provokasinya, dia pun kerah kuncu-kuncunya untuk mengganas dan baling botol serta batu.

Peduli apa kalau orang PKR sendiri kena. Peduli apa kalau orang tua, perempuan dan kanak-kanak cedera. Peduli apa kalau keadaan jadi kacau-bilau.

Yang penting, agendanya untuk cetuskan kekacauan tercapai!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

NIZAR HINA SULTAN, FREE2 KENA BELASAH DENGAN TMJ

Apa kecoh-kecoh ni Nizar?

Aku hairan betul la tengok perangai si Nizar ni. Macam ni ke perangai bekas Menteri Besar dan pemimpin besar PAS?

Selamba je si Nizar hina Sultan Johor, kononnya membazir duit rakyat beli no plat kereta WWW1. Nizar kata, duit tu lebih baik bagi kat orang miskin dan buat rumah PPRT.



Demi menjaga nama baik bapanya, Sultan Johor, Tengku Mahkota Johor telah keluarkan kenyataan ini.


Ambik kau Nizar!

Hei Nizar, duit beli no plat tu duit dari kekayaan peribadi Sultan sendiri lah! Takda satu sen pun duit rakyat terlibat. Semua elaun yang diterima kerabat dari Kerajaan dimasukkan dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim untuk bantu rakyat Johor. Sumbangan ni pun bukan benda baru, malah dari zaman Almarhum Sultan Ibrahim lagi!!

Maknanya, sejak dari zaman Almarhum Sultan Ibrahim, dah berjuta-juta ringgit disumbangkan oleh kerabat Johor untuk membantu rakyat miskin Johor. Dah beribu-ribu rakyat miskin Johor dibantu oleh kerabat Johor sejak dari dulu lagi.

Itulah Nizar, lain kali sebelum nak buat tuduhan, semak dulu fakta sebenar. Jangan pakai tuduh je. Macam ni ke akhlak pemimpin PAS?

Satu perkara yang kau lupa Nizar, apabila Sultan Johor beli no plat WWW1 ni, maka duit tu akan masuk tabung Kerajaan yang seterusnya akan membantu rakyat miskin di seluruh negara. Jadi, sebenarnya lagi mahal no plat yang dapat dijual Kerajaan, maka lebih banyaklah rakyat miskin akan dapat dibantu!

Perkara mudah macam tu pun kau tak boleh nak fikir ke Nizar?

Apa kecoh-kecoh ni Nizar?

Tuesday, May 29, 2012

ANWAR & NURUL IZZAH GUNA SKRIP BASI DI LEMBAH PANTAI


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Aku respek betul sama Dato’ Raja Nong Chik. Dalam suasana tegang apabila Nurul Izzah mendakwa UMNO mencetuskan keganasan semasa ceramah di Pantai Permai, Dato’ Raja Nong Chik dengan tenang menjawab semua persoalan.

Apa kenyataan dari Dato’ Raja Nong Chik?

“Biar polis siasat kejadian ini. Jika ahli PKR yang cetuskan kekacauan, biar polis ambil tindakan. Jika ahli UMNO yang cetuskan kekacauan, biar polis ambil tindakan.”

Inilah jawapan orang yang matang. Bandingkan kenyataan beliau dengan kenyataan Nurul Izzah yang berbuih mulut menuduh kononnya ahli UMNO yang cetuskan kekacauan, tapi satu bukti sahih pun takda. Memang betul ada penyokong PKR yang cedera, tapi penyokong UMNO pun ada yang cedera.


Adik Saiful Bukhari yang menjadi mangsa keganasan kuncu-kuncu Nurul. TUJUH jahitan menghiasi kepala adik Saiful Bukhari.

Dia kata ada bukti video, tapi bila dikemukakan, video tu cuma menunjukkan ada orang cedera tapi tak pula ditunjukkan siapa yang membaling batu tersebut. Habis tu, kalau tak nampak orang yang baling, macam mana kau boleh tuduh ahli UMNO yang buat? Enath-entah, orang PKR yang baling sendiri untuk cetuskan provokasi!

Aku tak hairan kalau ni semua skrip lakonan Anwar dan Nurul untuk tagih simpati. Mereka cetus provokasi, lepas tu mereka tuduh orang lain yang cetuskan kekacauan.

Pelbagai keganasan semasa Bersih

Semasa Bersih 3.0 baru-baru ni, orang mereka yang rempuh halangan, maki polis, baling botol air dan memukul polis serta orang ramai. Lepas tu mereka dakwa polis ganas.

Tian Chua merempuh polis sebelum sebarang tindakan diambil.

Semasa Bersih 2.0, Tian Chua yang rempuh polis dulu sebelum sebarang gas pemedih mata dilepaskan. Lepas tu dia dakwa polis ganas.

Samseng India yang dibawa Nurul ke Kg Kerinchi

Samseng Cina yang dibawa Nurul ke Kg Kerinchi

Semasa pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi yang penduduknya 100% Melayu, Nurul bawa samseng Cina, samseng India dan orang luar seperti Adam Adli untuk cetuskan kekacauan. Lepas tu dia tuduh penduduk ganas.

Dan terkini, skrip sama diulang di Pantai Permai.

Malangnya Nurul, ada saksi yang nampak kekacauan dicetuskan oleh kuncu-kuncu Nurul.

Boleh baca sendiri Tweet dari saksi-saksi di tempat kejadian. 

Kuncu-kuncu Nurul baling batu, baling botol sehingga ramai cedera. Perempuan pun mereka jadikan sasaran!





Kantoi lagi Nurul!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

UNISEL, KUIS DAN KUIN ADALAH KOLEJ MILIK KRONI UMNO?



Apa kecoh-kecoh ni Dzulkefly Ahmad?

Aduiii… Tak habis-habis si Dzulkefly Ahmad ni buat kenyataan-kenyataan bodoh. Sebelum ni dia cakap PAS takda masalah nak lantik bukan Islam jadi Timbalan Presiden PAS. Satu kenyataan bodoh yang kemudiannya dibantai oleh ahli-ahli PAS lain.

Sekarang dia buat satu lagi kenyataan bodoh.

Apa kenyataan bodoh Dzulkefly Ahmad ni?

“PTPTN adalah cara kolej kroni UMNO cari makan.”

Wow… UNISEL dan KUIS kat Selangor tu bawah Kerajaan Pakatan Selangor. Tu pun kroni UMNO juga ke?

KUIN kat Kedah bawah Kerajaan Pakatan Kedah. Tu pun kroni UMNO juga ke?

Kalau betul-betul Pakatan menentang PTPTN dan mahukan pendidikan percuma, berilah pendidikan percuma di semua institusi pengajian tinggi milik Kerajaan negeri.

Tapi aku yakin Pakatan takkan mampu buat tu semua. Janji nak bagi duit kat budak tadika pun tak tertunai, inikan pulak nak bagi pendidikan percuma di peringkat universiti!

Ini bukti lidah bercabang Pakatan – dalam dia kecoh-kecoh nak hapuskan PTPTN, UNISEL milik Kerajaan Selangor suruh pelajarnya mohon pinjaman PTPTN..



Ini memang betul-betul hipokrit!

Apa kecoh-kecoh ni Dzulkefly Ahmad?

Saturday, May 26, 2012

FAHMI FADZIL KANTOI LAGI DI LEMBAH PANTAI!

Apa kecoh-kecoh ni Fahmi Fadzil?

Aku memang dah lama tahu, Setiausaha Politik Nurul Izzah, si Fahmi Fadzil ni penipu. Dulu dia pernah kena hukum sebab menyiarkan fitnah menerusi Twitter. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca di sini.

Sekarang ni blogger Joe Pisang telah buktikan sekali lagi bahawa tabiat menipu ni memang tak boleh dipisahkan dari Fahmi Fadzil.

Semasa di Pantai Permai, dia kata dikepung oleh 50 orang. Sebenarnya cuma ada 4,5 orang yang nak suruh dia belah. 

Dalam Twitter pun dia kantoi. Mula-mula kata dikepung, lepas tu tukar jadi 'percubaan mengepung' pula!


Fahmi oh Fahmi!

Apa kecoh-kecoh ni Fahmi Fadzil?

Friday, May 25, 2012

SAMSENG PKR MENGGANAS DI LEMBAH PANTAI


Apa kecoh-kecoh ni Anwar dan Nurul?

Nampak gayanya, budaya keganasan jalanan dah menular dalam PKR. Tak cukup dengan keganasan semasa perhimpunan Bersih, kini ceramah UMNO turut menjadi sasaran!!

Kelmarin Nurul Izzah dan pasangannya Tian Chua, bawa Anwar untuk berceramah di Pantai Permai. Ceramah ini diadakan bersebelahan dengan ceramah Ummi Hafilda. Tengah syok-syok layan ceramah Ummi Hafilda, tiba-tiba dengar budak menjerit, "Adoi!!" 

Sekali toleh sebelah, tengok ada budak sebelah dah tumbang. Darah membuak keluar kat kepala. Sekali tengok rupa-rupanya batu terbang menghujani khemah UMNO. Kelam-kabut semua orang! Mana taknya, orang datang nak dengar ceramah, bukan datang nak kena baling batu!

Rupa-rupanya ada samseng PKR baling batu kat khemah ceramah Ummi Hafilda! 

Pada masa yang sama, untuk cover line, mereka turut baling batu kat khemah ceramah Anwar! Macam dah ada signal awal, Anwar terus menjerit, "Pemuda UMNO sial!! Pemuda UMNO celaka!!" Nampak sangat Anwar nak cetuskan satu lagi kekacauan seperti di perhimpunan Bersih.

Mengapa samseng PKR baling batu kat khemah UMNO?

Tak lain tak bukan, nak cetuskan kekacauan. Begitulah taktik mereka semasa perhimpunan Bersih. Mereka cuba provoke polis dengan makian dan balingan botol. Di Lembah Pantai, mereka cuba provoke dengan balingan batu pula! Kalau Pemuda UMNO bertindak balas kepada provokasi itu, sudah pastinya Anwar dan Nurul Izzah akan cuba berlakon sebagai mangsa, padahal kejadian itu dicetuskan mereka sendiri!

Tengok adik ni, kepala berdarah kena batu, sampai kena 7 jahitan!



Baca pula kenyataan saksi-saksi di tempat kejadian.



Sekarang jelas, siapa yang cetuskan kekacauan. 

Eh Anwar dan Nurul, tolong jangan amalkan budaya keganasan di Lembah Pantai. Janganlah kerana kepentingan politik, kau sanggup semai bibit-bibit perpecahan di kalangan Melayu!

Apa kecoh-kecoh ni Anwar dan Nurul?

p/s: Insiden ini turut diulas di blog Joe Pisang.

Wednesday, May 23, 2012

KRONI – ANTARA NIK AZIZ DAN RAJA NONG CHIK



Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Amboi, seronok sakan aku tengok geng-geng pembangkang baru-baru ni. Mana taknya, diorang teruja kononnya dapat bukti Dato’ Raja Nong Chik amalkan budaya kroni!!

Antara yang seronok mainkan isu ni adalah Harakah dan Suara Keadilan.

Eh, apa maksudnya budaya kroni?

Maksudnya begini.. Dato’ Raja Nong Chik kononnya bagi kontrak Kementerian Belia dan Sukan kat syarikat anaknya, Istijuara Sdn Bhd!!

Eh, dahsyat tu!!

Tunggu jap. Dato’ Raja Nong Chik kan Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, apa kena mengena dengan Kementerian Belia dan Sukan?

Itulah.. Bila aku baca fitnah tu pun aku dah rasa nak tergelak. Tambah lagi nak tergelak bila dapat tahu sebenarnya Istijuara Sdn Bhd dapat tawaran kontrak KBS tu pada tahun 2006. Pada masa tu Dato’ Raja Nong Chik belum jadi Menteri pun!!

Sudahlah Kementerian yang dikaitkan takda kena mengena dengan Dato’ Raja Nong Chik, tarikh kejadian pun jauh tersasar!! Nampak sangat pembangkang sengaja buat fitnah tanpa asas yang kukuh. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.

Sekarang cuba kita bandingkan kes ni dengan kes Nik Aziz.

Pada tahun 2009, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman, menantu Nik Aziz dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Perbadanan ni bawah kawalan siapa? Sudah tentulah Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan!

Eh, ini jelas ada ‘conflict of interest’! Mana boleh kau bagi jawatan besar macam ni pada menantu sendiri!! Habislah semua kontrak besar dikawal oleh keluarga kau je.

Yang ni ada tak Harakah dan Suara Keadilan buat kecoh? Takda pun… Padahal yang ni memang jelas nampak amalan kroni!

Macam mana pula dengan pelantikan anak Nik Aziz, Nik Mohd. Abduh, sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Pengarah Binaraya PKINK Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)?

MPKB ni bawah kuasa Nik Aziz. Macam mana dia boleh selamba lantik anak sendiri sebagai Ahli Majlis? Bayangkanlah kalau Dato’ Raja Nong Chik lantik anak sendiri jadi Ahli Lembaga Penasihat DBKL, confirm pembangkang akan melolong macam anjing menyalak bukit, “KRONIIIIIII!!! KRONIIIIII!!! KRONIIII!!!”.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pun syarikat bawah Nik Aziz juga. Selamba je Nik Aziz letak anak dia jadi Pengarah syarikat.

Harakah dan Suara Keadilan pun dok senyap je, seolah-olah perlantikan ni perkara biasa. Mungkin ini perkara biasa bagi PAS, PKR dan DAP, tapi luar biasa bagi orang ramai!!

Nik Aziz selamba je salahguna kuasa, tapi geng Pakatan buat tak tahu je. Tapi bila ada kes yang kononnya libatkan Dato’ Raja Nong Chik, pantas diorang melalak, padahal apa yang disebarkan cuma fitnah semata-mata!!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Tuesday, May 22, 2012

SKANDAL SEKS NURUL IZZAH DAN TIAN CHUA - SENJATA RPK MAKAN TUAN!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah & RPK?

Memang kelakar tengok telatah Nurul Izzah & RPK ni.

Kalau kawan-kawan masih ingat, sebelum ini Nurul Izzah kerah RPK untuk serang Raja Nong Chik.


Bila Nurul tengok serangan pertama RPK tak berkesan, dia pun terus meroyan kat RPK, minta RPK buat serangan baru.

Dalam keadaan terdesak, RPK pun buat serangan, yang pada aku, memang betul-betul lawak.

Apa fitnah RPK kali ini?

RPK buat tuduhan kononnya Dato' Raja Nong Chik mengancam untuk menyebarkan gambar dan video skandal seks Nurul Izzah dan Tian Chua. Kononnya dengan menuduh Dato' Raja Nong Chik, orang akan semakin benci kepada Dato' Raja Nong Chik dan merasa simpati kepada Nurul Izzah.

Malangnya, RPK cuma buat tuduhan kosong, tanpa sebarang bukti. 

Ada sebarang rakaman suara? TAKDA.

Ada sebarang rakaman video? TAKDA.

Ada saksi? TAKDA.

Ada dokumen? TAKDA. 

Eh RPK, kalau setakat cakap kosong pakai air liur basi, orang gila tepi jalan pun boleh buat lah, tak payah dok kat England tulis dalam blog!

Yang paling lawaknya, cerita skandal seks Nurul Izzah dan Tian Chua ni, sebenarnya berpunca dari RPK sendiri!!

Eh, macam mana pula cerita skandal seks Nurul dan Tian Chua ni berpunca dari RPK?

Kawan-kawan ingat tak, sebelum ni RPK buat pendedahan bahawa Tian Chua ada skandal seks dengan anak seorang pemimpin pembangkang Melayu. Hubungan sulit mereka berlarutan sehingga wanita itu hamil dan terpaksa menggugurkan kandungannya.


Dahsyat kat pendedahan tu?

Tapi, bila RPK buat pendedahan tu, dia langsung tak namakan anak pemimpin pembangkang Melayu tu. Jadi, sudah tentu orang ramai akan cuba mencari siapakah anak pemimpin pembangkang Melayu yang dimaksudkan RPK.

Apakah agaknya ciri-ciri wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan Tian Chua?

Sudah tentunya dia kerap menghabiskan masa bersama Tian Chua. Siapa agaknya anak pemimpin pembangkang Melayu yang sering menghabiskan masa bersama Tian Chua ya?

 












Bila melihat betapa Nurul Izzah sering mendampingi Tian Chua, aku tak hairan bila ramai orang membuat andaian bahawa dialah anak pemimpin pembangkang Melayu yang dimaksudkan oleh RPK. 

Sebenarnya RPK lah punca Nurul Izzah dan Tian Chua dikatakan mempunyai hubungan sulit!

Jadi, mengapa RPK cuba menyalahkan Dato' Raja Nong Chik sedangkan semua tuduhan ini berpunca dari RPK sendiri?

RPK, aku nak bagi nasihat sikit kat kau.

Kalau kau nak tamatkan semua spekulasi dan membersihkan nama Nurul Izzah, senang je.

Kau dedahkan nama anak pemimpin pembangkang Melayu yang mempunyai hubungan sulit dengan Tian Chua!

Macam mana? Ada berani?

Kalau kau terus berdiam diri dan tak berani mendedahkan nama wanita yang dimaksudkan, maka selama itulah Nurul Izzah akan terus dikaitkan dengan skandal seks Tian Chua!

Dan kegagalan kau menamakan wanita itu akan tambah mengukuhkan spekulasi bahawa memang Nurul Izzah lah anak pemimpin pembangkang Melayu yang dimaksudkan!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul dan RPK?

PARTHIBAN BONGKAR PEKUNG NURUL DI LEMBAH PANTAI


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Semalam ada ceramah TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) di Lembah Pantai…

Part yang tibai Anwar tu aku rasa tak payah ceritalah, sebab semua orang dah tahu.

Tapi part yang mengejutkan adalah kehadiran bekas orang kuat Nurul, M Parthiban. Punyalah takut orang PKR bila tahu Parthiban akan berucap di ceramah TIBAI, ada orang hantar sms ugutan bunuh kepada Parthiban, mengancam beliau sekiranya dia meneruskan niat untuk memberi ceramah.

Siapa M. Parthiban ni sampai Nurul begitu gerun tentang pendedahan beliau?

Dia adalah Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat PKR Lembah Pantai. Semua aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan PKR Lembah Pantai diuruskan oleh Parthiban.

Bukan calang-calang orang si Parthiban ni. Dia dah menjadi ahli PKR selama 12 tahun, kira dah otai la tu. Tetapi lepas menang PRU, dia keluar PKR.

Eh, hairan juga kan? Biasanya lepas kalah orang akan keluar parti, yang ni dah menang pun nak keluar parti juga? Mesti ada sebab yang kukuh dia meninggalkan Nurul dan PKR.

Apa punca Parthiban meninggalkan Nurul dan PKR?

Bekas Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat PKR Lembah Pantai itu berkata apa yang digambarkan oleh PKR mengenai Nurul Izzah kononnya bekerja di atas dasar telus dan bersih adalah pembohongan semata-mata.

"Saya tidak sanggup bekerja lagi dengan manusia yang bermuka-muka sepertinya dan telah meletakkan jawatan. Beliau tidak pernah menjalankan kewajipan sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai.

"Beliau memang tidak gemar bertemu masyarakat apatah lagi melawat orang uzur, sakit atau ditimpa kematian di Lembah Pantai. Perkataan yang selalu digunakannya adalah I'm rushing, I'm rushing. Anda boleh bertanyakan kepada wartawan jika tidak mempercayai kata-kata saya," tegas M. Parthiban di hadapan lebih 2000 hadirin.

"Saya telah menjalankan tugas sebagai pengarah kebajikan dan kemasayarakatan di seluruh Lembah Pantai untuknya. Segala masalah penduduk telah saya unjurkan kepada beliau melalui email.

"Yang mendukacitakan, apabila beliau (Nurul Izzah) berjumpa wartawan, mulalah dia berlakon untuk mendapatkan populariti seolah-olah turun padang dan mendapatkan semua maklumat dari penduduk. Sebenarnya, Nurul Izzah hanya tahu menyelit di celah-celah aktiviti yang diusahakan oleh saya.

"Saya boleh cabar dan bertanya kepadanya kerana beliau memang tidak tahu di mana Lorong Asrama, di mana lokasi-lokasi lain di sini," kata M. Parthiban.


Aku memang tak hairan bila mendengar pendedahan Parthiban ni kerana dari awal lagi kita memang dah tahu, si Nurul ni memang tak pernah buat kerja. Dia cuma tahu BSF je.

Eh, apa dia BSF tu?

BSF ialah BANGKANG, SPIN, FITNAH. Memang itu je lah kerjanya..

Dia lebih arif dengan jalan-jalan di England, Amerika Syarikat, Australia, Turki, Singapura dan Indonesia dari kawasan Lembah Pantai. Maklumlah, dia kan kerap makan angin di luar negeri sambil memburuk-burukkan negara. Malahan Nurul datang ke Lembah Pantai pun pernah sesat beberapa kali.

Tak percaya? Boleh baca di sini:


dan 


Macam ni ke pemimpin yang penduduk Lembah Pantai nak?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Monday, May 21, 2012

RAJA NONG CHIK GUNA PENGARUH DALAM UMNO UNTUK BAGI KONTRAK KEPADA ANAK SENDIRI?



Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Sekarang ni kan pihak pembangkang tengah kecoh kononnya Dato’ Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, bagi kontrak pada syarikat anaknya sendiri, Istijuara Sdn Bhd.

Walaupun kontrak itu dari Kementerian Belia dan Sukan dan diberi semasa Dato’ Raja Nong Chik belum menjadi Menteri, ada orang tanya, mungkinkah Dato’ Raja Nong Chik menggunakan pengaruhnya dalam UMNO untuk mempengaruhi KBS memberi kontrak tersebut kepada syarikat anaknya?

Kontrak tersebut diberi oleh KBS kepada Istijuara pada tahun 2006. Pada masa itu, ada sesiapa tak yang kenal Dato’ Raja Nong Chik? Aku rasa ramai yang tak kenal. Hatta, orang dalam UMNO sendiri pun ramai yang tak kenal siapa Dato’ Raja Nong Chik.

Mengapa? Sebab Dato’ Raja Nong Chik tak pegang jawatan-jawatan besar dalam UMNO pada masa itu. Pada tahun 2006, Dato’ Raja Nong Chik cuma jadi Ketua Cawangan.

Kawan-kawan tahu tak ada berapa Cawangan UMNO di seluruh negara?

Ada lebih 20,000 Cawangan! Maksudnya, Dato’ Raja Nong Chik cuma salah seorang dari lebih 20,000 Ketua Cawangan UMNO di seluruh negara.

Kalau setakat Ketua Cawangan UMNO, hantar surat sokongan minta kerja kosong pun aku yakin KBS tak layan, inikan pula nak mohon kontrak Kerajaan!

Tapi itu sebenarnya bukan fakta utama isu ini.

APA FAKTA UTAMANYA?

FAKTA UTAMANYA IALAH, PADA TAHUN 2006, KETIKA SYARIKAT ISTIJUARA SDN BHD MENERIMA KONTRAK KBS TERSEBUT, SYARIKAT TERSEBUT TIDAK DIMILIKI OLEH DATO’ RAJA NONG CHIK.

Syarikat tersebut hanya dibeli oleh Dato’ Raja Nong Chik pada tahun 2007 sebelum beliau menjadi Menteri pada tahun 2009.

SEKIRANYA DATO’ RAJA NONG CHIK MEMPUNYAI PENGARUH KE ATAS KBS, BUKANKAH LEBIH LOGIK UNTUK BELIAU MEMINTA KBS TERUS MEMBERI KONTRAK ITU KEPADA SYARIKAT MILIK BELIAU?

MENGAPA KONTRAK ITU SYARIKAT ISTIJUARA YANG DAPAT, SEDANGKAN IANYA BUKAN MILIK DATO’ RAJA NONG CHIK?

Kesimpulannya, Dato’ Raja Nong Chik memang tak dapat mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Nampak sangat Pakatan dah takda modal, benda macam ni pun nak dijadikan bahan fitnah.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

p/s: Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kronologi isu Istijuara, boleh baca di sini.