Sunday, April 29, 2012

HOT!! BUKTI ANWAR ARAH AZMIN CETUS REMPUHAN DI DATARAN MERDEKA!


Apa kecoh-kecoh ni Anwar dan Azmin?

Ni dia bukti baekkkk punya... Punca rempuhan dan rusuhan di Dataran Merdeka.

Anwar bagi signal baik punya pada Azmin, Azmin pun terus ajak geng Bersih untuk rempuh dan merusuh...


video



Laporan tambahan ni pula aku ambil dari portal pro-pembangkang: Malaysian Insider.

"In the very first few seconds of the 19-minute video, Opposition Leader Anwar, who is standing on top of a truck, is seen making a rolling gesture with both hands in Azmin’s direction before the camera pans to the Gombak MP.
Azmin, who is standing on top of the barricade with his back towards the square, jerks his thumb over his shoulder and nods back in Anwar’s direction while an Indian male in a yellow T-shirt also makes the same gesture towards the PKR de facto leader.
The Selangor PKR chief then looks over his shoulder towards the man, who some on Twitter say is a PKR member from Negri Sembilan, who in turn points at Azmin and nods back.
A few members of the crowd of 15,000, who were sandwiched between the square and Kuala Lumpur City Hall (DBKL), begin chanting “masuk, masuk (enter, enter)” and the Indian man pushes the metal gate aside, allowing the crowd to burst through."

"Dalam beberapa saat pertama video tersebut, Anwar yang berdiri di atas sebuah trak, dilihat membuat isyarat dengan kedua-dua tangan ke arah Azmin.

Azmin, yang sedang berdiri di atas benteng itu dengan belakang beliau ke arah Dataran, menggerakkan ibu jarinya menunjuk ke arah Dataran dan mengangguk kembali ke arah Anwar manakala seorang lelaki India berbaju T kuning juga membuat isyarat yang sama ke arah pemimpin PKR tersebut.

Azmin kemudiannya memandang ke arah lelaki India itu, yang menurut beberapa pengguna Twitter adalah ahli PKR dari Negeri Sembilan, yang kemudiannya menunjuk kembali ke arah Azmain dan mengangguk.

Peserta perhimpunan mula melaungkan “Masuk! Masuk!” dan lelaki India itu terus membuka halangan, membolehkan orang ramai meluru masuk ke Dataran Merdeka”


Kawan-kawan, ni laporan dari portal pro-pembangkang yaaa, jadi jangan nak bukak cerita kononnya media massa sengaja cipta cerita palsu!!

Aku salute sama kau Anwar Ibrahim. Kau memang cukup hebat dalam bab cetuskan kekacauan!!

Apa kecoh-kecoh ni Anwar dan Azmin?

Friday, April 27, 2012

DUDUK BANTAH BERTUKAR MENJADI REMPUH BANTAH!

Apa kecoh-kecoh ni PAS dan Bersih?

Aku sebenarnya dari awal lagi tak percaya bila mereka kata Bersih ni adalah perhimpunan aman..

Setakat ni kita dah tengoh perusuh ni pukul bas polis, halang kereta polis dan maki polis "ANJING!!!".

Sekarang ni mereka dah mula bertindak lebih kasar dengan merempuh polis. Ni kerja sapa ni? Tak lain tak bukan Unit Amal PAS.. 


Haiii.... Kononnya perhimpunan DUDUK BANTAH. Sejak bila tukar jadi REMPUH BANTAH?

Apa kecoh-kecoh ni PAS dan Bersih?

MAT SABU DOK KAT MASJID NEGARA DGN GENG SELUAR PENDEK?

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?

Aku tahulah PAS dah gugurkan perjuangan negara Islam, tapi takkanlah adab di masjid pun kau dah tak peduli?

Tengok gambar ni kawan-kawan...


Mat Sabu tengah dok bersila kat Masjid Negara. Sebelah dia ada mamat pakai seluar pendek, nampak lutut = buka aurat.

Hai Mat Sabu, aku tahulah perhimpunan Bersih ni pemimpinnya kepala LGBT Seksualiti Merdeka, tapi takkan kau sebagai pemimpin kanan PAS tak boleh tegur geng sendiri bila dia langgar hukum Islam? Yang geng PAS lain penuh dok keliling, siap pakai kopiah, takkan sorang pun tak berani tegur?

Kuat betul aura Ambiga ni ya? Sampai terdiam Mat Sabu dibuatnya!! 

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?

PESERTA BERSIH MAKI POLIS, "ANJING"!!

Apa kecoh-kecoh ni Ambiga & Bersih?

Hai... Dulu kata Bersih ni perhimpunan aman, sekarang cuba tengok tingkah laku peserta perhimpunan ni...



Halang bas polis dan pukul badan bas..

Halang kereta polis dan bergemalah makian "ANJING! ANJING! ANJING!" terhadap po.lis yang bertugas

Macam ni rupa perhimpunan aman?

Sekarang ni jelas siapa yang cuba buat provokasi...

Apa kecoh-kecoh ni Ambiga & Bersih?

Thursday, April 26, 2012

AMBIGA MENGAKU PENGIKUTNYA BANGANG, BAHLOL DAN TOLOL!!




Apa kecoh-kecoh ni Ambiga?

Selama ni aku memang anggap Ambiga dan penganjur perhimpunan Bersih ni sebagai orang yang sengaja mencetuskan kekacauan. Tapi aku tak sangka pulak Ambiga sendiri mengaku pengikutnya bangang, bahlol dan tolol!

Ambiga hantar surat permohonan kepada DBKL untuk gunakan Dataran Merdeka pada 19 April, seminggu sebelum tarikh perhimpunan. DBKL jawab pada HARI YANG SAMA juga, iaitu 19 April.

Selain itu, DBKL juga turut cadangkan lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, Stadium Titiwangsa dan Stadium Cheras. 

19 April hingga 28 April tu lebih kurang seminggu, takkan tak cukup masa nak maklumkan tentang perubahan lokasi?

Oh, apa kau cakap Ambiga?

Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk Ambiga berkata pihaknya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengubah lokasi perhimpuan ke Stadium Merdeka sepertimana yang dicadangkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

”Kami menghadapi masalah dengan masa. Kami tidak boleh menukar lokasi. Kami percaya kalau kami tukar tempatnya sekarang, ia akan mengelirukan rakyat, sama ada berkumpul di Dataran Merdeka atau di Stadium Merdeka,” katanya selepas pertemuan dengan Ahmad Fuad.

Kawan-kawan, cuba bayangkan kalau tajuk utama ini keluar akhbar dan tv.

LOKASI PERHIMPUNAN BERSIH DIUBAH DARI DATARAN MERDEKA KE STADIUM MERDEKA


Agak-agaknya lepas baca ayat tu, berapa lama masa yang kita akan ambil untuk faham bahawa lokasi perhimpunan dah diubah? 

Ada sampai sejam menelaah ayat tu, baru kita faham ke? Ada sampai sehari nak kaji ayat tu, baru kita faham ke? Ada sampai seminggu nak analisa ayat tu, baru kita faham ke?

TAAAK!!

Aku rasa kalau budak sekolah rendah Darjah Satu pun, sekali baca je dah faham.

Jadi bila Ambiga buat kenyataan bahawa pengikutnya perlukan masa yang begitu lama untuk faham bahawa lokasi perhimpunan telah diubah, apa kesimpulan yang dapat kita buat?

PENGIKUT AMBIGA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN BERSIH NI SEMUANYA BANGANG, BAHLOL DAN TOLOL!!

Ayat mudah macam tu pun kena ambil masa lebih seminggu baru nak faham!!

Terima kasih Ambiga kerana mengaku bahawa pengikut-pengikut kau lebih lembap dari budak Darjah Satu... Itulah sebabnya mereka mudah sangat dipergunakan untuk buat kekecohan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Apa kecoh-kecoh ni Ambiga?

Wednesday, April 25, 2012

BUKTI JELAS AMBIGA & BERSIH SENGAJA NAK CETUSKAN KEKACAUAN!



Apa kecoh-kecoh ni Ambiga?

Baru-baru ni, Ambiga telah buat kenyataan bahawa mereka tidak akan menukar tempat perhimpunan Bersih walaupun telah diberi beberapa alternatif oleh DBKL.

Alasannya?

“Tidak cukup masa untuk memaklumkan para peserta tentang pertukaran lokasi.”

Apa pula jawapan Datuk Bandar KL?

DBKL hanya menerima surat permohonan dari Bersih pada 19 April dan surat tersebut telah dijawab pada HARI YANG SAMA.

Selain itu, DBKL turut menawarkan beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, Stadium Cheras dan Stadium Titiwangsa.

Satu soalan aku nak tanya kau Ambiga, mengapa kau hantar permohonan untuk guna Dataran Merdeka HANYA PADA 19 April? Perhimpunan nak buat pada 28 April, tapi seminggu sebelum tarikh perhimpunan baru kau hantar surat permohonan?

Kalau orang buat kenduri kahwin pun, setahun lebih awal dah hantar surat permohonan untuk tempah dewan tau!! Tu untuk majlis seribu orang jer..

Bersih ni kononnya perhimpunan untuk beratus ribu orang, tapi kau hantar surat permohonan seminggu sebelum majlis je?

Nampak sangat hantar permohonan tu pun tak ikhlas. Bagai melepas batuk di tangga je.

Satu lagi isu aku nak bangkitkan..  DBKL dapat surat permohonan pada 19 April dan terus DIJAWAB PADA HARI YANG SAMA!!

Kalau dah dapat jawapan pada 19 April, mustahil Ambiga tak sempat untuk tukar lokasi!!

Ambiga oh Ambiga…

Tak cukup masa nak tukar lokasi? Kita bukan tinggal kat zaman batu, Ambiga oiii.. Kalau dok zaman batu, mungkin logik kalau bagi alasan tak dapat tukar lokasi sebab tak sempat nak maklumkan peserta.

Tapi kita sekarang tinggal di zaman sains dan teknologi. Kita dah ada telefon bimbit, ada IPAd, ada laptop…

Kalau nak tukar lokasi, hantarlah e-mel dan SMS. Kalau nak war-warkan menerusi Facebook, Twitter dan laman web sosial lain pun boleh sangat. Lepas tu, war-warkanlah dalam media juga. Portal pro-pembangkang kan banyak? Aku yakin media massa seperti akhbar dan tv pun akan war-warkan juga pasal perubahan lokasi ni.

Lokasi alternatif yang diberi pun bukan calang-calang. Stadium besar semua tu yang sudah pastinya dapat memuatkan lebih ramai peserta dari Dataran Merdeka!!

Jadi jelaslah, kau ni sebenarnya cuma nak cetus kekacauan.. Walau apa pun alternatif yang diberi oleh Kerajaan, pilihan kau tetap merusuh di jalanan.

Macam ni ke kebebasan bersuara yang diperjuangkan Pakatan Haprak?

Apa kecoh-kecoh ni Ambiga?

Tuesday, April 24, 2012

NURUL IZZAH HINA ORANG MENINGGAL DEMI POLITIK!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Aku faham, bagi Nurul Izzah, tujuan menghalalkan cara. Untuk pegang kuasa, Nurul sanggup fitnah, sanggup bohong, sanggup khianat. Tapi bila sampai peringkat hina orang yang dah meninggal hingga menyentuh perasaan keluarga mereka, aku pun tak tahulah manusia jenis apa si Nurul Izzah ni.

Sebelum ni aku dah pernah cerita pasal surat palsu Nurul Izzah yang diedarkan kepada pengundi Lembah Pantai yang mendakwa mereka telah digugurkan dari daftar pemilih dan seterusnya mengajak mereka menyertai perhimpunan Bersih. Kalau nak tahu, boleh baca di sini.

Tapi bayangkanlah, apa perasaan anak kecil bila dapat surat yang ditujukan kepada ibunya yang telah meninggal dunia, mengajaknya untuk menyertai perhimpunan Bersih?

Boleh tengok video ni sendiri dan dengar luahan perasaan Abang Rafee..

video

"Anak saya datang kat saya, menggigil, bawak surat ni. Dia tanya, "Ni apa cerita ni abah?"

Bayangkanlah, mak dia dah lama meninggal, tiba-tiba dapat surat dari Nurul Izzah. Sayu ke tak bila tengok surat macam tu? Bukan surat nak ucap takziah tapi surat ajak arwah mak untuk terkinja-kinja di Dataran Merdeka!! 

Nurul asyik nak salahkan SPR kononnya tak buat kerja, tengok sekarang, siapa yang sebenarnya buat kerja?

SPR dah keluarkan nama arwah isteri Abang Rafee sebab dia dah meninggal, tapi Nurul Izzah dakwa mereka ni digugurkan secara tidak sah oleh SPR, lantas dia menghantar surat kepada semua arwah ni mengajak mereka menyertai perhimpunan Bersih. Aku yakin, ramai lagi keluarga arwah-arwah dah terima surat jahanam si Nurul Izzah ni. Aku harap, keluarga mereka pun akan turut tampil ke hadapan untuk mendedahkan kebebalan si Nurul Izzah.

Kata-kata terakhir aku serahkan balik kat Abang Rafee..

video

"Nurul, you ni bodoh sebab you anggap selama ni SPR tak buat kerja. Tapi kalau you nak aniaya pun, nak buat isu pun, pakai otaklah. Bukan buat fitnah macam ni. Orang dah mati pun you boleh kacau. What is this? Malulah!!"

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Untuk sudut lain, boleh baca blog sahabat, Berita Lembah Pantai.

NURUL IZZAH TERDESAK!! CUBA SABOTAJ PENGUNDI BN LEMBAH PANTAI!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Selama ni Nurul sering melaung-laungkan keperluan proses pengundian yang bersih, malah dia antara jaguh utama perhimpunan BERSIH yang kononnya akan membersihkan sistem pilihanraya Malaysia.

Tapi kini pekung Nurul dah terdedah. Dia kononnya memperjuangkan pemulihan sistem pilihanraya, tapi rupanya dialah pakar main taktik kotor untuk merosakkan sistem pilihanraya negara kita!!

Apa Nurul buat kali ni? Mari kita tengok..

Semalam, 23 April, Nurul telah mengedarkan surat kepada pengundi Lembah Pantai memaklumkan bahawa mereka tidak layak mengundi di Lembah Pantai.

Pengundi-pengundi yang terkejut dengan surat tersebut telah membuat semakan dengan SPR dan ternyata, mereka masih lagi pengundi di Lembah Pantai.

Ini buktinya:
Ini adalah surat dengan letterhead Pejabat Nurul Izzah yang diterima Encik Kamarudin Dali, seorang pengundi Lembah Pantai. Surat ini menyatakan dia TIDAK LAYAK mengundi di Lembah Pantai.

Tandatangan Nurul Izzah di surat tersebut.


Semakan SPR yang mengesahkan Encik Kamarudin Dali MASIH pengundi di Lembah Pantai.


Bayangkanlah, kalau yang menerima surat tu makcik tua atau pakcik tua yang buta IT. Sudah tentu akan ada yang tidak keluar mengundi kerana terpengaruh dengan surat keji dari Nurul Izzah ini.

Mengapa Nurul berbuat begini sedangkan dialah kononnya jaguh demokrasi dan sistem pilihanraya yang bersih?

Tak lain tak bukan kerana Nurul dah macam cacing kepanasan. Dia sedar, rekod buruknya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai dah terbongkar. Penduduk Lembah Pantai dah tahu Nurul Izzah cuma pandai cakap, tapi kerja memang tak buat. Dia cuma bergantung harap kepada Dato Raja Nong Chik & Kerajaan untuk buat kerja, lepas tu dia akan cuba curi kredit.

Jadi, dia cuba sabotaj pengundi Lembah Pantai. Dia ingat, kalau orang tak ramai keluar mengundi, dia ada peluang untuk menang!!

Pigidahh Nurul!! Orang dah tahu taktik buruk kau!!

Tunggulah pilihanraya nanti, orang Lembah Pantai dah siap nak terajang kau keluar kawasan ni!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

p/s: Untuk ulasan lain, boleh baca blog sahabat, berita Lembah Pantai dan Aboudiabydoo.

Sunday, April 22, 2012

PENDUDUK KERINCHI MASIH MENANTI PERMOHONAN MAAF NURUL IZZAH



Kuncu-kuncu Nurul berhimpun di luar surau

Seronoknya santai dalam surau yaa? 

Pakai kasut dalam surau, lepas tu buka, letak sebelah lutut.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Bulan lepas aku pernah bangkitkan tentang perangai biadap kuncu-kuncu Nurul yang menghina agama Islam dengan bersantai di dalam surau dengan memakai baju ketat, seluar pendek dan yang paling dahsyat, memakai kasut di dalam surau.

Penduduk Kerinchi yang aku jumpa pun rata-rata meluat tengok perangai kuncu-kuncu si Nurul ni.

Tapi masih ada di kalangan penyokong Pakatan Haprak yang cuba membela Nurul. Apa kata mereka?

“Nurul memang salah kerana biarkan anak buahnya berperangai tidak senonoh di dalam surau. Tapi ni semua kerana mereka tak faham Islam. Kalau mereka faham, mereka takkan buat macam tu.”

Ini pada aku,adalah alasan yang paling lemah pernah aku dengar.

Mereka ni orang Malaysia. Dah duduk di Malaysia berpuluh-puluh tahun. Takkan sampai sekarang masih tak tahu adab di dalam surau? Pelancong pun tahu kena tutup aurat di dalam surau. Kena buka kasut. Tapi benda asas macam tu pun kuncu-kuncu Nurul tak tahu?

Atau mungkin mereka tak peduli kerana Nurul sendiri tak ambil kisah tentang perkara ini? Maklumlah, dia ni kan Islam liberal. Hukum liwat pun Nurul kata kuno dan patut diubah. Tak percaya? Boleh baca di sini dan di sini.

Pemimpin patut didik anak buahnya. Tapi kalau pemimpin sendiri dah tak kisah pasal Islam, macam mana anak buah nak hormat Islam?

Apa pula peranan PAS dalam isu ini? Mereka kan kononnya memperjuangkan Islam? 

Mengapa tak bantu didik anak buah Nurul tentang adab di dalam masjid dan surau?

Oooooh, aku lupa. PAS dah gugurkan perjuangan negara Islamnya. Sekarang ni PKR lebih layak cerita pasal Islam dari PAS.

Buktinya?

Exco Agama Islam di Selangor adalah orang PKR.

Exco Agama Islam di Pulau Pinang adalah orang PKR.

Yang diPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang pun adalah orang PKR.

Nurul sendiri ialah orang PKR, maka sudah tentu dia lebih layak ajar anak buahnya pasal Islam dari mana-mana orang PAS.

Hasilnya? Tengoklah sendiri apa yang jadi di Kerinchi!!

Kuncu-kuncunya pakai baju ketat, seluar pendek dan kasut di dalam surau!!

Ini memang betul macam ketam ajar anak berjalan. Nurul sendiri dah senget, anak buahnya terus dah mereng nak tumbang.

Dan sehingga kini, walaupun penduduk Kerinchi dah berbuih mulut marah tentang isu ini, Nurul masih buat tak kisah.

Ada dia minta maaf atas perlakuan keji kuncu-kuncunya? TAK!!

Ada dia bagi jaminan perkara ni takkan berulang lagi? TAK!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Saturday, April 21, 2012

MENGAPA ANWAR IBRAHIM MENYOROK DALAM KAIN NURUL IZZAH?



Apa kecoh-kecoh ni Anwar Ibrahim & Nurul Izzah?

Baru-baru ni, semasa Parlimen bersidang, Nurul Izzah dan beberapa ahli Parlimen pembangkang lain telah meminta Kerajaan mengambil tindakan terhadap blogger Papa Gomo kerana menyebarkan fitnah. Tentunya fitnah yang dimaksudkan adalah terhadap Papa Hebat, Anwar Ibrahim.

Namun begitu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dengan mudah mematahkan retorik dangkal Nurul Izzah dan kawan-kawan dungunya...


Soalan Datuk Rahman Dahlan mudah sahaja:

Jika benarlah blogger Papa Gomo telah memfitnah Anwar, mengapa sampai sekarang Anwar masih belum menyaman Papa Gomo? Anwar tahu identiti sebenar Papa Gomo. Jadi tiada masalah jika nak saman. 

Papa Gomo juga dah bertahun-tahun mendedahkan keburukan Anwar dan Papa Gomo sendiri telah berulang kali mencabar Anwar untuk menyaman beliau, jadi mengapa Anwar masih tak berani berbuat demikian?

Pada aku, jawapannya mudah sahaja. Anwar tak berani saman Papa Gomo kerana semua pendedahan Papa Gomo tentang Anwar Ibrahim adalah benar belaka!!

Sebelum ini, Anwar ni pantang kena cuit sikit, terus nak saman. Khairy Jamaludin dah kena saman, Utusan Malaysia dah kena saman, Dr Chandra Muzaffar dah kena saman, Datuk Hishamuddin pun dah kena saman.

Jadi, apa bezanya Papa Gomo dengan mereka semua ni? Mengapa Anwar tak berani saman Papa Gomo?

Anwar tak berani saman Papa Gomo kerana takut nanti habis semua pekungnya terdedah di mahkamah. Kalau kena saman, Papa Gomo sudah tentunya akan membuka satu persatu pekung Anwar di mahkamah. Maka semakin tersebarlah keburukan Anwar ke seluruh dunia. 

Satu soalan aku untuk Anwar:

Sampai bila kau nak menyorok dalam kain Nurul Izzah? Kau pun ahli Parlimen juga, jadi mengapa kau sendiri tak bangkitkan isu Papa Gomo di Parlimen sebaliknya memperalatkan Nurul Izzah dan ahli Parlimen pembangkang lain untuk menyerang Papa Gomo?

Oooooo... Nak serang berdepan kau tak berani, tapi tikam dari belakang kau tak kisah? Memang sah kau ni suka main belakang!!! .

Awas Nurul Izzah, jangan biarkan Papa Hebat terlalu lama dok dalam kain kau, nanti isu lain pula yang akan timbul...

Apa kecoh-kecoh ni Anwar & Nurul?

Tuesday, April 17, 2012

NURUL IZZAH: ANTARA NOBAT & LAGU P.RAMLEE...

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kawan-kawan, mari kita mulakan hari ini dengan kuiz Sejarah ya?

Soalannya:

Apakah muzik tradisional Melayu yang dimainkan ketika pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Agong?
(A)   Nobat
(B)   Lagu zaman P.Ramlee

Kalau kawan-kawan jawab (A), maknanya kawan-kawan jauh lebih bijak dari Ahli Parlimen Lembah Pantai, si Nurul Izzah.

Aku kesian betul tengok si Nurul ni. Puaslah dia berlagak yang dia ni kononnya pejuang warisan, tapi rupanya dia ni buta budaya, buta sejarah dan buta warisan! Dalam ertikata lain, JAHIL!!


Baru-baru ni masa di upacara pertabalan DYMM Yang Dipertuan Agong, dia boleh kata muzik nobat tu muzik zaman P. Ramlee!!

Gila jahil...

Oiii Nurul!! Muzik nobat adalah warisan zaman Melayu beratus-ratus tahun, bukan muzik baru zaman P Ramlee!!

Lepas tu, bila dah ramai tegur, dia delete dan edit tweet asal dia tu.. Tapi dah terlambat.. Tweet asal tu orang dah rekod! 

Sebelum ni dia lancarkan Jelajah Selamatkan Kampung Warisan. Destinasi pertama yang nak diselamatkan?

Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Ni lah Flat 4 Tingkat Kerinchi.. Ada rupa macam Kg Warisan x?

Ni satu lagi tongong..


Adooooiiii Nurul!!

Sebelum nak berlagak jadi jaguh warisan, boleh tak kau belajar dulu?

Jangan jadi bodoh sombong!! Belajar tak mahu tapi berlagak pandai!!

Aku rasalah, kalau Nurul Izzah ni pegang kuasa, warisan Melayu mau jadi huru-hara dan porak-peranda dibuatnya...

Macam tu lah jadinya bila orang bodoh berlagak pandai!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

Saturday, April 14, 2012

JOM BUAT PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN DEPAN RUMAH AMBIGA!!!


Apa kecoh-kecoh ni Ambiga?

Baru-baru ni si Ambiga telah buat kenyataan yang sungguh angkuh & bongkak...

"Kita tak perlu minta izin dari DBKL untuk gunakan Dataran Merdeka kerana Dataran Merdeka adalah milik rakyat, bukannya milik DBKL."

Amboiiii... Kurang ajar sungguh kau ni Ambiga!!

Memanglah Dataran Merdeka milik rakyat, tapi siapa yang jaga Dataran Merdeka tu? DBKL!

Kalau ada rosak, siapa yang kena baiki? DBKL!!

Jadi, bukankah lebih sopan dan bertatasusila kalau dirujuk kepada DBKL dahulu sebelum diwar-warkan tentang penggunaan Dataran Merdeka sebagai tapak perhimpunan?

Dah berpuluh-puluh tahun dok kat Malaysia, tapi mengapa kau masih tak tahu nak bersopan dan berbudi-bahasa, Ambiga?

Kawan-kawan, apa kata kita buat perhimpunan besar-besaran atas jalan depan rumah Ambiga?

Lepas tu bila Ambiga komplen sebab mengganggu ketenteraman, kitapun boleh jawab macam ni.

"Kita tak perlu minta izin dari kau Ambiga untuk gunakan jalan depan rumah kau kerana jalan di depan rumah kau adalah milik rakyat, bukannya milik kau!!!"

Haaaaaa... Apa kau nak cakap lagi Ambiga??

Apa kecoh-kecoh ni Ambiga?

Friday, April 13, 2012

AMBIGA PERANGAI MACAM ORANG MABUK KELUAR BAR

Apa kecoh-kecoh ni Ambiga?

Aku hairan betul tengok perangai Ambiga ni. Nak kata bodoh, dia ni peguam, malah pernah jadi Presiden Bar Council. Tapi kalau tengok perangai, macam orang mabuk baru keluar Bar, bukan macam Presiden Bar Council.

Bersih will meet authorities 'when ready'
Friday, 13 April 2012 07:01

KUALA LUMPUR - Election watchdog Bersih 2.0 is waiting for the "right time" before meeting relevant authorities on its plan to hold a sit-in protest dubbed "Jom Duduk Bantah" at Dataran Merdeka on April 28.

This includes meeting the police to formally inform them of the polls reform rally, as well as the Kuala Lumpur City Hall which manages Dataran Merdeka.

Bersih akan bertemu pihak berkuasa 'apabila bersedia'
Jumaat, 13 April 2012 07:01

KUALA LUMPUR - Bersih 2.0 menunggu "masa yang sesuai" sebelum berjumpa dengan pihak berkuasa berkaitan mengenai rancangan untuk mengadakan bantahan 
"Jom Duduk Bantah" di Dataran Merdeka pada 28 April.

Ini termasuklah menemui polis secara rasmi untuk memaklumkan kepada mereka tentang perhimpunan ini, serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menguruskan Dataran Merdeka.

Tengoklah kurang ajarnya dia ni. Selama ni dah heboh pasal nak buat perhimpunan, tapi bila ditanya, rupanya tak jumpa mana-mana pihak lagi. Polis belum jumpa untuk mohon buat perhimpunan, DBKL pun belum jumpa lagi untuk mohon kebenaran guna Dataran Medeka.

Kawan-kawan bayangkanlah, kalau orang nak buat kenduri kahwin pun, dia punya perancangan boleh sampai setahun. Dewan kena booking awal-awal, proses permohonan nak kahwin dengan Pejabat Agama pun kena buat awal-awal.

Tapi si Ambiga ni nak berhimpun bulan ni, tapi berjumpa dengan pihak berkuasa pun tak nak. Dia kata dia akan jumpa bila bersedia. 

Bila yang bersedianya tu? Sehari sebelum perhimpunan?

Lepas tu kalau kena tolak kerana permohonan tak sempat proses, dia akan kata Kerajaan zalim kerana tak benarkan dia berhimpun.

Dey Ambiga, kau punya taktik murahan kita boleh bacalah!!

Apa kecoh-kecoh ni Ambiga?

Thursday, April 12, 2012

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR HALAU MELAYU KELUAR BANDAR! IKTIBAR BUAT PENDUDUK KG BHARU.

Projek mewah Datum Jelatek untungkan kroni Pakatan. 
Penduduk Melayu dihalau keluar macam anjing kurap!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan Haprak?

Dalam Kerajaan BN berusaha bersungguh-sungguh memperkasakan kedudukan Melayu di bandar, Kerajaan Pakatan Selangor senang-senang sahaja menghalau Melayu keluar bandar!

Eh, ye ke? Apa buktinya?

Buktinya mudah, bandingkan sahaja pembangunan semula Flat 4 Tingkat Jalan Jelatek di Selangor dengan pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Flat Jelatek akan dibangunkan Kerajaan Pakatan Selangor untuk projek mewah Datum Jelatek. Apa yang akan dibangunkan? Kondominium mewah, pusat membeli-belah dan hotel.

Apa akan jadi dengan 650 keluarga Melayu di flat tersebut?

Semuanya dihalau keluar! 

Kerajaan Pakatan Selangor langsung tidak berminat untuk menyediakan penempatan semula untuk mereka di tempat asal. Bayangkanlah, mereka dah tinggal di situ berpuluh-puluh tahun, tapi dengan mudah dihalau keluar macam anjing kurap oleh Kerajaan Pakatan Selangor. Langsung tiada pilihan untuk menetap di tempat mereka membesar selama ini.

Mengapa Kerajaan Selangor buat begitu? Kerana buat kondominium mewah lebih menguntungkan dari buat apartment untuk penduduk. 

Peduli apa mereka ni dah lama tinggal di situ! Peduli apa kalau mereka tiada tempat untuk dituju selepas dihalau keluar! Peduli apa kalau kebajikan mereka terabai! 

Apa yang penting, kroni Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim boleh dapat untung besar!! 

Nurul Izzah yang selama ini lantang menentang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi, kononnya membela nasib rakyat, bila tiba kat projek mewah Datum Jelatek, tiba-tiba senyap macam syaitan bisu. Takda pun dia perjuangkan nasib 650 keluarga Melayu di situ!!

Bandingkan pula dengan pembangunan semula di Flat 4 Tingkat Kerinchi, Lembah Pantai.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di bawah YB Dato' Raja Nong Chik telah mensyaratkan kepada pemaju agar SEMUA penduduk dijamin akan mendapat rumah baru di kawasan yang mereka diami sebelum ini.

Kalau sebelum ini mereka tinggal di flat tiada bilik berkeluasan 380 kaki persegi, bila apartment baru mereka siap, mereka akan dapat rumah 3 bilik berkeluasan 900 kaki persegi. LEBIH 2 KALI GANDA besarnya berbanding rumah mereka sekarang.

Sepanjang pembangunan semula berlangsung, penduduk ditempatkan di rumah-rumah PPR berhampiran, jadi rutin dan tugasan harian mereka tidak terganggu. 

Nampak tak bezanya Kerajaan BN dengan Kerajaan Pakatan?

BN berusaha untuk kekalkan Melayu di dalam bandar, walaupun untung kepada pemaju akan berkurangan.

Pakatan Haprak pula beria-ia menghalau Melayu keluar bandar, semata-mata demi keuntungan untuk kroni masing-masing!

Perkara ini perlu diambil iktibar oleh semua, terutamanya penduduk Kampong Bharu.

Kerajaan Pakatan Selangor beria-ia nak campur tangan dalam pembangunan Kampong Bharu walaupun mereka sebenarnya tiada hak nak berbuat demikian. Pada masa yang sama, Kerajaan BN telahpun mengambil langkah seperti penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu untuk membantu pemilik tanah membangunkan tanah mereka.

Penduduk Kampong Bharu boleh tengok sendiri dan bandingkan model pembangunan Pakatan Haprak dengan model pembangunan BN.

Kalau penduduk Kampong Bharu ikut model pembangunan Pakatan Haprak, maknanya habislah tergadai tanah Kampong Bharu. Semua penduduk Kampong Bharu akan merempat macam pengemis dan dihalau keluar macam anjing kurap!

Kalau ikut model BN, semua penduduk akan kembali ke tempat kediaman asal dengan rumah yang jauh lebih besar dan selesa.

Sekarang aku nak tanya penduduk Kampong Bharu, mereka nak kena halau macam anjing atau nak jadi pemilik rumah sendiri di Kampong Bharu?

Tepuk dada, tanya selera.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan Haprak?