Wednesday, March 30, 2011

DAP: VIDEO SEKS ANWAR TAK BOLEH, VIDEO SEKS VIJANDRAN TAKPA

Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Sejak timbulnya video seks Anwar, DAP beria-ia pertahankan Anwar, sampai sanggup tuduh pendedahan video seks ini adalah tidak beretika. Kebenaran tak penting bagi mereka, yang penting pertahankan Anwar dan terus tegakkan benang basah.

Masalahnya, sebelum ni DAP pun pernah buat pendedahan video seks D.P. Vijandran, bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat dari MIC. Sapa yang buat pendedahan tu? Tak lain tak bukan kawan baik Nik Aziz, Karpal Singh. Tak tahu sapa Karpal Singh? Alaaah... Karpal ni lah tokoh besar DAP yang perlekehkan penubuhan negara Islam, "Langkah mayat aku dulu kalau nak buat negara Islam!!" Tapi sekarang sudah jadi kawan baik Nik Aziz, tidur sekatil walaupun fahaman lain-lain.

Berbalik kepada cerita asal. Karpal Singh ni lah yang dulu dedahkan video seks Vijandran dan minta Vijandran serta Samy Vellu letak jawatan. Lim Kit Siang pun join sekali minta Vijandran letak jawatan. Berkobar-kobar Lim Kit Siang & Karpal Singh perjuangkan isu ni.

Tapi sekarang, bila pekung kawan sendiri sendiri dah terbuka, cepat-cepat DAP kata pendedahan video seks ni tak beretika. Aikkk!!!! Cepat betul tukar pendirian?

Ooooooooo.... Kalau menguntungkan dia OK jer, tapi kalau kena kat batang hidung sendiri, tiba-tiba tak boleh?

Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Thursday, March 24, 2011

PILIHANRAYA SARAWAK - PKR & DAP DAH BERCAKARAN

Apa kecoh-kecoh ni PKR & DAP?

Pilihanraya Sarawak belum start lagi pun korang dah gaduh?

Apa ceritanya ya tuan-tuan? Beginiiii..... PKR & DAP sekarang sedang gaduh pasal pembahagian kerusi di pilihanraya Sarawak. DAP nak 18, tapi PKR kasi 13 jer. DAP turunkan permintaan ke 16, tapi PKR tak nak kasi lebih dari 13 jugak. PKR sorang-sorang je nak sapu 52 kerusi.

Apa sudah jadi? DAP pun terus melompat laa. Setiausaha DAP Sarawak siap bagi kenyataan akhbar lagi, ancam nak bertanding jugak 18 kerusi. Lantak pi lah PKR.

Speaking to reporters here today, DAP secretary Chong Chieng Jen said: “I have been entrusted to make a very sad announcement on the seat negotiation.

“You know that I have been keeping quiet on seat allocation.

“Our chairman Wong Ho Leng just met Azmin Ali (PKR deputy president) for the final round of seat negotiations and the bad news is that the talks have broken down.

Said Chong: “I think there is a limit to DAP making concessions for the sake of Pakatan. We cannot be reduced to a negligible party…

“I think that if there is such a demand, it should be reasonable. We give them an inch, but they want a foot.

“As a result of such a demand, the negotiations have broken down,” he said.

A disappointed Chong said the party has “no choice” now but to consider going it alone, adding that it would stick to its plan to contest in 18 seats.

“We have no choice. All this while, throughout the negotiations, despite the attacks by PKR on DAP at branch level, we have been keeping silent hoping that it will not affect the negotiation.

“Since the goodwill is not reciprocated, we cannot agree to PKR’s request for three more seats despite we conceding two to them,” said Chong, who is also Kota Sentosa state assemblyman.


Inilah bukti bahawa Pakatan Haprak sebenarnya tiada semangat muhibbah dan kerjasama. Semuanya berdasarkan kepentingan peribadi. Ini jauh berbeza dengan semangat yang ditunjukkan oleh BN.

Kalau pembahagian kerusi pun tak boleh nak sepakat, macam mana diorang nak sepakat masa nak perintah negara? Macam ni ke pemimpin yang rakyat nak percaya untuk bawa keamanan dan keharmonian untuk semua?

Apa kecoh-kecoh ni PKR & DAP?

Tuesday, March 22, 2011

PERUT BUNCIT BUKAN SAYA!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nuar?

Semalam kuncu-kuncu kau sibuk nafi yang kau tu pelakon porno walhal video pun belum diorang tengok dan nama kau pun belum kena sebut.

Sekarang ni kau pun tumpang sekaki nak buat penafian.

"Perut I kempis, tak buncit macam dalam video tu. Jadi memang sah bahawa video tu adalah PALSU!!! Tapi, tapi, tapi.... video tu saya belum tengok lagi."

Lawak betul kamu ni Nuar.... Kalau aku kena tuduh, aku tengok kat muka dulu. Sama ke tak? Lepas tu baru tengok benda lain. Nampak sangat kamu dah takda idea nak buat penafian, perut buncit pun jadiiii lahhh...

"Muka sama tak? Sama!!! Tinggi sama tak?? Sama!!! Semua benda lain sama tak??? Samaa!!! Alamak!! Macam mana ni? OK Ok, tengok kat perut. Ada buncit sikit kan? Sebab sebelum tuuuut baru lepas melantak sampai perut nak pecah. Ituuuu kita pakai jadi alasan video ni palsu. Setujuuuuu? Setujuuuuuu!!!!"

Hahahahahahahahhaha...

Apa kecoh-kecoh ni Nuar?

Monday, March 21, 2011

BUKAN SAYA!!! BUKAN SAYA!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nuar?

Semalam kecoh sebab ada sidang media nak tunjuk bukti video seks pemimpin Pakatan Haprak.Tak kisahlah itu semua, yang penting bila ada bukti kukuh barulah rakyat boleh nampak dengan jelas perangai sebenar pemimpin Pakatan Haprak tu.

Tapi yang lawaknya, sebelum mula sidang media, sebelum video tu ditunjukkan kepada wartawan, sebelum nama pemimpin Pakatan Haprak yang terlibat tu disebut - pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak dah sibuk buat pengumuman dalam Facebook dan Twitter bahawa orang yang ditunjukkan dalam video tu bukan Anwar Ibrahim dan video tu adalah palsu.

Aikkk!!! Hairan bin ajaib sungguh. Kalau videonya pun belum diorang tengok, kalau nama pemimpin yang dimaksudkan tu pun belum disebut, macam mana diorang tau pelakon porno tu si Anwar Ibrahim?

Adoiii... Terkantoi sudahhh!! Kot ye pun nak nafi, tunggulah dulu sampai habis sidang media, sampai tuduhan dibuat. Nampak sangat gelojoh, cepat-cepat nak nafi. Nampak sangat rasa bersalah. Nampak sangat memang dia yang buat benda tuuuuut tu.

Orang tak sempat kata apa-apa, dia dah awal-awal dok panjat pokok keliling kampung, jerit kuat-kuat, "Bukan saya!! Bukan saya!!"

Hahahahahahaha... Lawak sungguh kamu ni Nuar....

Apa kecoh-kecoh ni Nuar?

Sunday, March 20, 2011

YAYASAN SELANGOR SAH MEMBAZIR DUIT!

Apa kecoh-kecoh ni Khalid?

Ingat tak kawan-kawan masa UMNO Selangor beritahu semua orang yang belanja Sambutan Ulang Tahun Yayasan Selangor cecah RM800,000? Tak ingat? Alaaaa, Sambutan Ulang Tahun yang Sultan Selangor batalkan sebab banyak sangat pembaziran tuuu...

Masa UMNO Selangor buat dakwaan tu, MB Selangor, Khalid Ibrahim mati-matian kata tuduhan tu tak berasas, fitnah dan palsu semata-mata. Khalid kata kos sambutan tu RM300,000 sahaja.

Tapiiiiii.... audit dalaman Yayasan Selangor pulak menunjukkan RM1 juta dibelanjakan untuk Sambutan tu. RM1 juta tu kawan-kawan. Bukan RM100,000. Bukan RM300,000. Malah lebih tinggi dari RM800,000 yang didakwa oleh UMNO Selangor!! Sekarang dah jelas sapa yang kaki temberang dan kaki membazir.

Tak percaya? Boleh baca artikel dari laman pro-pembangkang, Malaysian Insider. Kalau artikel dari akhbar tempatan, nanti penyokong Pakatan Haprak kata dakyah kerajaan, tapi ni laman pro-pembangkang sendiri yang dah sahkan berita tu.

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/malaysia/article/yayasan-selangor-suffers-rm7m-deficit-deputy-gm-sacked/

Sapa yang jadi kambing hitam? Timbalan Pengurus Besarnya, Mohd Saifulruddin Sulaiman yang dipecat dengan notis 24 jam. Aiiiik? Membazir banyak macam tu, Timbalan je kena? Mana pergi Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki? Patutnya Pengurus Besar pun kena sekali sebab tak pantau anak buah. Lembaga Pengarah macam mana pulak? Takkan belanja RM1 juta satu orang je yang urus? Ni ke pengurusan yang cekap? Ni ke bayangan stail pengurusan Pakatan Haprak kalau memerintah negara nanti? Kalau macam ni lah cara diorang perintah negara, memang confirm sekejap je Malaysia dah bankrap!!!

Kesian si Saifulruddin, tak pasal-pasal dia sorang kena dukung biawak hidup! Macam tu lah stail Pakatan Haprak. Korbankan kambing hitam sekor, asalkan bos-bos lain terus kenyang!!! Ni ke yang rakyat Malaysia nak?

Fikir-fikirkanlahh!!!

Thursday, March 17, 2011

BIBLE, DAP & PAS

Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Baru-baru ni kecoh pasal isu penahanan Bible Bahasa Melayu. Sekarang ni Kementerian Dalam Negeri dah lepaskan tapi kena cop "‘Al-Kitab Berita Baik’ ini untuk kegunaan penganut agama Kristian sahaja dengan perintah Menteri Dalam Negeri". Itupun DAP dengan persatuan gereja tak puas hati lagi. DAP kata cop tu sendiri adalah satu penghinaan kepada penganut Kristian. DAP kata Kerajaan takda hak nak kawal agama Kristian di Malaysia.

Masalahnya DAP macam buat-buat lupa, penyebaran agama lain kepada penganut Islam tu dilarang di bawah undang-undang. Jadi, cop tu sekadar ingatan, jangan sampai Bible Bahasa Melayu digunapakai sebagai bahan berdakwah kepada orang Melayu beragama Islam. Itupun susah nak faham kaa?

Dalam hal ini ABIM pun dah suarakan pandangan membantah pengedaran Bible Bahasa Melayu ni. Tapi yang lebih penting, kita nak tahu, apa pendirian PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam?

Haaaaaaa kawan-kawan, nampaknya PAS tak kisah Bible Bahasa Melayu ni disebar secara meluas. Tak percaya? Pergi tanya Khalid Samad!!! Dia dah keluar kenyataan kata takda masalah sebenarnya kalau Bible Bahasa Melayu dibiar lepas dan disebar merata-rata. Macam mana pulak Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi Awang? Setakat ni diam aje, tapi kata orang, diam tu tanda setuju. Jadi confirmlah PAS bersetuju dengan pandangan DAP sepertimana yang disuarakan oleh tokoh besar PAS sendiri, YB Khalid Samad.

Apa pulak kata penyokong PAS? Kalau semuanya diam, memang betul lah semua setuju dengan pandangan DAP dan Khalid Samad ni.

Ni lah lagi satu bukti jelas bahawa PAS sanggup mengiyakan semua kenyataan DAP demi kepentingan politik semata-mata. Mana pergi sensitiviti terhadap agama Islam? Semua tu tolak tepi, yang penting jangan sakitkan hati DAP, kawan tidur sekatil.

Macam mana ni PAS?

Tuesday, March 15, 2011

PAKATAN HAPRAK KACAU DAUN DI KG BHARU

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan Haprak?

Semalam geng Pakatan Haprak buat kecoh-kecoh di Kg Bharu. Mereka anjurkan Perhimpunan yang kononnya untuk pemilik tanah Kg Bharu suarakan kebimbangan tentang penubuhan Perbadanan Pembangunan Kg Bharu, tentang kebimbangan hak Melayu akan tergadai.

Yang lawaknya, jumlah hadirin tak sampai 300 orang dan kebanyakannya ahli-ahli Pakatan Haprak sendiri dari luar Kg Bharu.

Yang tak berapa lawaknya, dalam perhimpunan yang kononnya nak perjuangkan nasib Melayu ada pulak wakil-wakil bukan Melayu dari PKR dan DAP yang lantang bersuara kononnya merekalah hero Melayu. Tian Chua dari Batu ada. Lim Lip Eng dari Segambut ada, dan yang paling best, Teresa Kok dari Seputeh pun ada. Teresa Kok yang sebelum ni pernah kecoh pasal azan kat Seputeh tiba-tiba boleh jadi hero Melayu? Hairan bin ajaib sungguh.

Inilah sesungguhnya bukti paling kukuh bahawa Pakatan Haprak bukanlah sebenarnya nak memperjuangkan nasib Melayu. DAP memang jelas memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia di mana semua rakyat Malaysia ada hak yang sama. Maksudnya, tiadalah keistimewaan Melayu!! Tapi tiba-tiba di Kg Bharu, nada lain pula yang dinyanyikan. Boleh percaya ke? Kalau ada juga yang termakan tipu helah Pakatan Haprak ni, maka memang mereka ini orang yang tidak pernah belajar dari sejarah.

Perkahwinan tak sah PAS, PKR dan DAP ni tak lain tak bukan hanya untuk merampas kuasa. tapi persoalannya, macam mana nak tadbir negara bila parti masing-masing ada ideologi yang jauh berbeza? Bila PAS kata nak buat Hudud, Karpal kata ‘langkah mayat aku dulu”!!! Bila Karpal cakap macam tu, PAS terus menikus, tak berani nak cakap apa-apa lagi. Orang macam ni ke yang kita nak beri kepercayaan tadbir negara? Orang yang macam lalang, takda prinsip macam ni ke nak dijadikan pemimpin?

Orang Kg Bharu bukan bodoh. Mereka takkan terpengaruh dengan gimik murahan Pakatan Haprak ni. Mereka akan tunggu dan dengar dulu cadangan Kerajaan baru mereka buat keputusan. Mengapa Pakatan Haprak mati-matian cuba gagalkan usaha Kerajaan nak beri peluang pembangunan kepada penduduk Kg Bharu? Tak lain tak bukan kerana mereka takut, kalau Kg Bharu dimajukan, maka penduduk akan kembali menyokong BN kerana berterima kasih di atas pembangunan yang dinikmati.

Ini pantang besar untuk Pakatan Haprak! Jadi tak kisahlah kalau setengah bahagian Kg Bharu tu macam kawasan setinggan, tak kisahlah kalau ada rumah-rumah yang uzur sampai nak menyembah bumi, tak kisahlah kalau orang Indonesia lebih ramai dari Melayu di situ; apa yang penting untuk Pakatan Haprak, kuasa kekal di tangan mereka.

Sekarang pilihan di tangan pemilik tanah Kg Bharu. Walau apapun pilihan mereka, Kerajaan akan akur dengan keputusan yang dibuat kerana tanah mereka adalah hak mereka. Tapi kalau lepas ni baru nak menyesal tak sudah, menangis tak berlagu sebab kecewa dengan persekitaran sedia ada, tanyalah balik dengan Pakatan Haprak, apa mereka boleh buat untuk bantu Kg Bharu. Kerana setakat ini apa yang mereka buat tak lain tak bukan hanya nak menjahanamkan masa depan Melayu sahaja.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan Haprak?